Lihat fail dikongsi dengan Bilik Darjah
Pelajar boleh berkongsi halaman web dan dokumen dengan anda. Mereka memilih halaman atau dokumen dengan mudah, mengetik Kongsi dan kemudian memilih anda daripada senarai kongsi. Selepas mereka berkongsi item dengan anda, Kotak Kongsi bertukar warna. Nombor di dalam kotak berbeza, bergantung pada bilangan item yang dikongsi daripada pelajar anda.
Lihat item dikongsi daripada pelajar
Dalam Bilik Darjah , pilih kelas dalam bar sisi.
Dalam baris tindakan, klik Kotak Kongsi .
Lihat item dikongsi, kemudian pilih satu untuk melihat halaman.
Klik Selesai.