Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Pengenalan kepada VoiceOver dengan GarageBand untuk iPhone
VoiceOver ialah pembaca skrin lanjutan yang membolehkan anda menggunakan iPhone anda tanpa melihat skrin. Selepas anda mengaktifkan VoiceOver dalam app Seting, anda boleh menggunakan gerak isyarat dan tindakan rotor VoiceOver untuk menavigasi dalam GarageBand, memilih dan memainkan Instrumen Sentuh, mengedit persembahan anda dan menyusun lagu anda.
Untuk mengetahui lanjut tentang VoiceOver, lihat Aktifkan dan berlatih VoiceOver, Ketahui gerak isyarat VoiceOver dan Kawal VoiceOver menggunakan rotor dalam Panduan Pengguna iPhone.
Topik berikut menyediakan maklumat tentang menggunakan VoiceOver untuk melakukan tugasan khusus dalam kawasan berbeza GarageBand: