Cadangan menaip
Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, Touch Bar boleh menunjukkan perkataan atau frasa yang anda mungkin mahu gunakan seterusnya (dipanggil cadangan menaip).
Tunjukkan cadangan menaip: Ketik .
Jika anda tidak melihat dalam Touch Bar, pilih Paparan > Sesuaikan Touch Bar, kemudian pilih “Tunjukkan cadangan menaip.” Atau pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Papan Kekunci dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Klik Seting Touch Bar di sebelah kanan, kemudian aktifkan “Tunjukkan cadangan menaip”.
Gunakan cadangan menaip: Ketik perkataan, frasa, atau emoji. Pembetulan ejaan ditunjukkan dengan warna biru.
Sembunyikan cadangan menaip: Ketik dalam Touch Bar.