Tukar seting Buku Fon pada Mac
Gunakan seting Buku Fon untuk menukar pilihan tempat fon dipasang dan cara duplikasi dikendalikan. Untuk menukar seting ini dalam app Buku Fon pada Mac anda, pilih Buku Fon > Seting.
Seting Umum
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Tunjukkan Sampel Air Terjun | Tunjukkan baris teks sampel pada berbilang saiz fon apabila anda pratonton fon. |
Selesaikan duplikasi dengan mengalihkan fail ke Sampah apabila mungkin | Pilih sama ada untuk mengalihkan salinan fon duplikasi tidak aktif ke Sampah. |
Seting bar sisi
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Tunjukkan item ini dalam bar sisi | Pilih fon, bahasa atau skrip yang anda mahu lihat dalam bar sisi. |
Seting pemasangan
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Lokasi pemasangan lalai | Pilih di mana untuk memasang fon:
Fon sistem yang anda muat turun daripada Apple tidak dipasang di lokasi ini. |
Seting lanjutan
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Reset Fon | Pulihkan fon yang telah disertakan pada asalnya dengan Mac anda dan alihkan sebarang Fon yang telah anda pasang ke folder berasingan. Selepas itu, untuk menggunakan sebarang fon yang telah dipasang, hanya pasangkannya semula. |
Tunjukkan Fon Dialihkan | Lihat sebarang fon yang telah dialihkan selepas reset fon. |
Tunjukkan fon diurus oleh utiliti bukan Apple | Tunjukkan fon yang telah dipasang oleh app pihak ketiga. |
Dalam sesetengah app, seperti Mail dan TextEdit, anda boleh memilih fon untuk digunakan sebagai lalai dalam app. Untuk mendapatkan bantuan menggunakan fon dalam app pihak ketiga, seperti Microsoft Word, semak dengan pembangun. Lihat artikel Sokongan Apple Hubungi vendor pihak ketiga.