Shamsul Amri Baharuddin
Shamsul Amri Baharuddin Profesor Ulung, P.J.N., D.S.N.S. | |
---|---|
Pengarah pengasas Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia | |
Menyandang jawatan 8 Oktober 2007 | |
Canselor | Tuanku Jaafar (sehingga 2008) Tuanku Muhriz (2008-kini) |
Didahului oleh | Jawatan baharu |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1951 Negeri Sembilan, Malaya |
Tempat belajar | Universiti Malaya Universiti Monash |
Pekerjaan | Penyelidik |
Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin ialah seorang ahli akademik dan ilmuwan Malaysia, pengkhususan dalam sains sosial dan antropologi sosial[1]. Beliau merupakan pengarah pengasas kepada Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang diasaskan pada 2007. Pada 2010, beliau dipilih menjadi Profesor Ulung oleh Kementerian Pengajian Tinggi[2]. Beliau turut dilantik sebagai sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara[3] pada 2010 dan sebagai Pengerusi pada 2019.
Pada April 2018, beliau diundang menjadi Felo Akademi Sains Malaysia (ASM)[4]. Pada Februari 2019, beliau telah dilantik sebagai penyandang Kursi UNESCO dalam bidang "pengamalan sosial dalam komunikasi antara budaya dan kesepaduan masyarakat". Pada 2020, beliau dilantik sebagai Penasihat Perpaduan kepada Kementerian Perpaduan Negara[5].
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]Darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]- Malaysia: Panglima Jasa Negara (P.J.N.) (2007) - Datuk[6]
- Negeri Sembilan: Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S.) (2001) - Dato'[6]
Anugerah kesarjanaan
[sunting | sunting sumber]- Jepun - Hadiah Akademik, Anugerah Kebudayaan Asia Fukuoka, Jepun (2008)
- Malaysia - Profesor Ulung oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2010)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Biodata Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin". Mywilayah. 18 September 2021. Dicapai pada 27 Mac 2023.
- ^ "Tiga dipilih sebagai Profesor Ulung". Malaysiakini. 15 Disember 2010. Dicapai pada 27 Mac 2023.
- ^ "Majlis Profesor Negara dilancar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-27. Dicapai pada 2015-05-27.
- ^ "Bangsa Idaman: Sebuah Kupasan Mengenai Usaha Merintis Malaysia Baharu". Penang Institute. 26 Ogos 2019. Dicapai pada 27 Mac 2023.
- ^ "Majlis tandatangan memorandum persefahaman antara Kementerian Perpaduan Negara dengan Universiti Kebangsaan Malaysia". Malaysiakini. 23 Julai 2020. Dicapai pada 27 Mac 2023.
- ^ a b "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".