Lihat maklumat akaun e-mel dalam Mail pada Mac
Gunakan tetingkap Info Akaun dalam Mail untuk melihat maklumat tentang akaun e-mel. Sebagai contoh, anda boleh semak ruang maksimum dan tersedia pada pelayan mel akaun dan padam mesej dari pelayan mel seperti yang diperlukan.
Dalam app Mail pada Mac anda, dalam bar sisi Mail, Control-klik peti mel, kemudian pilih Dapatkan Info Akaun.
Dalam tetingkap Info Akaun, klik menu timbul Akaun, kemudian pilih akaun.
Klik tab untuk melihat butiran tentang akaun.
Had Kuota atau Mesej pada Pelayan: Pantau saiz peti mel dan mesej pada pelayan mel. Maklumat ini boleh membantu menguruskan mesej anda apabila melebihi had simpanan akaun anda. Sebagai contoh, untuk akaun IMAP, anda boleh menentukan peti mel yang menggunakan ruang yang paling banyak, kemudian memadamkannya.
Ringkasan: Lihat ringkasan seting akaun, seperti yang berkaitan dengan pelayan mel dan keselamatan.