Pergi ke kandungan

Belanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kerajaan Belanda
كراجأن بلندا
Koninkrijk der Nederlanden
Bendera Belanda
Jata Belanda
Bendera Jata
Cogan kata"Je Maintiendrai"  
"Ik zal handhaven"  (Belanda)
"Aku akan berdiri teguh"
Lagu kebangsaanWilhelmus
Haiwan kebangsaan: Singa
Lokasi Belanda
Ibu negara
dan bandar terbesar
 Amsterdam3
52°22′N 4°53′E / 52.367°N 4.883°E / 52.367; 4.883
Bahasa rasmiBahasa Belanda2
KerajaanDemokrasi berparlimen
(Raja berperlembagaan)
• Raja
Willem-Alexander
Dick Schoof
Keluasan
• Jumlah
41,865[1][2] km2 (16,164 bt2) (ke-131)
• Perairan (%)
18.41[3]
Populasi
• Perkiraan 2024
Neutral increase 18023900[4] (ke-67)
• Bancian Penduduk 2011
16,655,799[5]
423/km2 (1,095.6/sq mi) (ke-16)
KDNK (PPP)2021
• Jumlah
$1.055 trilion[6] (ke-27)
$60,461[6] (ke-11)
KDNK (nominal)2021
•  Jumlah
$1.012 trilion[6] (ke-17)
$58,003[6] (ke-12)
Gini (2020)negative increase 27.5[7]
rendah
HDI (2019) 0.944[8]
sangat tinggi · ke-8
Mata wangEuro (€)5
(EUR)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan31
Kod ISO 3166NL
DPT internet.nl 6

Belanda (Jawi: بلندا; Belanda: Nederland) atau nama rasminya Kerajaan Belanda (Belanda: Koninkrijk der Nederlanden, "Kerajaan Tanah-Tanah Pamah") ialah sebuah negara di barat laut benua Eropah. Negara ini bersempadan dengan Jerman di timur, Belgium di selatan dan Laut Utara di sebelah barat bersempadan maritim dengan United Kingdom.[9] Dari segi pentadbiran pula, ia merupakan negara terbesar dalam Alam Belanda diperintah kerajaan negara tersebut[10][11][12] merangkumi tidak sahaja kawasan di benua Eropah malah beberapa pulau Caribbean iaitu Bonaire, Sint Eustatius dan Saba di Laut Caribbean.[13]

Belanda merupakan salah satu negara yang paling padat penduduk di dunia dan kebanyakan tanahnya berada di bawah paras laut. Belanda juga terkenal dengan (kincir angin), terompah kayu, bunga tulip dan sifat terbuka masyarakatnya. Sifat liberalnya menjadi sebutan masyarakat antarabangsa. Belanda juga menjadi ibu pejabat kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau sering kali dipanggil sebagai Den Haag sempena bandar di Belanda. Amsterdam merupakan ibu negara Belanda dan Den Haag pula pusat pentadbiran Belanda dan kediaman Ratu Belanda.

Nama "Belanda" berasal daripada bahasa Portugis iaitu Holanda; ia pengungkapan luas daripada kawasan khusus terletak di pantai barat negara itu sendiri disebutkan sebagai Holland. Daerah Holland pada ketika itu merupakan kawasan yang paling makmur dan pesat pembangunan pada waktu zaman Republik Provinsi Bersatu menerus ke zaman pemerintahan Batavia sehingga dikaitkan kuat dengan keseluruhan negara tersebut di persada dunia.[14] Kata serapan terus Portugis Holanda (Jawi: هولندا‎ atau هولند‎) banyak digunakan dalam butiran manuskrip-manuskrip Melayu menggambarkan pertembungan orang-orang yang datang dari negara ini dengan kerajaan-kerajaan Melayu sebanyak 347 kali;[15] nama ini juga didatangkan dalam pelbagai cara ejaan lain seperti Walanda/Welanda/Wolanda/Wilanda (Jawi: ولندا‎, hasil pengaruh bahasa Jawa ꦮꦭꦤ꧀ꦢ Walanda) dan Belanda (270 kali) keseluruhannya berjumlah sebanyak 663 kali.[15]

Perkataan belanda turut dilanjutkan makna menerangkan sifat orang-orang Eropah[16] serta barangan asing yang dibawa dan diperkenalkan mereka dalam kalangan penduduk alam Melayu seperti ayam belanda, kucing belanda, durian belanda, beras belanda dan sebagainya.[17][18][19]

Di bawah pemerintahan Maharaja Charles V penguasa Empayar Rom Suci dan Sepanyol, kawasan Belanda merupakan salah satu daripada 17 daerah gabungan yang meliputi sebahagian besar kawasan yang dikenali hari ini sebagai Belgium, Luxembourg dan Utara Perancis. Selepas mendapat kemerdekaan daripada Phillip II pada 1648, Belanda menjadi sebuah negara republik yang dinamakan Republik Tujuh Provinsi Belanda Bersatu (Republiek der Zeven Verenigde Nederlanden/Provinciën, Republic of the Seven United Netherlands/Provinces). Republik ini menjadi kuasa ekonomi dan penjelajah laut yang mahir pada abad ke-17. Zaman ini dikenali sebagai Zaman Emas Belanda. Antara syarikat-syarikat perdagangan antarabangsa yang bermula disini termasuklah Syarikat Hindia Timur Belanda atau VOC.

Belanda diserap ke dalam Empayar Perancis Pertama oleh Napoleon, yang kemudiannya dibebaskan selepas kekalahan Napoleon. Selepas itu, kerajaan Belanda ditubuhkan pada 1815 dengan meliputi kawasan yang dikenali pada hari ini sebagai Belgium dan Luxembourg. Belgium mendapat kemerdekaan pada 1830, manakala Luxembourg berpisah selepas kematian Raja William III. Pada abad ke 19, Belanda sudah menjadi sebuah negara industri berbanding negara negara berhampirannya.

Belanda bersifat neutral semasa Perang Dunia Pertama. Di Perang Dunia Kedua Belanda ditakluk oleh Nazi (Jerman) pada Mei 1940, tetapi dibebaskan selepas 1945. Selepas perang, ekonomi Belanda menjadi semakin maju dengan Belanda menjadi ahli anggota ekonomi Benelux dan Komuniti Ekonomi Eropah. Belanda juga menjadi ahli NATO.

Belanda merupakan negara perintis Kesatuan Eropah semasa penubuhan organisasi itu pada 1992.

Untuk rencana lanjutan, lihat Daerah Belanda

Belanda dibahagi kepada 12 kawasan pentadbiran yang dinamakan daerah (provinsi - provincies).

Setiap daerah dibahagikan kepada perbandaran (gemeenten). Ada beberapa pulau di Caribbean berada di bawah pemerintahan Belanda iaitu Antillen Belanda, satu kumpulan lima pulau, dan Aruba yang dahulunya berada di dalam Antilles tersebut.

Pembahagian daerah

[sunting | sunting sumber]
Pembahagian kawasan pentadbiran di Belanda
Bendera Wilayah
(provinsi)
Bahasa Belanda Ibu negeri Bandar terbesar Luas Jumlah penduduk Kepadatan
(per km²)
Brabant Utara Noord-Brabant Den Bosch Eindhoven 4,916 2,444,158 497
Drenthe Assen Assen 2,641 490,981 186
Flevoland Lelystad Almere 1,417 387,881 274
Fryslân / Friesland Leeuwarden Leeuwarden 3,341 646,305 193
Gelderland Arnhem Nijmegen 4,971 1,998,936 402
Groningen Groningen Groningen 2,333 576,668 247
Holland Selatan Zuid-Holland Den Haag Rotterdam 2,814 3,505,611 1,246
Holland Utara Noord-Holland Haarlem Amsterdam 2,671 2,669,084 999
Limburg Maastricht Maastricht 2,150 1,122,701 522
Overijssel Zwolle Enschede 3,325 1,130,345 340
Utrecht Utrecht Utrecht 1,385 1,220,910 882
Zeeland Middelburg Middelburg 1,787 381,409 213
Peta negara Belanda

Salah satu bentuk muka yang menarik di Belanda ialah permukaan tanahnya sangat rata. Hampir separuh daripada negara Belanda berada kurang 1 meter di atas paras laut. Paras tertinggi ialah Vaalserberg pada ketinggian 321 m. Banyak tanah rendah dikawal oleh dike dan dinding laut. Sebahagian kawasan di Belanda, misalnya daerah Flevoland, ditebus daripada laut. Kawasan tebusan sebegini dipanggil polder.

Negara ini dibahagi kepada dua bahagian utama oleh sungai Rhine (Rijn), Waal, dan Meuse (Maas).

Arah angin yang utama di Belanda ialah barat daya, yang menyebabkan iklim kepulauan yang sederhana, dengan musim panas yang dingin dan musim sejuk yang sederhana.

Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Belanda

Belanda mempunyai ekonomi yang maju dan terbuka yang mana kerajaan telah mengurangkan peranannya dalam mengawal ekonomi Belanda sejak 1980an. Aktiviti ekonomi utama di Belanda adalah termasuk pemprosesan makanan, bahan kimia, pemprosesan petroleum, dan pembuatan jentera elektrik. Walaupun sektor pertaniannya hanya menyediakan peluang pekerjaan kurang daripada 4% daripada populasi, Belanda mampu menghasilkan lebihan dalam industri makanan untuk dieksport. Belanda menduduki tempat ketiga dalam senarai pengeksport makanan, selepas Amerika Syarikat dan Perancis.

Sebagai negara perintis Euro, Belanda menggantikan mata wang lamanya, guilder (Bahasa Belanda: gulden) pada 1 Januari 1999.

Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya Belanda

Belanda mempunyai banyak pelukis ternama. Ketika abad ke 17, Belanda melahirkan banyak pelukis handalan seperti Rembrandt van Rijn, Johannes Vermeer, Jan Steen dan lain lain. Pelukis ternama abad ke 19 dan 20 pula ialah Vincent van Gogh dan Piet Mondriaan selain M.C. Escher (ahli seni grafik) dan Han van Meegeren (art forger).

Belanda juga merupakan tanah air kepada Erasmus dan Spinoza. Descartes pula banyak menjalankan kerja kerjanya di Belanda.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Oppervlakte".
  2. ^ Zaken, Ministerie van Algemene (19 Mei 2015). "Waaruit bestaat het Koninkrijk der Nederlanden? – Rijksoverheid.nl". onderwerpen.
  3. ^ "CIA factbook Netherlands". CIA. Dicapai pada 26 Julai 2021.
  4. ^ "Bevolkingsteller". Statistics Netherlands (dalam bahasa Dutch). Dicapai pada 9 Jun 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Dutch Census 2011 Analysis and Methodology" (PDF). Statistics Netherlands. 19 November 2014. m/s. 9. Dicapai pada 9 June 2021.
  6. ^ a b c d "Netherlands". International Monetary Fund. April 2021.
  7. ^ "Gini coefficient of equivalised disposable income – EU-SILC survey". ec.europa.eu. Eurostat. Dicapai pada 9 August 2021.
  8. ^ Human Development Report 2020 The Next Frontier: Human Development and the Anthropocene (PDF). United Nations Development Programme. 15 Disember 2020. m/s. 343–346. ISBN 978-92-1-126442-5. Dicapai pada 16 December 2020.
  9. ^ "Netherlands boundaries in the North Sea". Kementerian Pertahanan Belanda. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Ogos 2014. Dicapai pada 15 Ogos 2014.
  10. ^ "Statuut voor het Koninkrijk der Nederlanden" [Charter for the Kingdom of the Netherlands]. Government of the Netherlands (dalam bahasa Belanda). 17 November 2017. Dicapai pada 11 Julai 2020.
  11. ^ "What are the different parts of the Kingdom of the Netherlands?". Government of the Netherlands. 16 October 2019. Dicapai pada 14 Februari 2021.
  12. ^ "Living in the EU". European Union. 12 Januari 2021. Dicapai pada 14 Februari 2021.
  13. ^ "Maritime boundaries of the Caribbean part of the Kingdom". Kementerian Pertahanan Belanda (dalam bahasa Inggeris). 15 November 2017. Dicapai pada 5 Ogos 2020.
  14. ^ "Netherlands vs. Holland". Netherlands Board of Tourism & Conventions. 18 Oktober 2012. Dicapai pada 17 Ogos 2021.
  15. ^ a b Menurut data dikumpul dari hasil carian Malay Concordance Project; pengiraan diperolehi dengan mencari perkataan tepat diapit tanda petikan ("...").
  16. ^ Kernial Singh Sandhu; Wheatley, Paul (1983). Melaka: The Transformation of a Malay Capital, C. 1400-1980. 2. Oxford University Press. m/s. 41.
  17. ^ Wilkinson, Richard James (1901). "belanda". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 112. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  18. ^ "'belanda' - Carian Umum". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 17 Ogos 2021.
  19. ^ Allen, Betty Molesworth (1967). Malayan Fruits: An Introduction to the Cultivated Species. D. Moore Press. m/s. 29. The word Belanda (meaning Hollander) was used to inidicate something which was foreign and made known by the Dutch...indicating that the object is foreign but resembles something already known...
  翻译: