Tukar maklumat lokasi dalam iMovie pada iPad
Untuk sesetengah tema, seperti Pengembaraan atau Berita, iMovie menggunakan maklumat tentang tempat klip video dan foto anda dirakam untuk mengisi tajuk yang muncul atas skrin dalam projek. Sebagai contoh, jika anda menggunakan tema yang menyokong maklumat lokasi dan menambahkan tajuk kepada klip video yang dirakam di San Francisco, tajuk menyertakan nama “San Francisco”.
Anda boleh menukar lokasi maklumat yang dikaitkan dengan foto atau klip video selepas anda menambahnya pada projek. Contohnya, berbanding mempunyai tajuk yang menunjukkan "San Francisco", anda mungkin ingin menunjukkan "Golden Gate Bridge."
Dengan projek anda dibuka, skrol garis masa sehingga tajuk yang anda mahu sesuaikan kelihatan dalam pemapar (pastikan tajuk daripada tema yang menyokong maklumat lokasi).
Ketik klip video atau foto dalam garis masa untuk mendedahkan pemeriksa di bahagian bawah skrin.
Ketik butang Tajuk .
Ketik butang Lokasi Tema .
Butang Lokasi Tema hanya kelihatan jika klip video atau foto dipilih mempunyai tajuk yang menggunakan maklumat lokasi.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Setkan lokasi klip video atau foto sebagai lokasi semasa anda (tempat anda berada sekarang): Ketik Setkan ke Lokasi Semasa.
Setkan lokasi klip video atau foto menggunakan metadatanya: Ketik Setkan ke Lokasi Klip.
Setkan lokasi lain: Ketik Cari Lokasi, kemudian taip nama lokasi dalam medan carian. Ketik salah satu kemungkinan padanan yang muncul di bawah.
Berikan nama lokasi bukan standard yang tersuai, seperti “Rumah Emak” atau “Kafe Menarik Cara”: Ketik Masukkan Teks Tersuai, taipkan teks dalam medan teks, kemudian ketik OK.
Padam maklumat lokasi: Ketik Keluarkan Lokasi.