Daftar masuk ke akaun pada Mac anda dengan kunci laluan
Kunci laluan ialah cara untuk mendaftar masuk ke akaun app atau tapak web, tanpa perlu mencipta dan mengingati kata laluan. Berbanding kata laluan, kunci laluan menggunakan Touch ID atau Face ID untuk mengenal pasti anda. Anda boleh mencipta dan menyimpan kunci laluan untuk app dan tapak web yang menyokongnya.
Jika Mac atau Magic Keyboard anda mempunyai Touch ID, anda boleh mendaftar masuk dengan Touch ID. Anda juga boleh mendaftar masuk dengan iPhone atau iPad dengan mengimbas kod QR dan menggunakan Face ID untuk mengesahkan identiti anda.
Cipta kunci laluan untuk akaun baharu
Apabila anda mendaftar masuk ke akaun baharu, masukkan nama akaun, kemudian klik untuk hantar.
Untuk mencipta kunci laluan, Rantai Kunci iCloud mesti disediakan pada Mac anda.
Apabila anda melihat pilihan untuk menyimpan kunci laluan untuk akaun, pilih cara anda mahu mendaftar masuk:
Touch ID pada Mac anda: Letakkan jari anda pada sensor Touch ID.
Imbas kod QR dengan iPhone atau iPad anda: Klik Pilihan Lain.
Kunci keselamatan luaran: Klik Pilihan Lain.
Gantikan kata laluan untuk akaun sedia ada dengan kunci laluan
Pergi ke akaun app atau tapak web untuk menggantikan kata laluan anda dengan kunci laluan. Kunci laluan kelihatan dalam Kata Laluan.
Daftar masuk ke akaun dengan kunci laluan
Pada halaman daftar masuk akaun, masukkan nama akaun anda, kemudian klik medan nama akaun.
Klik akaun anda dalam senarai cadangan.
Lakukan satu daripada berikut:
Jika anda mempunyai Touch ID pada Mac anda: Letakkan jari anda pada sensor Touch ID.
Jika anda mempunyai iPhone atau iPad: Klik Pilihan Lain, klik “Kunci laluan daripada peranti berdekatan”, kemudian klik kod QR.
Nota: Bluetooth® mesti diaktifkan dalam Seting > Bluetooth untuk iPhone atau iPad anda. Bluetooth juga mesti diaktifkan pada Mac anda. Lihat Aktifkan atau nyahaktifkan Bluetooth.
Kunci keselamatan luaran: Klik Pilihan Lain, klik “Kunci keselamatan”, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Setiap kunci laluan disimpan dalam Rantai Kunci iCloud, jadi ia tersedia pada semua peranti anda yang anda daftar masuk ke Akaun Apple yang sama.