Tukar seting untuk AirPods Pro 1 dan 2
Pada iPhone, iPad, atau Mac, anda boleh menukar kawalan untuk AirPods Pro. Sebagai contoh, anda boleh menyesuaikan tindakan yang dilakukan apabila anda menekan dan menahan sensor daya pada AirPods Pro 1 atau kawalan Sentuh pada AirPods Pro 2, menukar lokasi mikrofon anda, menyahaktifkan pengesanan telinga automatik dan banyak lagi.
Tukar perkara yang sensor daya atau kawalan Sentuh lakukan
Anda boleh menukar tindakan yang dilaksanakan apabila anda menekan dan menahan batang pada AirPods Pro anda.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting , kemudian ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin.
Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik nama AirPods anda dalam bar sisi.
Pilih Kiri atau Kanan, kemudian pilih tindakan yang anda mahu laksanakan setiap kali anda menekan dan menahan batang.
Tukar cara anda menamatkan panggilan atau menyenyapkan diri anda dengan AirPods Pro anda
Secara lalai, anda boleh tekan dua kali batang pada AirPods anda untuk menamatkan panggilan, serta tekan sekali untuk menyenyapkan dan menyahsenyapkan. Anda boleh menukar tindakan ini.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting , kemudian ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin. Ketik Tamatkan Panggilan atau Senyap & Nyahsenyap, kemudian pilih Tekan Sekali atau Tekan Dua Kali. Pilihan lain bertukar secara automatik.
Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik nama AirPods anda dalam bar sisi. Di sebelah kanan, pilih pilihan di sebelah “Tamatkan Panggilan” atau “Senyap & nyahsenyap”. Pilihan lain bertukar secara automatik.
Setkan lokasi mikrofon untuk AirPods Pro anda
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting , kemudian ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin.
Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik nama AirPods anda dalam bar sisi.
Pilih Mikrofon, kemudian pilih satu daripada berikut:
Tukar AirPods Secara Automatik: Salah satu AirPods anda boleh bertindak sebagai mikrofon. Jika anda hanya menggunakan satu AirPods, AirPods tersebut berfungsi sebagai mikrofon.
Sentiasa AirPod Kiri atau Sentiasa AirPod Kanan: AirPods yang anda pilih menjadi mikrofon, walaupun jika anda mengeluarkannya daripada telinga anda atau meletakkannya di dalam bekas.
Nyahaktifkan pengesanan telinga automatik
AirPods Pro anda berhenti memainkan audio secara automatik apabila anda mengeluarkannya dan meneruskan main balik apabila anda meletakkannya kembali. Anda boleh menukar seting ini.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting , ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Pengesanan Telinga Automatik.
Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik nama AirPods anda dalam bar sisi, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan “Pengesanan telinga automatik”.
Nyahaktifkan bunyi bekas pengecasan pada AirPods Pro 2
Bekas pengecasan AirPods Pro 2 anda memainkan bunyi apabila ia dipasangkan, dicas dan banyak lagi. Anda boleh menyahaktifkan bunyi ini.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting , ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Dayakan Bunyi Bekas Pengecasan.
Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik nama AirPods anda dalam bar sisi, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan “Dayakan bunyi bekas pengecasan”.
Anda juga boleh menukar kelantangan kesan bunyi yang dimainkan oleh AirPods anda. Lihat Laraskan kelantangan kesan bunyi untuk AirPods.