Dasar Privasi Kami

Tarikh Berkuat Kuasa: 22/12/2023

SKOP DASAR INI

Dasar privasi ini menerangkan pemprosesan maklumat yang disediakan atau dikumpulkan di laman web dan aplikasi di mana dasar polisi ini disiarkan, sama ada pada harta digital kami atau pada aplikasi yang kami jadikan tersedia di laman web atau platform pihak ketiga. Ia juga menerangkan pemprosesan maklumat tetamu yang diberikan kepada kami atau yang kami kumpulkan secara luar talian di harta fizikal kami, seperti di kedai kami, taman tema, resort dan kapal persiaran atau melalui pusat panggilan tetamu kami.  Kami mengikuti dasar privasi ini selaras dengan undang-undang yang diguna pakai di tempat kami beroperasi.  Dalam sesetengah kes, kami mungkin akan menyediakan notis privasi data tambahan yang khusus bagi produk, amalan atau rantau tertentu. Terma-terma tersebut hendaklah dibaca bersama dengan dasar ini.

Sila ingat bahawa apabila anda memberikan maklumat kepada kami di laman web atau platform pihak ketiga (contohnya, melalui aplikasi kami), maklumat yang anda berikan boleh dikumpulkan secara berasingan oleh laman web atau platform pihak ketiga. Maklumat yang kami kumpulkan terangkum dalam dasar privasi ini dan maklumat yang dikumpulkan oleh laman web atau platform pihak ketiga tertakluk kepada amalan privasi laman web atau platform pihak ketiga tersebut. Pilihan privasi yang telah anda buat di laman web atau platform pihak ketiga tersebut tidak akan diguna pakai kepada penggunaan maklumat kami yang kami kumpulkan secara langsung melalui aplikasi kami. Perlu juga diingat bahawa laman web dan aplikasi kami mungkin mengandungi pautan ke laman web lain yang bukan milik kami atau di bawah kawalan kami dan kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi laman web tersebut. Kami menggalakkan anda untuk menyedari apabila anda meninggalkan laman web atau aplikasi kami dan membaca dasar privasi laman web lain yang mungkin mengumpul maklumat peribadi anda.

Syarikat kami merangkumi banyak jenama yang berbeza. Apabila anda berkunjung, membeli belah atau mencipta akaun dengan kami atau menggunakan laman web dan aplikasi kami, maklumat anda dikawal oleh anggota dari The Walt Disney Family of Companies. Senarai pengawal data boleh ditemui di sini.

Kami mengumpul dua jenis asas maklumat – maklumat peribadi (seperti yang ditakrifkan dalam dasar ini) dan maklumat tanpa nama (seperti yang ditakrifkan dalam dasar ini) – dan kami mungkin akan menggunakan maklumat peribadi dan maklumat tanpa nama untuk mencipta maklumat jenis ketiga, iaitu maklumat agregrat (juga ditakrifkan dalam dasar ini).   Secara khususnya, kami mengumpul:

  • Maklumat pendaftaran yang anda berikan semasa anda mencipta akaun, memasuki promosi tertentu atau memautkan profil anda di laman web atau platform pihak ketiga dengan akaun pendaftaran anda, seperti nama pertama dan nama keluarga anda, negara tempat kediaman, jantina, tarikh lahir, alamat e-mel, nama pengguna dan kata laluan;
  • Maklumat urus niaga yang anda berikan apabila anda meminta maklumat, menghubungi Khidmat Tetamu atau membeli, memulangkan atau menukar produk atau perkhidmatan daripada kami, seperti alamat surat menyurat, nombor telefon dan maklumat pembayaran;
  • Maklumat yang anda berikan dalam forum umum di laman web dan aplikasi kami, seperti siaran umum anda;
  • Maklumat yang dihantar sama ada seorang kepada seorang atau dalam kumpulan yang terhad menggunakan mesej, sembang, siaran kami atau fungsi yang serupa, di mana kami dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan untuk mengumpul maklumat ini;
  • Maklumat yang kami peroleh daripada pihak ketiga, seperti penyedia laman web atau platform, mengenai penggunaan aplikasi kami pada platform atau peranti pihak ketiga;
  • Maklumat lokasi, termasuk maklumat lokasi yang tepat atau anggaran oleh peranti mudah alih atau peranti lain yang berinteraksi dengan salah satu laman web, aplikasi atau harta fizikal kami (termasuk melalui teknologi suar) atau yang dikaitkan dengan alamat IP anda atau pengecam dalam talian atau peranti yang lain, di mana kami dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan untuk memproses maklumat ini;
  • Maklumat aktiviti mengenai penggunaan anda dan penggunaan oleh mana-mana individu yang anda benarkan melalui akaun anda (sebagai contoh, melalui pewujudan profil di bawah akaun Disney+ atau Hulu), atau laman web dan aplikasi kami, seperti kandungan yang anda lihat atau siarkan, berapa kerap anda menggunakan perkhidmatan kami dan pilihan anda;
  • Data penggunaan, tontonan, teknikal dan peranti apabila anda melawat laman web kami, menggunakan aplikasi kami di laman web atau platform pihak ketiga atau membuka e-mel yang kami hantar atau bersambung dengan perkhidmatan akses Internet wayarles kami dan teknologi lain yang serupa, termasuk jenis pelayar atau peranti anda, pengecam peranti unik dan alamat IP;
  • Gambar pegun atau video yang dirakam oleh kamera atau pembaca di atau sekitar harta fizikal kami; dan
  • Rakaman panggilan apabila anda menghubungi pusat tempahan kami atau nombor telefon khidmat tetamu.
  • Kami mengumpulkan informasi yang Anda berikan kepada kami saat Anda meminta atau membeli produk, layanan, atau informasi dari kami, mendaftar dengan kami (termasuk saat Anda menautkan profil pada situs atau platform pihak ketiga dengan akun pendaftaran Anda), berpartisipasi dalam forum publik atau aktivitas lain di situs dan aplikasi kami, menanggapi survei tamu, mengunjungi properti fisik kami, menghubungi pusat reservasi kami atau nomor telepon layanan tamu lainnya, atau berinteraksi dengan kami menggunakan satu atau beberapa perangkat.  Anda dapat memberikan informasi dalam berbagai cara, termasuk dengan mengetik atau menggunakan perintah suara.
  • Kami mengumpul maklumat melalui pelbagai teknologi, seperti kuki, kuki Flash, piksel, tag, kit pembangunan perisian, antara muka program aplikasi dan suar Web, termasuk apabila anda melawat laman dan aplikasi kami atau menggunakan aplikasi kami di laman pihak ketiga atau platform menggunakan satu atau lebih peranti, sama ada anda dilog masuk atau didaftarkan, ataupun sebaliknya. Sila lawat Penjejakan Dalam Talian dan Pengiklanan untuk maklumat lanjut, termasuk Jangan Jejak dan cara untuk menyahdayakan kuki dan sebaliknya membuat pilihan berkenaan dengan pengumpulan data tersebut.
  • Kami mengumpul maklumat menggunakan alat analisis, termasuk apabila anda melawat laman dan aplikasi kami atau menggunakan aplikasi kami di laman atau platform pihak ketiga.
  • Kami memperoleh maklumat dari sumber lain yang dipercayai untuk mengemaskini atau menambah maklumat yang anda berikan atau kami kumpulkan secara automatik, seperti apabila kami mengesahkan maklumat alamat pos menggunakan perkhidmatan pihak ketiga. Undang-undang yang berkenaan mungkin menghendaki anda membenarkan pihak ketiga untuk berkongsi maklumat anda dengan kami sebelum kami dapat memperoleh maklumat tersebut.

Anggota dari The Walt Disney Family of Companies iaitu pengawal data untuk maklumat anda adalah bertanggungjawab dan boleh menggunakan maklumat anda untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam dasar ini. Anggota lain dari The Walt Disney Family of Companies mungkin mengakses maklumat anda di tempat mereka melaksanakan perkhidmatan bagi pihak pengawal data (sebagai pemproses data) dan melainkan dilarang di bawah undang-undang yang diguna pakai, untuk digunakan bagi pihak mereka sendiri (sebagai pengawal data) untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam dasar ini.  Selaras dengan undang-undang yang diguna pakai serta pilihan dan kawalan yang mungkin tersedia untuk anda, kami mungkin menggunakan maklumat yang dikumpulkan daripada anda atau daripada peranti yang dikaitkan dengan anda, untuk:

  • Memberi anda pengalaman, produk dan perkhidmatan yang anda minta, lihat, sertai atau beli;
  • Berkomunikasi dengan anda mengenai akaun atau urus niaga dengan kami dan menghantarkan maklumat kepada anda atau meminta maklum balas mengenai ciri-ciri di laman web dan aplikasi kami atau perubahan kepada dasar kami;
  • Menghantar tawaran dan promosi untuk produk dan perkhidmatan kami atau produk dan perkhidmatan pihak ketiga kepada anda;
  • Memperibadikan kandungan dan pengalaman;
  • Memberi anda pengiklanan yang disasarkan berdasarkan aktiviti anda di laman web dan aplikasi kami serta di laman web dan aplikasi pihak ketiga;
  • Mengendalikan, memahami, mengoptimumkan, membangunkan atau menambah baik laman web, aplikasi, produk, perkhidmatan dan operasi kami, termasuk dengan menggunakan kaji selidik tetamu dan alat analisis; dan
  • Mengesan, menyiasat dan menghalang aktiviti yang boleh melanggar dasar kami, terdedah kepada isu-isu keselamatan atau yang bersifat penipuan atau menyalahi undang-undang; dan
  • Memaklumkan anda tentang panggil balik produk atau isu-isu keselamatan produk.

Kami tidak akan berkongsi maklumat peribadi dengan pihak ketiga di luar The Walt Disney Family of Companies kecuali dalam keadaan terhad, termasuk:

  • Apabila anda membenarkan kami untuk berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat lain, dengan memilih untuk berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat yang dipilih dengan teliti supaya mereka boleh menghantar tawaran dan promosi mengenai produk dan perkhidmatan mereka kepada anda;
  • Apabila anda mengarahkan kami untuk berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat lain untuk memenuhi permintaan anda, seperti:
    • Apabila anda menempah pakej pelancongan dengan kami yang termasuk barangan atau perkhidmatan yang disediakan oleh rakan niaga pihak ketiga, seperti syarikat penerbangan, penyedia pengangkutan darat, hotel pihak ketiga dan penyedia insurans pelancongan; dan
    • Apabila anda membuat tempahan untuk menjamu selera melalui kami bagi restoran yang dikendalikan oleh pihak ketiga.
  • Apabila anda mengarahkan kami untuk berkongsi maklumat peribadi anda dengan laman web atau platform pihak ketiga, seperti laman web rangkaian sosial.
  • Apabila kami bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan yang melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami; seperti penghantaran pakej, pemasaran dan pengiklanan serta khidmat pelanggan; walau bagaimanapun, syarikat-syarikat ini dilarang menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan selain daripada yang kami minta atau dikehendaki oleh undang-undang;
  • Apabila kami memberikan anda pengiklanan yang berkaitan di laman web dan aplikasi pihak ketiga, kami mungkin berkongsi maklumat peribadi terhad tentang anda, seperti pengecam tertentu atau alamat e-mel tercincang, dengan pihak ketiga. Kami juga mungkin berkongsi maklumat sedemikian untuk memberi anda serta untuk mengukur pengiklanan pihak ketiga yang berkaitan di laman web dan aplikasi kami. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara kami menggunakan maklumat anda untuk pemperibadian dan penjejakan, sila lawati Teknologi dan Pengiklanan Penjejakan Dalam Talian.
  • Apabila kami bekerjasama dengan institusi kewangan untuk menawarkan produk atau perkhidmatan jenama bersama kepada anda, seperti Disney Rewards Visa Card jenama bersama kami; walau bagaimanapun, kami akan berbuat demikian hanya jika dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan dan, dalam kes ini, institusi kewangan dilarang menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan selain daripada yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan jenama bersama;
  • Apabila anda memberikan maklumat peribadi kepada National Geographic Partners, iaitu usahasama antara The Walt Disney Company dan National Geographic Society, National Geographic Partners mungkin akan berkongsi maklumat dengan National Geographic Society dan sebaik sahaja dikongsi, maklumat itu dikawal oleh dan menjadi tertakluk kepada dasar privasi National Geographic Society;
  • Apabila anda menggunakan perkhidmatan Hulu, Hulu mungkin berkongsi maklumat dengan rakan kongsi perniagaannya yang membantu menyediakan perkhidmatan Hulu, termasuk contohnya, pengatur cara kandungan, pengedar dan rakan kongsi peranti serta pemilik korporatnya; dengan persetujuan anda, Hulu juga boleh berkongsi maklumat tontonan anda bersama dengan maklumat peribadi tertentu dengan mereka dan pihak ketiga yang lain;
  • Apabila kami berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga berhubung dengan jualan perniagaan, untuk menguatkuasakan Terma Penggunaan atau peraturan kami, untuk memastikan keselamatan dan keamanan tetamu kami dan pihak ketiga, untuk memelihara hak dan harta kami serta hak dan harta tetamu kami dan pihak ketiga, untuk mematuhi proses undang-undang atau dalam kes-kes lain jika kami percaya dengan niat baik bahawa pendedahan tersebut diperlukan oleh undang-undang.
  • Sila ambil maklum bahawa, kecuali seperti yang dinyatakan di atas, sebaik sahaja kami berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat lain dalam keadaan di atas, maklumat yang diterima oleh syarikat lain dikawal oleh syarikat itu dan menjadi tertakluk kepada amalan privasinya.

Kami memberi anda keupayaan untuk menggunakan kawalan dan pilihan tertentu berkenaan dengan pengumpulan, penggunaan dan perkongsian maklumat anda. Selaras dengan undang-undang yang diguna pakai, kawalan dan pilihan anda mungkin termasuk:

  • Membetulkan, mengemas kini dan memadam akaun pendaftaran anda;
  • Memilih atau mengubah pilihan anda untuk langganan, surat berita dan peringatan;
  • Memilih sama ada anda ingin menerima tawaran dan promosi daripada kami untuk produk dan perkhidmatan kami atau produk dan perkhidmatan yang kami fikirkan anda mungkin berminat;
  • Memilih sama ada kami boleh berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat lain supaya mereka boleh menghantar tawaran dan promosi mengenai produk dan perkhidmatan mereka kepada anda;
  • Mengawal pengiklanan yang bersasar dengan mengklik pada “Jangan Jual atau Kongsi Maklumat Peribadi Saya” atau “Urus Tetapan Kuki Anda” dalam pengaki laman web atau tetapan aplikasi kami;
  • Mengawal pengiklanan bersasar daripada banyak rangkaian iklan dan rakan niaga; pertukaran data; dan analisis pemasaran serta penyedia perkhidmatan pengiklanan digital dan pemasaran (dengan melawat Perikatan Pengiklanan Digital);
  • Memilih untuk mengawal pengiklanan disasarkan yang anda terima dalam aplikasi dengan menggunakan tetapan dan pilihan yang tersedia untuk anda melalui peranti anda, contohnya, dengan memilih keluar daripada iklan berasaskan minat;
  • Memilih untuk mengehadkan penyertaan dalam penyelidikan pengukuran digital Nielsen (untuk bukan Ahli Panel);
  • Memilih untuk mengehadkan penyertaan dalam Penilaian Iklan Digital Nielsen apabila menonton Hulu pada peranti ruang tamu tertentu dan aplikasi mudah alih dengan melakukan log masuk ke Hulu pada komputer anda dan mengklik “Urus Pengukuran Nielsen” pada Halaman Akaun Hulu anda;
  • Memilih untuk mengehadkan penyertaan dalam Penilaian Iklan Digital Nielsen (dalam pasaran di mana tersedia) apabila menonton Disney+ pada peranti ruang tamu tertentu dan aplikasi mudah alih dengan melakukan log masuk ke Hulu pada komputer anda dan mengklik “Urus Pengukuran Nielsen” pada halaman Akaun Disney+ anda.
  • Mengurus keutamaan Hulu anda mengenai perkongsian maklumat tontonan anda serta maklumat peribadi tertentu dengan log masuk ke Hulu pada komputer anda, pergi ke tetapan akaun anda dan edit profil anda;
  • Meminta untuk menyingkirkan maklumat peribadi anda daripada forum umum di salah satu laman web atau aplikasi kami; dan
  • Meminta akses kepada maklumat peribadi yang kami simpan mengenai anda dan yang kami meminda atau memadamnya.

Anda boleh melaksanakan kawalan dan pilihan ini dalam pelbagai cara, termasuk seperti yang digariskan di atas atau dengan melawat Pilihan Komunikasi (di bawah tab Kawalan Privasi), menghubungi Khidmat Tetamu, atau dengan mengikuti arahan yang diberikan dalam komunikasi yang dihantar kepada anda. Anda juga boleh memilih keluar daripada iklan berasaskan minat dengan melawat Perikatan Pengiklanan Digital atau Perikatan Pengiklanan Digital Interaktif Eropah atau menggunakan mekanisme pilih keluar dalam pautan “Iklan Berasaskan Minat” dalam pengaki laman web yang anda lawati.

Sila ambil maklum bahawa jika anda tidak membenarkan kami mengumpul maklumat peribadi daripada anda, kami mungkin tidak dapat menyampaikan pengalaman, produk dan perkhidmatan tertentu kepada anda dan sesetengah perkhidmatan kami mungkin tidak dapat mengambil kira minat dan pilihan anda. Jika pengumpulan maklumat peribadi adalah wajib, kami akan menjelaskan perkara ini pada masa pengumpulan perlu dibuat supaya anda boleh membuat keputusan termaklum sama ada mahu menyertai atau tidak. Sekiranya anda ada soalan tentang maklumat peribadi khusus mengenai anda yang kami proses atau simpan, serta hak-hak anda berkenaan dengan maklumat peribadi tersebut, sila hubungi Khidmat Tetamu.

Kami mengenal pasti keperluan untuk menyediakan perlindungan privasi lebih lanjut berkenaan dengan maklumat peribadi yang mungkin kami kumpul daripada kanak-kanak di laman dan aplikasi kami. Sesetengah ciri di tapak dan aplikasi kami adalah mempunyai batas umur sehingga ciri itu tidak boleh digunakan oleh kanak-kanak, dan kami tidak mengumpul maklumat peribadi daripada kanak-kanak yang berkaitan dengan ciri-ciri tersebut. Apabila kami berhasrat untuk mengumpul maklumat peribadi daripada kanak-kanak, kami mengambil langkah tambahan untuk melindungi privasi kanak-kanak, termasuk:

  • Memaklumkan ibu bapa mengenai amalan maklumat kami berkenaan dengan kanak-kanak, termasuk jenis maklumat peribadi yang kami mungkin kumpulkan daripada kanak-kanak, penggunaan yang kami mungkin menggunakan maklumat itu, dan sama ada dan dengan siapa kami mungkin berkongsi maklumat itu;
  • Mengikut undang-undang dan amalan kami, mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa untuk pengumpulan maklumat peribadi daripada anak-anak mereka, atau untuk menghantar maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami terus kepada anak-anak mereka;
  • Mengehadkan pengumpulan maklumat peribadi kami daripada kanak-kanak kepada tidak lebih dari yang semestinya perlu untuk mengambil bahagian dalam aktiviti dalam talian; dan
  • Memberi akses kepada ibu bapa atau keupayaan untuk meminta akses kepada maklumat peribadi yang kami kumpulkan daripada anak-anak mereka dan keupayaan untuk meminta agar maklumat peribadi diubah atau dipadamkan.

Untuk maklumat lanjut tentang amalan kami di Amerika Syarikat berkenaan dengan maklumat peribadi kanak-kanak, sila baca Dasar Privasi Kanak-kanak kami.

Keselamatan, integriti dan kerahsiaan maklumat anda adalah amat penting bagi kami. Kami telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan dari segi teknikal, pentadbiran dan fizikal yang direka untuk melindungi maklumat tetamu daripada akses, pendedahan, penggunaan dan pengubahsuaian yang tidak dibenarkan. Kami sentiasa menyemak prosedur keselamatan kami untuk mempertimbangkan teknologi dan kaedah baharu yang sesuai. Harap maklum bahawa, walaupun kami sudah berusaha dengan sebaik mungkin, tiada langkah keselamatan yang sempurna atau tidak dapat ditembusi. Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda untuk tempoh masa yang diperlukan bagi memenuhi tujuan-tujuan yang digariskan dalam dasar privasi ini melainkan tempoh penyimpanan yang lebih lama diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang.

Kami beroperasi secara global dan boleh memindahkan maklumat peribadi anda kepada syarikat-syarikat individu The Walt Disney Family of Companies atau pihak ketiga di lokasi sekeliling dunia untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam dasar privasi ini. Di mana sahaja maklumat peribadi anda dipindahkan, disimpan atau diproses oleh kami, kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi privasi maklumat peribadi anda. Langkah-langkah ini mungkin termasuk melaksanakan klausa kontrak standard yang diiktiraf oleh undang-undang, mendapatkan persetujuan anda atau cara pemindahan maklumat peribadi lain yang sah.

Dari semasa ke semasa, kami boleh meminda dasar privasi ini untuk menyesuaikan teknologi baharu, amalan industri, keperluan kawal selia atau untuk tujuan-tujuan lain. Kami akan memberikan notis kepada anda jika terdapat perubahan material dan jika dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan, kami akan mendapatkan persetujuan anda. Notis mungkin dihantar melalui e-mel kepada anda di alamat e-mel terakhir yang anda berikan kepada kami, dengan menyiarkan notis tentang perubahan tersebut di laman web dan aplikasi kami atau dengan cara-cara lain, selaras dengan undang-undang yang diguna pakai.

Jika anda mempunyai komen atau soakan mengenai dasar privasi ini, sila hubungi Perkhidmatan Tetamu.

Notis kepada Penduduk AS: Jika anda menetap Penduduk AS, anda mungkin mempunyai hak privasi tambahan tertentu. Lawati halaman Hak Privasi Negeri AS anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Notis kepada Penduduk UK dan EU: Sekiranya anda menetap di UK dan EU, anda mungkin mempunyai hak privasi tambahan tertentu.  Lawati halaman Hak Privasi UK dan EU kami untuk maklumat lanjut.

Bagi penduduk negara di Timur Tengah, Afrika dan negara Eropah yang bukan sebahagian daripada EU, lawati halaman Hak Privasi EMEA kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Notis kepada Penduduk Brazil: Sekiranya anda menetap di Brazil, anda mungkin mempunyai hak privasi tambahan tertentu. Lawati halaman Perlindungan Data di Brazil kami untuk maklumat lanjut.

Kembali ke Atas back-to-top
  翻译: