Perihal kemas kini perisian untuk peranti Apple
Memastikan peranti terkini ialah komponen penting pengurusan peranti dalam persekitaran organisasi. Kemas kini perisian yang dilasanakan dengan baik membolehkan pengguna mendapat manfaat daripada ciri baharu dengan cepat dan membantu memastikan pengerahan selamat.
Sistem pengendalian Apple menyediakan suit kebolehan terbina dalam untuk menjadikan proses ini lancar bagi pengguna, sambil memberi kawalan yang diperlukan kepada pentadbir IT untuk mengurus kemas kini perisian pada skala merentas peranti. Komponen yang penting ialah rangka kerja pengurusan peranti mudah alih (MDM), yang telah dikemas kini dengan pengenalan pengurusan peranti pengisytiharan. Pengurusan peranti pengisytiharan meningkatkan sifat autonomi dan proaktif peranti serta mendayakan pendekatan serba baharu untuk mengurus dan menguatkuasakan kemas kini perisian.
Sebelum anda mula mengurus kemas kini dan naik taraf perisian, ia berguna untuk memahami cara Apple membezakan kemas kini dan naik taraf, proses apabila dilakukan secara manual oleh pengguna dan cara mempercepatkan muat turun kemas kini perisian ke peranti pengguna.
Jenis kemas kini perisian
Terdapat tiga variasi yang berada di bawah perlindungan kemas kini perisian: kemas kini perisian minor, naik taraf perisian major dan Respons Keselamatan Pantas (juga dikenali sebagai kemas kini tambahan).
Penting: Melainkan dinyatakan sebaliknya, frasa kemas kini perisian yang digunakan di sini merujuk kepada semua kemas kini perisian sebagai keseluruhan—yang menyertakan kemas kini, naik taraf dan Respons Keselamatan Pantas.
Kemas kini perisian
Kemas kini terdiri daripada tampalan yang dikeluarkan lebih kerap yang membantu meningkatkan atau membuatkan sistem pengendalian semasa lebih selamat dan direka bentuk untuk melindungi peranti. Kemas kini minor ini menggunakan skema penomboran versi yang menyertakan sekurang-kurangnya satu titik perpuluhan—sebagai contoh iOS 17.7.
Naik taraf perisian
Naik taraf biasanya membuat perubahan penting pada sistem pengendalian berbanding versi sebelumnya—dari segi fungsi, antara muka pengguna dan penampilan umum.
Naik taraf dikeluarkan kurang kerap berbanding kemas kini dan ia mungkin mengambil masa untuk dipasang disebabkan oleh saiznya. Peranti yang lebih lama mungkin tidak layak untuk naik taraf jika ia tidak mempunyai keupayaan perkakasan yang diperlukan bagi menyokong perisian baharu.
Biasanya, naik taraf sistem pengendalian Apple menggunakan integer nombor penuh—sebagai contoh, iOS 18. macOS juga menggunakan integer nombor penuh (sebagai contoh, sistem macOS 13 dan macOS 14), serta naik tarafnya mungkin dinamakan—di sini, Ventura dan Sonoma. Sesetengah naik taraf menyertakan kemas kini pertama secara automatik. Satu contoh ialah iOS 16.1 yang naik taraf menyertakan kemas kini secara automatik, kerana iPadOS 16.0 tidak dikeluarkan secara berasingan.
Respons Keselamatan Pantas
Respons Keselamatan Pantas (RSR) ialah jenis keluaran perisian berbeza untuk menggunakan pembetulan keselamatan kepada peranti secara lebih kerap dengan tidak memerlukan kemas kini perisian penuh. Respons Keselamatan Pantas hanya dihantar untuk versi terkini iOS, iPadOS dan macOS. Disebabkan oleh ini, sistem pengendalian mesti menggunakan versi terkini. Dalam iOS 18, iPadOS 18 dan macOS 15, Respons Keselamatan Pantas yang tersedia ialah sebahagian daripada kemas kini perisian, yang menggelakkan daripada berbilang pemasangan dilaksanakan secara berturut-turut—pertama, kemas kini, kemudian sebarang Respons Keselamatan Pantas yang tersedia.
Respons Keselamatan Pantas yang melibatkan sistem pengendalian memerlukan peranti tersebut dimulakan semula. Dalam macOS, jika Respons Keselamatan Pantas juga menyertakan kemas kini untuk Safari, ia mungkin tersedia hanya dengan pelancaran semula Safari, namun mula semula diperlukan untuk menjadikan kandungan ini tersedia kepada seluruh sistem pengendalian.
Pengguna boleh mengeluarkan respons daripada dalam Seting > Perihal > Versi iOS (atau iPadOS) atau > Perihal Mac Ini > Info Lanjut dan dengan mengklik pada butang Info bersebelahan nombor versi.
Setiap Respons Keselamatan Pantas ialah relatif yang diversikan ke versi sistem pengendalian asasnya, bermula dengan a, kemudian b dan seterusnya. Dalam baris Respons Keselamatan Pantas, Respons Keselamatan Pantas berturutan sentiasa menyertakan perubahan daripada RSR sebelumnya. Kemas kini dan naik taraf sistem operasi minor yang berikutnya menyertakan kandungan daripada semua Respons Keselamatan Pantas yang dikeluarkan untuk versi sistem operasi sebelumnya. Jadual di bawah menunjukkan contoh cara kemas kini sistem pengendalian minor mempengaruhi Respons Keselamatan Pantas.
Nota: Contoh ini tidak dianggap sebagai versi Respons Keselamatan Pantas sebenar.
Versi sistem pengendalian dipasang | Contoh versi Respons Keselamatan Pantas | Perihalan | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
iOS 17.2 macOS 14.1 | a b | Dua Respons Keselamatan Pantas (a dan b) tersedia. | |||||||||
iOS 17.3 macOS 14.2 | a b c | Tiga Respons Keselamatan Pantas (a, b dan c) tersedia. iOS 17.3 dan macOS 14.2 menyertakan kandungan daripada dua RSR yang tersedia untuk iOS 17.2 dan macOS 14.1. | |||||||||
iOS 17.4 macOS 14.3 | a | Satu Respons Keselamatan Pantas (a) tersedia. iOS 17.4 dan macOS 14.3 menyertakan kandungan daripada tiga RSR yang tersedia untuk iOS 17.3 dan macOS 14.2. |
Tanpa sebarang pengurusan kemas kini perisian, pengguna juga boleh menentukan untuk mengemas kini atau menaik taraf peranti mereka apabila sistem pengendalian major baharu tersedia.
Keselamatan kemas kini perisian
Peranti Apple menggunakan proses kemas kini perisian selamat, yang mengesahkan integriti kemas kini, memperibadikannya untuk peranti khusus dan membantu menghalang serangan turun taraf. Untuk membantu melindungi privasi pengguna dan integriti data mereka, volum data pengguna tidak akan dilekapkan semasa kemas kini atau naik taraf perisian. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keselamatan kemas kini perisian Apple, lihat Kemas kini perisian selamat dalam Keselamatan Platform Apple.
Nota: Disebabkan kebergantungan pada seni bina dan perubahan sistem pada sebarang versi semasa sistem pengendalian Apple (contohnya, macOS 15, iOS 18 dan seterusnya), tidak semua isu keselamatan diselesaikan dalam versi sebelumnya (contohnya, macOS 14, iOS 17 dan seterusnya).
Membuat cache kemas kini perisian Apple
Kemas kini perisian untuk peranti Apple boleh dicache pada Mac dengan macOS 10.13 atau lebih baharu dengan Cache Kandungan diaktifkan. Ini membenarkan peranti untuk memuat turun fail yang diperlukan daripada cache kandungan dan bukannya menggunakan sambungan internet. Walau bagaimanapun, peranti masih perlu menghubungi pelayan Apple untuk menyelesaikan kemas kini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat:
Keperluan kemas kini perisian
Keperluan rangkaian
Peranti Apple memerlukan akses kepada hos internet khusus untuk memuat turun kemas kini perisian dan memperibadikan sistem pengendalian semasa kemas kini perisian untuk peranti khusus. Berikut ialah cara peranti Apple bersambung ke hos dan bekerja dengan proksi:
Sambungan rangkaian kepada hos dimulakan oleh peranti, bukan oleh hos yang dikendalikan oleh Apple.
Perkhidmatan Apple akan menggagalkan sebarang sambungan yang menggunakan Pintasan HTTPS (Pemeriksaan SSL/TLS). Jika trafik HTTPS merentasi proksi web, nyahdayakan Pintasan HTTPS untuk hos yang bersesuaian.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sambungan rangkaian yang diperlukan semasa proses kemas kini perisian, lihat bahagian kemas kini Perisian pada artikel Sokongan Apple Gunakan produk Apple pada rangkaian perusahaan.
Keperluan kuasa
Bergantung pada jenis kemas kini dan cara untuk memulakannya, peranti mestilah disambungkan ke kuasa atau mempunyai paras pengecasan bateri minimum berikut untuk memuat turun, menyediakan dan memasang kemas kini perisian:
Jenis peranti | Peratusan bateri minimum diperlukan untuk kemas kini dan naik taraf perisian yang dimulakan pengguna | Peratusan bateri minimum diperlukan untuk memasang kemas kini perisian automatik* | Peratusan bateri minimum diperlukan untuk Respons Keselamatan Pantas | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
iPhone | 20% | 30% | 20% (5% apabila disambungkan ke kuasa) | ||||||||
iPad | 20% | 30% | 20% (5% apabila disambungkan ke kuasa) | ||||||||
Mac dengan Apple silicon | 20% | 50% | 10% | ||||||||
Mac berasaskan Intel | 50% | 50% | 20% |
*Untuk memuat turun dan menyediakan kemas kini perisian automatik, peranti mestilah disambungkan ke kuasa.
Keperluan ruang
Peranti mestilah mempunyai ruang yang mencukupi tersedia untuk memuat turun, menyediakan dan memasang kemas kini.
Terma dan syarat
Pengguna juga mungkin perlu bersetuju dengan terma dan syarat yang dikemas kini untuk memulakan kemas kini atau naik taraf perisian pada peranti mereka. Ini tidak digunakan pada kemas kini yang dikuatkuasakan oleh MDM pada peranti yang diselia.
Tarikh keluaran perisian
Jadual di bawah menunjukkan tarikh keluaran, tarikh keluaran tersebut boleh dilihat oleh pengguna (penangguhan 90 hari) dan tarikh apabila muat turun tidak lagi tersedia daripada Apple.
Versi sistem pengendalian | Tersedia daripada Apple | Disembunyikan oleh MDM sehingga | Tidak lagi tersedia sebagai muat turun daripada Apple |
---|---|---|---|
iOS 17.5 iPadOS 17.5 macOS 14.5 tvOS 17.5 | 13/05/2024 | 11/08/2024 | 11/08/2024 |
iOS 17.6 iPadOS 17.6 macOS 14.6 tvOS 17.6 | 29/07/2024 | 27/10/2024 | 27/10/2024 |
iOS 17.6.1 iPadOS 17.6.1 macOS 14.6.1 | 07/08/2024 | 05/11/2024 | 05/11/2024 |
iOS 17.7 iPadOS 17.7 macOS 14.7 | 16/9/2024 | 15/12/2024 | 15/12/2024 |
iOS 18 iPadOS 18 macOS 15 tvOS 18 watchOS 11 visionOS 2.0 | 16/9/2024 | 15/12/2024 | 15/12/2024 |
iOS 18.0.1 iPadOS 18.0.1 macOS 15.0.1 watchOS 11.0.1 | 3/10/2024 | 1/1/2025 | 1/1/2025 |
iOS 18.1 iPadOS 18.1 macOS 15.1 tvOS 18.1 watchOS 11.1 visionOS 2.1 | 28/10/2024 | 26/1/2025 | 26/1/2025 |
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kandungan kemas kini perisian semasa, lihat artikel Sokongan Apple berikut: