Salin nama pelajar daripada hasil tiket keluar dalam Schoolwork
Selepas pelajar menjawab soalan dalam tiket keluar, anda boleh melihat respons mereka, kemudian gunakan Senarai Pelajar untuk menyalin nama pelajar berdasarkan respons yang serupa.
Salin nama pelajar daripada hasil tiket keluar
Dalam app Schoolwork , ketik Aktiviti Terkini, Tugasan atau kelas dalam bar sisi, kemudian ketik tugasan yang ingin anda lihat.
Ketik tab aktiviti tiket keluar, jika berkenaan.
Ketik Lihat Respons, kemudian gunakan kad di bahagian atas Paparan Hasil Tiket Keluar untuk melihat ringkasan soalan tiket keluar dan jawapan teratas.
Leret ke kiri untuk melihat setiap kad, kemudian ketik kad ringkasan untuk melihat butiran soalan dan jawapan.
Untuk melihat respons pelajar individu, lakukan yang berikut:
Untuk berbilang pilihan, penggelangsar dan soalan penilaian, ketik jawapan dalam carta.
Schoolwork memaparkan pelajar yang responsnya sepadan dengan jawapan yang anda pilih sahaja.
Untuk respons terbuka, ketik jawapan dalam carta, kemudian ketik pelajar dalam senarai Pelajar.
Schoolwork hanya memaparkan pelajar yang jawapannya sepadan dengan jawapan yang anda pilih, kemudian memaparkan jawapan penuh setiap pelajar di bawah carta. Dalam Respons Pelajar, leret ke kiri dan ke kanan untuk melihat respons setiap pelajar.
Ketik dalam senarai Pelajar, kemudian ketik Salin Nama.
Schoolwork menyalin nama pelajar dalam Senarai Pelajar.
Tampalkan nama kepada nota, mesej atau e‑mel untuk membuat susulan kepada pelajar pada masa yang akan datang.