Pergi ke kandungan

Pertempuran Hastings

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Hastings
Sebahagian daripada Penaklukan England oleh Norman

Harold Rex Interfectus Est: "Raja Harold dibunuh". Adegan daripada Dewangga Bayeux yang menggambarkan Pertempuran Hastings serta kemangkatan Harold.
Tarikh14 October 1066
Lokasi
Battle berdekatan Hastings, Sussex Timur, England
Keputusan Kemenangan pasti orang Norman
Pihak yang terlibat
Norman Inggeris
Komandan dan pemimpin

William dari Normandy
Alan si Merah
William fitzOsbern

Eustace II, Count of Boulogne
Harold Godwinson 
Gyrth Godwinson 
Leofwine Godwinson 
Kekuatan
Tidak diketahui, dianggarkan antara 7,000 hingga 12,000 Tidak diketahui, dianggarkan antara 5,000 hingga 13,000
Pertempuran Hastings yang terletak di East Sussex
Battle
Battle
Hastings
Hastings
Eastbourne
Eastbourne
Rye
Rye
Newhaven
Newhaven
Lewes
Lewes
Crowborough
Crowborough
Hailsham
Hailsham
Bexhill-on-Sea
Bexhill-on-Sea
Heathfield
Heathfield
Uckfield
Uckfield
Seaford
Seaford
Peacehaven
Peacehaven
Site of the Battle of Hastings in East Sussex

Pertempuran Hastings[a] telah terjadi pada 14 Oktober 1066 antara pasukan tentera Norman-Perancis di bawah pimpinan William, Duke Normandy, dengan tentera England di bawah pimpinan Raja Harold Godwinson dari Anglo-Saxon, menandakan permulaan akan penaklukan Norman ke atas England. Ia berlaku sekitar 7 batu (11 kilometer) barat laut Hastings, kini berdekatan dengan bandar Battle, East Sussex, dan membawa kemenangan muktamad bagi Norman.

Pertempuran ini datangnya selepas kemangkatan Raja Edward si Pengaku yang tidak berwaris pada bulan Januari 1066, yang mewujudkan pertelingkahan warisan takhta beberapa individu. Harold dimahkotakan sebagai raja tidak lama setelah kemangkatan Raja Edward kematian, tetapi menghadapi pencerobohan oleh William, saudaranya sendiri, Tostig dan Raja Harald Hardrada (Harold III) dari Norway. Hardrada dan Tostig mengalahkan tentera Inggeris yang berkumpul secara tergesa-gesa dalam Pertempuran Fulford pada 20 September 1066, dan kedua-duanya kemudian dikalahkan oleh Harold di Pertempuran Stamford Bridge lima hari kemudian. Kematian Tostig dan Hardrada di Stamford Bridge meninggalkan William sebagai satu-satunya lawan Harold yang serius. Ketika Harold dan pasukannya pulih, William mendaratkan pasukannya di Pevensey, selatan England pada 28 September 1066 dan ditubuhkan memijak untuk penaklukan kerajaan. Harold terpaksa bergerak dengan pantasnya, mengumpulkan pasukannya sekali harung.

Bilangan tepat yang hadir di pertempuran tidak diketahui; kiraan moden dianggarkan sekitar 10,000 orang askar untuk tentera William dan kira-kira 7,000 orang askar untuk tentera Harold. Secara jelasnya pula, tentera Inggeris terdiri hampir sepenuhnya oleh infantri dan beberapa pemanah yang sedikit, sedangkan separuh daripada kuasa yang menyerang adalah dari infantri, dengan pasukan-pasukan berkuda dan pemanah dibahagikan sama rata. Harold tampaknya mencuba untuk mengejutkan William, tapi pengintai menemukan pasukannya dan melaporkan ketibaan pasukan tersebut kepada William yang bergerak dari Hastings ke medan perang untuk berhadapan dengan Harold. Pertempuran tersebut berlarutan dari kira-kira 9 pagi sehingga senja. Pihak penceroboh pada awalnya berusaha untuk memecahkan garis pertempuran Inggeris namun ia tidak meninggalkan kesan yang banyak; oleh itu, pihak Norman menggunakan taktik berpura-pura untuk melarikan diri dalam keadaan panik dan kemudian beralih pada pengejar mereka. Harold mangkat, barangkalinya pada akhir pertempuran, menyebabkan kebanyakan tenteranya berundur dan seterusnya dikalahkan. Selepas lagi berbaris dan beberapa pertempuran, William dimahkotakan sebagai raja pada Hari Natal tahun 1066.

Pemberontakan dan tentangan terhadap pemerintahan William masih ada yang berterusan, namun kejadian yang berlaku di Hastings menandakan kemuncak penaklukan William di England. Kiraan korban perang susah dikenal pasti, namun beberapa sejarawan menganggarkan sebanyak 2,000 penceroboh yang mati bersama-sama dengan kira-kira dua kali jumlah pihak orang Inggeris. William mendirikan sebuah biara di tempat pertempuran, di mana altar tingginya terletak kononnya di tempat kemangkatan Harold.

  1. ^ Bahasa Inggeris Tua: Beadu Hǣstingum atau Norman: Batâle dé Hastings

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  翻译: