Touch Bar
Ciri tersedia pada sesetengah komputer Mac. Anda boleh menggunakan gerak isyarat yang dikenali—seperti ketik, leret, atau luncur—terus pada Touch Bar untuk laraskan seting, gunakan Siri, akses kekunci fungsi dan lakukan tugas dalam app.
Touch Bar termasuk Touch ID, yang membenarkan anda buka kunci Mac anda dan sesetengah item dilindungi kata laluan, gunakan Apple Pay untuk membuat pembelian pada web dan beli item daripada iTunes Store, App Store dan iBooks Store.
Control Strip, di hujung kanan Touch Bar, membolehkan anda melaraskan seting biasa—seperti kecerahan dan kelantangan—dan tanya Siri. Anda boleh kembangkan Control Strip untuk mengakses seting dan ciri tambahan, seperti Mission Control dan Launchpad.
Butang lain dalam Touch Bar bergantung pada app anda gunakan atau tugas anda sedang lakukan. Sebagai contoh, ini bagaimana Touch Bar kelihatan apabila anda menulis e-mel dalam app Mail:
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Touch Bar, lihat artikel Sokongan Apple Bagaimana menggunakan Touch Bar pada MacBook Pro anda.