Tukar seting Akses Bantu pada iPhone
Selepas anda menyediakan Akses Bantu pada iPhone, anda boleh menukar seting untuk app yang anda tambahkan dan menyesuaikan seting sistem lain mengikut keperluan. Anda menukar kebanyakan seting Akses Bantu dalam app Seting apabila Akses Bantu tidak aktif, walaupun sesetengah seting boleh ditukar dalam Akses Bantu.
Tukar seting Akses Bantu dalam app Seting
Dalam app Seting, anda boleh menambahkan app ke Akses Bantu dan menyesuaikannya, memilih tataletak skrin, mendayakan atau menyahdayakan butang iPhone yang mengawal kelantangan dan mod Senyap, menunjukkan atau menyembunyikan maklumat tambahan seperti masa atau paras bateri dan banyak lagi.
Untuk melaraskan seting ini, keluar daripada Akses Bantu jika ia aktif, kemudian pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Akses Bantu. Di bawah hanyalah tiga seting yang anda boleh laraskan.
Hias Latar Pilih imej latar belakang untuk Skrin Kunci. | Pemberitahuan Aktifkan Tunjukkan Lencana Pemberitahuan supaya ikon kelihatan dan bunyi dimainkan apabila app mempunyai pemberitahuan baharu. | Siri Benarkan penggunaan Siri dalam Akses Bantu. |
Tukar seting semasa Akses Bantu aktif
Sesetengah seting sistem boleh dilaraskan tanpa perlu keluar daripada Akses Bantu. Contohnya, anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Mod Pesawat, atau mematikan iPhone.
Untuk melaraskan seting ini semasa Akses Bantu aktif, klik butang sisi tiga kali (pada iPhone dengan Face ID) atau butang Utama (pada model iPhone lain), ketik Seting, kemudian masukkan kod laluan Akses Bantu. Di bawah hanyalah tiga seting yang anda boleh laraskan.
Penampilan Aktifkan Mod Gelap atau laraskan kecerahan skrin. | Kelantangan Anda boleh melaraskan kelantangan di sini, walaupun jika anda menyahdayakan butang kelantangan iPhone. | Saiz teks Untuk menjadikan teks lebih mudah dibaca, besarkan saiz teks. |
Anda juga boleh mereset Akses Bantu jika anda mahu memulakan semula dan menyediakannya lagi.