
Jika Perencanaan pada Mac tidak berfungsi seperti yang dijangka
Jika Mac anda menghadapi masalah mengecam teks perencanaan atau perintah sebutan anda, sesuatu mungkin tidak disediakan dengan betul. Berikut adalah beberapa penyelesaian untuk dicuba:
Pastikan Perencanaan diaktifkan dalam seting Papan Kekunci. Lihat Aktifkan atau nyahaktifkan Perencanaan.
Pilih bahasa dan rantau yang betul.
Pastikan anda menggunakan Pintasan papan kekunci perencanaan yang betul. Lihat Setkan pintasan papan kekunci Perencanaan.
Jika Mac anda tidak mempunyai mikrofon dalaman, pastikan mikrofon luaran disambungkan ke Mac anda dan dipilih dalam seting Bunyi atau Papan Kekunci.
Jika anda menggunakan mikrofon luaran, pastikan kelantangan input mencukupi. Jika Mac anda tidak bertindak balas kepada suara anda, pilih mikrofon dalam seting Bunyi dan tingkatkan kelantangan inputnya (pilih menu Apple
> Seting Sistem, klik Bunyidalam bar sisi—anda mungkin perlu skrol ke bawah—kemudian klik Input).
Pastikan mikrofon tidak dihalang oleh objek, seperti pakaian atau tubuh anda semasa anda bercakap. Semak panduan pengguna yang disertakan dengan Mac anda untuk mencari mikrofon terbina dalam. Lihat Cari panduan Bermula untuk Mac anda.
Posisikan diri anda seperti biasa apabila anda menggunakan Mac anda, kemudian bercakap dengan jelas pada kelantangan yang tidak terlalu perlahan atau terlalu kuat.
Elakkan bunyi bising latar belakang. Jika anda menggunakan Perencanaan dalam persekitaran yang bising atau bilik yang bergema, penggunaan mikrofon headset mungkin boleh membantu.
Anda mungkin memerlukan sambungan internet. Untuk menyemak sambungan anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Rangkaiandalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah).
Buka seting Rangkaian untuk saya
Anda boleh menyemak seting Papan Kekunci untuk melihat sama ada anda memerlukan sambungan internet atau sama ada input suara dan transkrip anda untuk Perencanaan teks umum (contohnya, mengarang mesej dan nota, tetapi bukan perencanaan dalam kotak carian) diproses pada peranti anda dan tidak dihantar ke pelayan Siri. Pilih menu Apple
> Seting Sistem, klik Papan Kekuncidalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah), kemudian lihat teks di bawah Perencanaan (Perencanaan mesti didayakan). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, klik Perihal Minta Siri, Perencanaan & Privasi.
Tambahan lagi, anda boleh merencanakan teks dengan sebarang kepanjangan tanpa tamat masa. Anda boleh menyahaktifkan Perencanaan secara manual, atau ia berhenti secara automatik apabila tiada pertuturan dikesan selama 30 saat.