Kemunculan David Guetta dalam dunia EDM pada akhir 2000-an telah membawa perubahan yang ketara kepada landskap industri muzik ini. Hasil karya anak jati Perancis ini yang menampilkan muzik klasik House Perancis dengan elemen Electro sememangnya diminati ramai. Kolaborasinya bersama artis daripada pelbagai genre seperti Pop, R&B dan Hip-Hop pula berjaya menempatkannya sebagai seorang ikon muzik yang dikenali di seluruh dunia. Rihanna, Nicki Minaj dan Sia adalah antara artis ternama yang pernah bekerjasama dengannya.