Tambahkan muzik untuk membina pustaka anda dalam Muzik pada Mac
Semasa anda bermula menggunakan Muzik pada Mac, anda boleh membina pustaka muzik anda—koleksi lagu dan album anda—dengan banyak cara.
Langgan Apple Music
Apabila anda melanggan Apple Music, anda boleh mula mendengar berjuta-juta lagu daripada katalog Apple Music dengan segera. Untuk mengakses pustaka muzik pada semua peranti anda, aktifkan Selaraskan Pustaka. Kemudian, tambah dan muat turun lagu tanpa had supaya anda boleh memainkan lagu kegemaran anda pada bila-bila masa, walaupun semasa anda di luar talian.
Beli muzik daripada iTunes Store
Jika anda tidak melanggan Apple Music dan anda mahu menambah lagu atau album kegemaran, anda boleh membeli dan memuat turun muzik daripada iTunes Store. Jika anda telah membeli item daripada iTunes Store sebelum ini, anda boleh memuat turun item ke komputer dan peranti dibenarkan anda (sehingga 10 keseluruhan).
Tambah muzik daripada CD
Jika komputer anda mempunyai pemacu CD atau DVD atau anda mempunyai pemacu luaran, anda boleh mengimport muzik daripada CD anda ke pustaka muzik anda. Kemudian anda boleh memainkannya pada bila-bila masa, walaupun tanpa CD.
Pindahkan muzik daripada peranti iOS atau iPadOS anda
Sambungkan iPhone, iPad, atau iPod anda ke Mac anda untuk memindahkan dan mengemas kini muzik antara Mac anda dan peranti anda.
Import muzik daripada sumber lain
Anda boleh mengimport muzik daripada sumber lain, termasuk komputer anda (untuk rakaman peribadi), pustaka muzik lain pada rangkaian setempat anda menggunakan Perkongsian Rumah (supaya anda boleh berkongsi muzik dengan orang lain secara mudah) dan daripada internet (apabila tapak web membenarkan anda memuat turun fail audio).
Selepas anda menambah muzik pada pustaka, anda boleh memainkannya, menyusunnya dalam senarai main, menambahnya pada peranti mudah alih, berkongsinya dengan orang lain, membakar CD dan banyak lagi.