Gunakan kawalan dan gerak isyarat dengan AirPods anda
Selain daripada mengawal audio daripada app yang anda gunakan dengan AirPods, anda boleh menggunakan kawalan terus pada AirPods anda untuk melakukan perkara seperti menjedakan dan meneruskan main balik, melangkau trek, menjawab panggilan dan menggunakan Siri.
Jika anda mempunyai AirPods Pro 2 atau AirPods 4 (kedua-dua model) dan anda mempunyai Umumkan Panggilan dan Umumkan Pemberitahuan diaktifkan, anda juga boleh menggunakan gerak isyarat kepala untuk menerima dan menolak panggilan serta membuka atau menutup pemberitahuan tanpa menggunakan suara atau tangan anda.
Laraskan kawalan dan gerak isyarat untuk AirPods
Pakai AirPods anda, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting , kemudian ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin.
Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik AirPods anda dalam bar sisi.
Kawalan AirPods 1 dan 2
Anda boleh mengawal AirPods anda dengan dwiketik pada bahagian atas batang. Sebagai contoh, apabila anda menerima panggilan masuk, dwiketik untuk menjawab. Anda juga boleh mengesetkan setiap AirPods anda untuk melakukan salah satu yang berikut dengan dwiketik:
Mainkan dan jedakan kandungan audio.
Mainkan trek seterusnya.
Kembali ke trek sebelumnya.
Aktifkan Siri.
Kawalan AirPods 3
Dengan sensor daya pada batang kedua-dua AirPods 3, anda boleh melakukan mana-mana yang berikut:
Main dan jedakan audio: Tekan batang. Untuk meneruskan main balik, tekannya lagi.
Mainkan trek seterusnya: Tekan dua kali batang.
Mainkan trek sebelumnya: Tekan tiga kali batang.
Jawab panggilan: Apabila anda menerima panggilan, tekan batang.
Aktifkan Siri: Tekan dan tahan batang, kemudian tanya soalan, kawal app dan banyak lagi.
Kawalan dan gerak isyarat AirPods 4 dan AirPods 4 (ANC)
Dengan sensor daya pada batang AirPods 4 (kedua-dua model), anda boleh melakukan mana-mana yang berikut:
Main dan jedakan audio: Tekan batang. Untuk meneruskan main balik, tekannya lagi.
Mainkan trek seterusnya: Tekan dua kali batang.
Mainkan trek sebelumnya: Tekan tiga kali batang.
Jawab panggilan: Apabila anda menerima panggilan, tekan batang.
Tukar antara mod kawalan bunyi Pembatalan Bunyi, Ketelusan dan Audio Adaptif: Pada AirPods 4 (ANC) sahaja, anda boleh mengeset salah satu AirPods anda untuk melaksanakan tindakan ini apabila anda menekan dan menahan batang. Lihat Tukar perkara yang sensor daya atau kawalan Sentuh lakukan.
Aktifkan Siri: Anda boleh mengeset salah satu AirPods anda untuk melaksanakan tindakan ini apabila anda menekan dan menahan batang. Lihat Gunakan Siri dengan AirPods.
Gunakan gerak isyarat kepala untuk membalas kepada Siri
Terima panggilan atau balas pemberitahuan dan mesej: Angguk kepala anda ke atas dan bawah.
Tolak panggilan atau tutup pemberitahuan dan mesej: Goyangkan kepala anda dari sisi ke sisi.
Nota: Untuk menggunakan gerak isyarat kepala untuk membalas kepada Siri, Umumkan Panggilan dan Umumkan Pemberitahuan mesti diaktifkan. Lihat Gunakan Siri untuk mengumumkan panggilan dan pemberitahuan.
Kawalan AirPods Pro 1
Dengan sensor daya pada batang kedua-dua AirPods Pro 1, anda boleh melakukan mana-mana yang berikut:
Main dan jedakan audio: Tekan batang. Untuk meneruskan main balik, tekannya lagi.
Mainkan trek seterusnya: Tekan dua kali batang.
Mainkan trek sebelumnya: Tekan tiga kali batang.
Jawab panggilan: Apabila anda menerima panggilan, tekan batang.
Tukar antara mod Pembatalan Bunyi dan Ketelusan: Anda boleh mengeset salah satu AirPods anda untuk melaksanakan tindakan ini apabila anda menekan dan menahan batang. Lihat Tukar seting untuk AirPods Pro.
Aktifkan Siri: Anda boleh mengeset salah satu AirPods anda untuk melaksanakan tindakan ini apabila anda menekan dan menahan batang. Lihat Gunakan Siri dengan AirPods.
Kawalan dan gerak isyarat AirPods Pro 2
Dengan kawalan Sentuh pada batang kedua-dua AirPods Pro 2, anda boleh melakukan mana-mana yang berikut:
Main dan jedakan audio: Tekan batang. Untuk meneruskan main balik, tekannya lagi.
Mainkan trek seterusnya: Tekan dua kali batang.
Mainkan trek sebelumnya: Tekan tiga kali batang.
Jawab panggilan: Apabila anda menerima panggilan, tekan batang.
Laraskan kelantangan: Leret ke atas atau ke bawah dengan lembut pada batang.
Anda juga boleh mengaktifkan Kelantangan Diperibadikan untuk melaraskan kelantangan secara automatik mengikut keutamaan pendengaran dan persekitaran anda. Lihat Gunakan Kesedaran Perbualan atau Kelantangan Diperibadikan.
Tukar antara mod kawalan bunyi Pembatalan Bunyi, Ketelusan dan Audio Adaptif: Anda boleh mengeset salah satu AirPods anda untuk melaksanakan tindakan ini apabila anda menekan dan menahan batang. Lihat Tukar perkara yang sensor daya atau kawalan Sentuh lakukan.
Aktifkan Siri: Anda boleh mengeset salah satu AirPods anda untuk melaksanakan tindakan ini apabila anda menekan dan menahan batang. Lihat Gunakan Siri dengan AirPods.
Gunakan gerak isyarat kepala untuk membalas kepada Siri
Terima panggilan atau balas pemberitahuan dan mesej: Angguk kepala anda ke atas dan bawah.
Tolak panggilan atau tutup pemberitahuan dan mesej: Goyangkan kepala anda dari sisi ke sisi.
Nota: Untuk menggunakan gerak isyarat kepala untuk membalas kepada Siri, Umumkan Panggilan dan Umumkan Pemberitahuan mesti diaktifkan. Lihat Gunakan Siri untuk mengumumkan panggilan dan pemberitahuan.
Kawalan AirPods Max
Anda boleh menggunakan Digital Crown dan butang kawalan bunyi—terletak pada fon kepala kanan—untuk mengawal audio, panggilan telefon, panggilan FaceTime dan untuk mengaktifkan Siri.
Kawal kandungan audio
Anda boleh menggunakan Digital Crown dan butang kawalan bunyi untuk melakukan mana-mana daripada berikut:
Mainkan dan jedakan kandungan audio: Tekan Digital Crown. Untuk meneruskan main balik, tekannya lagi.
Mainkan trek seterusnya: Klik Digital Crown dua kali.
Mainkan trek sebelumnya: Klik Digital Crown tiga kali.
Laraskan kelantangan: Putar Digital Crown.
Tukar antara mod Pembatalan Bunyi dan Ketelusan: Tekan butang kawalan bunyi. Lihat Tukar seting untuk AirPods Max.
Kawal panggilan telefon dan FaceTime
Apabila anda menerima panggilan, gunakan Digital Crown untuk melakukan mana-mana daripada berikut:
Jawab panggilan: Tekan Digital Crown.
Tolak panggilan masuk: Klik Digital Crown dua kali.
Jawab panggilan masuk kedua dan tahan panggilan pertama: Tekan Digital Crown.
Tukar antara dua panggilan aktif: Klik Digital Crown dua kali untuk menamatkan panggilan semasa dan bertukar kepada panggilan yang lain.
Tolak panggilan masuk kedua: Tekan dan tahan Digital Crown.
Hantar panggilan ke telefon anda: Klik Digital Crown dua kali.
Aktifkan Siri
Aktifkan Siri: Tekan dan tahan Digital Crown, tunggu bunyi loceng, kemudian tanya soalan, kawal app dan banyak lagi.