Tukar seting Tenaga pada komputer desktop Mac
Gunakan seting Tenaga untuk mengesetkan pilihan yang mengawal penggunaan tenaga komputer desktop Mac anda.
Sebagai rakan ENERGY STAR®, Apple telah menentukan konfigurasi standard Mac anda memenuhi garis panduan ENERGY STAR® untuk kecekapan tenaga.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ENERGY STAR, lihat tapak web ENERGY STAR.
Nota: Sesetengah daripada pilihan mungkin tidak tersedia, bergantung pada Mac anda.
Untuk membuka anak tetingkap, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Tenaga dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Mod Kuasa Rendah | Kurangkan penggunaan tenaga untuk komputer yang sentiasa hidup (seperti yang digunakan sebagai pelayan) dan bunyi kipas untuk persekitaran dan tugasan yang memerlukan bunyi minimum. |
Elakkan tidur secara automatik apabila paparan tidak aktif | Elakkan Mac anda daripada tidur secara automatik apabila paparannya tidak aktif. |
Bangun untuk akses rangkaian | Walaupun dalam mod tidur, bangunkan Mac anda untuk memberikan akses kepada sumber dikongsi, seperti pencetak dikongsi atau senarai main Muzik. |
Mulakan secara automatik selepas gangguan bekalan kuasa | Mulakan Mac anda selepas gangguan bekalan kuasa. |
Dayakan Power Nap | Jadikan Mac anda menyemak e-mel, kalendar dan kemas kini iCloud lain semasa tidur. |
Pilihan UPS | Setkan masa atau paras bateri untuk Mac anda tutup semasa menggunakan UPS. Lihat Setkan masa Mac anda tutup apabila menggunakan UPS. |
Jika anda mahu mematikan paparan anda selepas tempoh tidak aktif, lihat Tukar seting Skrin Kunci.