Terengganu Inc bersama anak-anak syarikat kumpulan seramai lebih 100 kakitangan terdiri daripada EPIC Berhad, TDM Berhad, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd, Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd, Golden Pharos Berhad, GPQ Sdn Bhd, Primula Beach Hotel, dan PTB Unit Trust Sdn Bhd telah menjayakan Program CSR 'Program Bersih Pantai Monsun Terengganu 2024' dengan kerjasama Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Program CSR ini telah berjaya menghimpunkan lebih 500 sukarelawan dalam misi membersihkan dua pantai popular di negeri Terengganu, Pantai Batu Burok dan Pantai Seberang Takir. Semangat gotong-royong yang ditunjukkan oleh para peserta, termasuk wakil daripada syarikat GLC negeri, agensi-agensi serta badan-badan NGO yang terlibat, membuktikan komitmen tinggi masyarakat Terengganu dalam memelihara keindahan pantai dan kelestarian alam sekitar. YB Datuk Razali Idris selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu bersama wakil rakyat kawasan telah turun padang menyertai program ini bersama-sama YB Hajah Zuraida binti Md Noor, ADUN Ladang dan Dato’ Haji Rosli bin Latif, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Inisiatif ini merupakan contoh kejayaan kerjasama antara pihak kerajaan, sektor korporat dan masyarakat dalam memastikan kelestarian alam sekitar terpelihara untuk generasi akan datang. Program sebegini bukan sahaja membantu mengekalkan keindahan pantai-pantai di Terengganu, malah memperkukuh semangat kemasyarakatan dan kesedaran alam sekitar dalam kalangan penduduk. #terengganuinc #kumpulanterengganuinc #CSR #jombersihpantai #terengganu
-
+8