Strim lagu disyorkan daripada Apple Music pada Mac
Apabila anda melanggan Apple Music, pengesyoran ditingkatkan dari semasa ke semasa apabila anda memainkan muzik, memilih artis sebagai kegemaran dan memberitahu Apple Music perkara yang anda suka dan tidak suka.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti:
“Mainkan muzik merdu”
“Tunjukkan lagu baharu pada Muzik”
Nota: Apple Music, lossless dan Dolby Atmos tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Pergi ke app Muzik pada Mac anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut untuk mencari muzik yang anda mahu mainkan:
Lihat pengesyoran yang diperibadikan untuk anda: Klik Laman Utama dalam bar sisi, kemudian cari muzik yang anda mainkan baru-baru ini, senarai main peribadi yang dicipta untuk anda, genre yang mungkin anda suka dan banyak lagi.
Lihat perkara baharu dalam Apple Music: Klik Baharu dalam bar sisi, kemudian cari muzik mengikut perasaan, keluaran baharu, carta dan banyak lagi.
Cari senarai main diperibadikan: Klik Dibuat untuk Anda dalam bar sisi untuk melihat senarai main berdasarkan profil dan sejarah pendengaran anda.
Nota: Senarai main diperibadikan kelihatan dalam bahagian Dibuat untuk Anda apabila anda menambahnya ke pustaka anda. Jika anda tidak melihat Dibuat untuk Anda, anda boleh menambahnya ke bar sisi.
Cari dalam katalog Apple Music: Lihat Cari muzik.
Gerakkan penuding ke atas lagu, album atau senarai main, kemudian klik .
Album dan lagu yang tersedia dalam lossless mempunyai butang Lossless di sebelahnya. Album dan lagu yang tersedia dalam Dolby Atmos mempunyai butang Dolby di sebelahnya.
Anda juga boleh merombak dan mengulang lagu, membariskan lagu dalam tertib khusus, mengisihnya, atau menghalang lagu daripada dimainkan.
Petua: Apple Music mencipta siri cerapan dan senarai main istimewa—menyerlahkan muzik yang paling kerap anda dengar—untuk setiap tahun anda menjadi pelanggan. Untuk mendapatkannya, klik Laman Utama dalam bar sisi, kemudian klik Dapatkan Campuran Replay Anda dalam tetingkap Muzik utama. Lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Music Replay anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Apple Music melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih kandungan yang anda kongsi, pilih Bantuan > Perihal Apple Music & Privasi.