Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Isih e-mel dalam Mail pada Mac
Anda boleh mengisih mesej e-mel dalam senarai mesej—sebagai contoh, mengikut orang atau tarikh— supaya lebih mudah untuk mencari mesej.
Dalam app Mail pada Mac anda, pilih Paparan > Isih Mengikut, kemudian pilih atribut, seperti Daripada atau Saiz dan tertib isihan.
Jika anda menggunakan tataletak lajur, anda juga boleh Control-klik pengepala lajur, memilih Isih Mengikut, kemudian memilih atribut dan tertib isihan.