Tukar seting Lanjutan Mel Sarap dalam Mail pada Mac
Gunakan seting Lanjutan Mel Sarap dalam Mel untuk menukar kriteria yang mesej perlu penuhi untuk dikenal pasti sebagai mel sarap dan tindakan yang perlu diambil apabila itu berlaku.
Untuk menukar seting ini dalam app Mail pada Mac anda, pilih Mail > Keutamaan, klik Kelakuan Mel Sarap, pilih kotak semak "Laksanakan tindakan tersuai”, kemudian klik Lanjutan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Perihalan | Masukkan nama tindakan tersuai anda. | ||||||||||
Jika “apa-apa” atau “semua” syarat berikut dipenuhi | Pilih sama ada mesej mesti memenuhi sebarang (walaupun hanya satu) atau semua syarat yang anda tentukan, kemudian gunakan menu timbul untuk mengeset syarat. Jika anda mengecualikan mesej daripada penapisan mel sarap dalam seting Mel Sarap, keadaan untuk pengecualian tersebut disenaraikan dan “semua” kelihatan dalam menu timbul. Untuk tambah atau keluarkan syarat, klik butang Tambah atau butang Keluarkan di hujung baris. | ||||||||||
Laksanakan tindakan berikut | Gunakan menu timbul untuk menentukan tindakan yang diambil apabila mesej memenuhi syarat yang anda setkan. Sebagai contoh, untuk mencipta tindakan, anda mungkin memilih Alihkan Mesej daripada menu timbul pertama, kemudian pilih peti mel daripada yang kedua. Untuk tambah atau keluarkan tindakan, klik butang Tambah atau butang Keluarkan di hujung baris. |