
Gunakan Panduan makanan dan perjalanan dalam Peta pada Mac
Untuk membantu anda menemui tempat menarik di seluruh dunia untuk makan, berbelanja dan diteroka, Peta menawarkan Panduan diurus daripada jenama dan rakan kongsi yang dipercayai. Anda juga boleh mengatur tempat dalam Panduan anda sendiri untuk rujukan mudah.

Terokai tempat dengan Panduan
Dalam app Peta
pada Mac anda, klik dalam medan Carian, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pilih Panduan yang muncul di bawah Pilihan Editor.
Klik Lihat Semua, kemudian klik Panduan.
Skrol ke bawah, klik penerbit, kemudian klik Panduan.
Dengan Panduan dipaparkan, lakukan mana-mana yang berikut:
Simpannya: Klik butang Lagi
, kemudian klik Tambah ke Panduan Saya.
Tambah lokasi ke Panduan sedia ada: Klik butang Tambah
, kemudian pilih Panduan.
Kongsinya: Klik butang Kongsi
.
Tutupnya: Klik butang Tutup
.
Cipta Panduan
Dalam app Peta
pada Mac anda, skrol ke Panduan Saya dalam bar sisi.
Alihkan penuding ke atas Panduan Saya, kemudian klik butang Tambah
.
Tambah tempat ke salah satu Panduan anda
Dalam app Peta
pada Mac anda, klik lokasi pada peta.
Dalam kad maklumat, klik butang Lagi
.
Pilih Simpan ke Panduan, kemudian pilih salah satu Panduan anda.
Edit salah satu Panduan anda
Dalam app Peta
pada Mac anda, skrol ke Panduan Saya dalam bar sisi.
Jika Panduan anda tidak ditunjukkan, klik butang Tunjuk
.
Lakukan sebarang yang berikut:
Namakan semula Panduan: Control-klik Panduan, pilih Edit Panduan, kemudian masukkan nama baru.
Tukar foto kulit Panduan: Control-klik Panduan, pilih Edit Panduan, kemudian pilih Tukar Foto Utama.
Padam Panduan: Control-klik Panduan, pilih Edit Panduan, kemudian pilih Padam Panduan.
Padam tempat daripada Panduan: Klik Panduan, klik butang Tunjuk
, kemudian Control-klik tempat dan pilih Keluarkan daripada Panduan.
Tukar tertib isih: Klik Panduan, klik butang Tunjuk
, kemudian klik tertib isih
dan pilih yang lain.
Alihkan tempat ke Panduan lain: Klik Panduan, klik butang Tunjuk
, Control-klik tempat, pilih “Alih ke” kemudian pilih Panduan lain.
Kongsi salah satu Panduan anda
Dalam app Peta
pada Mac anda, skrol ke Panduan Saya dalam bar sisi.
Jika Panduan anda tidak ditunjukkan, klik butang Tunjuk
.
Control-klik Panduan, pilih Kongsi, kemudian pilih pilihan.
Panduan dikemas kini secara automatik apabila tempat baru ditambah, supaya anda sentiasa mempunyai pengesyoran terbaru.
Nota: Panduan tersedia untuk bandar terpilih termasuk San Francisco, New York, London dan Los Angeles, dengan lebih bandar akan datang. Lihat tapak web Ketersediaan Ciri macOS.