Kongsi maklumat buku atau buku audio dalam Buku pada Mac
Kongsi maklumat tentang buku atau buku audio dengan orang lain, kongsi kata-kata kegemaran anda dengan rakan atau kongsi nota anda dengan rakan sekelas.
Kongsi maklumat buku atau buku audio
Pergi ke app Buku pada Mac anda.
Klik Semua (atau koleksi lain) dalam bar sisi.
Klik di bawah buku, buku audio atau siri, kemudian pilih Kongsi Buku, Kongsi Buku Audio atau Kongsi Siri. Anda boleh berkongsi menerusi AirDrop, Mail, Mesej, atau app atau perkhidmatan lain.
Lihat maklumat buku atau buku audio dikongsi
Menggunakan app Mesej , orang lain boleh berkongsi maklumat buku atau buku audio dengan anda. Dalam Buku, anda boleh menemui maklumat tersebut dalam tab Laman Utama.
Nota: Buku mesti dipilih dalam seting Dikongsi dengan Anda dalam Mesej dan penghantar mesti dalam kenalan anda untuk muncul dalam Dikongsi dengan Anda.
Pergi ke app Buku pada Mac anda.
Klik Laman Utama dalam bar sisi, kemudian skrol ke bawah ke Dikongsi dengan Anda.
Kongsi petikan buku
Pergi ke app Buku pada Mac anda.
Klik Buku (atau koleksi lain) dalam bar sisi, kemudian dwiklik buku.
Pada halaman, pilih teks yang anda mahu petik.
Petikan boleh termasuk sehingga 200 perkataan. Perkongsian tersedia hanya di Amerika Syarikat.
Control-klik teks, pilih Kongsi, kemudian pilih pilihan perkongsian.
Kongsi nota buku
Pergi ke app Buku pada Mac anda.
Klik Buku (atau koleksi lain) dalam bar sisi.
Dwiklik buku yang mengandungi nota.
Gerakkan penuding ke bahagian atas buku, kemudian klik dalam bar alat.
Control-klik nota, pilih Kongsi, kemudian pilih pilihan perkongsian.
Untuk mengetahui cara menyediakan Perkongsian Keluarga bagi berkongsi kandungan yang dibeli dalam Kedai Buku atau Kedai Buku Audio, lihat Muat turun buku atau buku audio dibeli dan dikemas kini.