Bantuan Utiliti ColorSync
Selamat Datang ke Utiliti ColorSync
Senaraikan dan dapatkan maklumat terperinci tentang profil warna yang dipasang pada Mac anda.
Dapatkan warna konsisten antara peranti
Gunakan profil warna untuk memastikan warna dalam imej anda kelihatan sama pada semua paparan anda—dan apabila anda mencetak. Hanya buka fail imej, kemudian pilih seting profil warna yang anda mahu gunakan.
Cari nilai warna
Gunakan kalkulator untuk mendapatkan nilai untuk warna pada skrin anda—sehingga ke piksel. Anda juga boleh mendapatkan nilai untuk warna dalam profil warna dipasang yang lain untuk memastikan warna kelihatan sama pada semua peranti, termasuk pencetak. Klik kanta pembesar di bahagian kiri bawah, kemudian klik piksel pada skrin.
Mahu ketahui lebih lanjut? Lihat Ubah suai warna imej, Cari nilai warna untuk piksel dan Tukar nilai warna.