macOS 15
Keluarkan kata laluan atau kunci laluan daripada Mac anda dan Rantai Kunci iCloud
Anda boleh memadamkan kata laluan atau kunci laluan yang anda gunakan untuk mendaftar masuk ke tapak web atau app.
Pergi ke app Kata Laluan pada Mac anda.
Klik Semua dalam bar sisi, kemudian klik akaun untuk kata laluan atau kunci laluan yang anda mahu padamkan.
Klik Edit.
Klik Padam Kata Laluan, kemudian klik Padam Kata Laluan lagi untuk mengesahkan.
Nota: Tindakan ini tidak mengeluarkan kata laluan atau kunci laluan daripada tapak web atau app yang anda menciptanya. Anda masih boleh mendaftar masuk ke tapak web atau app, dengan satu pengecualian: akaun yang anda gunakan Daftar masuk dengan Apple.