GMT Group memaparkan semula ini
Belajarlah (dari buaian hingga ke liang lahad) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Tahniah Faris Qocey kerana dianugerahkan Master in Geotechnical Engineering oleh UiTM selepas pelbagai dugaan ditempohi!! GMTGeos sentiasa berusaha untuk membentuk individu yang cemerlang dalam organisasi GMTGeos. Oleh itu, kami sentiasa menggalakkan rakan kongsi dan kakitangan untuk membuat pengajian lanjutan diperingkat yang lebih tinggi. Antara inisiatif yang kita bagi adalah tanggungan belajar sebanyak 50% tanpa ikatan. Lazimnya GMTGeos keluarkan dahulu tanggungan 100% dan akan dibayar semula 50% dari bonus hujung tahun sekiranya ada😁 Kita juga memberi elaun bulanan tambahan kepada pemegang Master (RM500) dan PhD (RM1000) setelah berjaya tamat pengajian. GMTGeos punya sasaran untuk menjadikan 80% kakitangan teknikal mesti mempunyai ijazah Master/PhD. Ini cara untuk kita menjadikan kakitangan lebih mantap dari segi asas dan teorinya. Juga supaya produk yang dihasilkan lebih superior. Sentiasa dinamik berubah ikut keperluan dan masa. Setakat ini kita punya 9 kakitangan yang sudah punyai Master dalam pelbagai bidang serta 3 kakitangan yang punyai PhD seperti berikut: Pemegang Master: 1) Dato Zakaria (Master in Quaternary Geology dari Free University, Brussel) 2) Rasid Jaapar (Master in Engineering Geology dari Hong Kong University) 3) Faruq Aripin (Master in Geotechnical Engineering dari UTM) 4) James Bachat (Master in Geohazards dari UKM) 5) Sazaly Basiran (Master in Geology/Geophysics dari UMS) 6) Faris Qocey (Master in Geotechnical Engineering dari UiTM) 7) Najiha (Master in Geophysics dari UKM) 8) Angela (Master in Geophysics dari USM) 9) Afiq Ariff (Master in Applied Geology dari UM) Danial (sedang mengikuti Master in Remote Sensing and GIS dari UPM) Manakala pemegang Phd ialah: 1) Dr Richard (PhD in Geology dari Tsukubuya University) 2) Dr Mustaffa (PhD in Hydrogeology dari UKM) 3) Dr Che Aziz Ali (PhD in Geology dari Imperial College London) Insyaallah, awal tahun 2025, akan ada penambahan kakitangan yang punya PhD. “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya” (Al-'Alaq 96:1-5)