
Rancang laluan pada Mac anda
Sebelum perjalanan penting atau hari berbasikal, anda boleh merancang laluan anda pada Mac anda dan kemudian berkongsi butiran ke peranti lain (iPhone, iPad, atau Apple Watch). Skrin yang lebih besar pada Mac anda membolehkan anda melihat sekeliling dan melihat apa-apa yang di hadapan. Untuk sesetengah lokasi, anda boleh melihat paparan 3D interaktif. Anda mesti mendaftar masuk menggunakan Apple ID yang sama pada peranti anda dan Mac anda.

Dalam app Peta
pada Mac anda, klik dalam medan carian, kemudian masukkan alamat atau maklumat lain, seperti persilangan, mercu tanda, atau perniagaan.
Klik Lihat Sekeliling dalam menu timbul, jika tersedia. Anda boleh lakukan mana-mana antara yang berikut:
Sorot: Seret imej ke kiri atau kanan.
Alih ke depan: Klik peta.
Zum masuk atau keluar: Cubit buka atau tutup.
Lihat tempat menarik lain: Klik tempat lain pada peta.
Klik butang Tutup
.
Klik Cipta Laluan dalam kad maklumat.
Jika perlu, masukkan lokasi bermula dan berakhir.
Klik butang Kongsi
dalam bar alat, kemudian pilih peranti yang anda mahu hantar arah.
Anda mendapat pemberitahuan pada peranti anda; ketiknya untuk membuka arah dalam Peta.