

Berbilang akaun, satu kalendar
Uruskan semua peristiwa anda dalam Kalendar, walaupun mereka berada dalam akaun berbeza seperti iCloud atau Google.

Kod warnakan kehidupan anda
Cipta kalendar berasingan untuk kawasan berlainan kehidupan anda. Kemudian, tumpu peristiwa kerja, keluarga atau peribadi anda dengan sekilas pandang cepat.

Jemput dan dijemput
Sediakan peristiwa anda sendiri dengan cepat dan hantar jemputan kalendar kepada rakan serta rakan sekerja.

Masukkan peristiwa anda dalam peta
Semua maklumat yang anda perlu tentang peristiwa di hujung jari anda. Apabila anda menambah lokasi peristiwa anda—seperti nama restoran—Kalendar akan mengisi alamat, menunjukkan anda peta dan cuaca, serta memberitahu anda masa untuk bertolak.
Untuk meneroka Panduan Pengguna Kalendar, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.