Perihal aktiviti dan data kemajuan dalam Schoolwork
Apabila anda menghantar aktiviti kepada pelajar anda sebagai sebahagian daripada tugasan, Schoolwork memberikan anda maklumat tentang prestasi pelajar anda dengan aktiviti dan tugasan. Schoolwork sentiasa menunjukkan apabila pelajar membuka tugasan, apabila pelajar membuka aktiviti dalam tugasan dan apabila pelajar menandakan aktiviti sebagai Selesai (mengetik Tandakan Selesai). Jika sekolah anda menghidupkan ciri Kemajuan Pelajar dalam Apple School Manager, anda boleh melihat maklumat tambahan tentang kemajuan yang dibuat oleh pelajar anda pada aktiviti yang anda hantar. Anda akan boleh menyemak kemajuan pelajar pada aktiviti app secara individu dan membandingkannya dengan pelajar-pelajar lain di dalam kelas.
Untuk senarai app yang mendayakan kemajuan pelajar, lawati App dengan ClassKit. Apabila anda membeli app dalam Apple School Manager, pentadbir IT sekolah anda harus mencari lencana Berfungsi dengan Schoolwork untuk mencari app yang mendayakan kemajuan pelajar.
Schoolwork memaparkan maklumat yang berbeza untuk aktiviti yang anda tugaskan kepada pelajar anda.
Untuk semua aktiviti, Schoolwork menunjukkan apabila pelajar membuka aktiviti dalam tugasan.
Untuk aktiviti app bermasa, Schoolwork memaparkan data daripada app apabila pelajar menyelesaikan aktiviti. Schoolwork menandakan aktiviti secara automatik sebagai Selesai apabila pelajar menggunakan app dalam tempoh masa yang anda tentukan. Schoolwork hanya melaporkan kemajuan untuk masa yang anda tetapkan, walaupun jika pelajar menggunakan app untuk tempoh masa yang lebih lama.
Untuk aktiviti dalam app pelaporan kemajuan, Schoolwork memaparkan data daripada app semasa pelajar melengkapkan aktiviti dalam app. Setiap aktiviti yang menyokong pelaporan kemajuan memaparkan data masa yang diluangkan dalam Schoolwork.
Untuk aktiviti dokumen, pautan, app bermasa dan tiket keluar, Schoolwork memaparkan maklumat secara automatik (masa yang diluangkan, bilangan soalan yang dijawab) apabila pelajar menyelesaikan aktiviti.
Untuk aktiviti lain (sebagai contoh, permintaan penyerahan), anda hanya dapat melihat sama ada pelajar menandakan aktiviti tersebut sebagai Selesai atau tidak.
Aktiviti dan maklumat kemajuan | Nota |
---|---|
Buka aktiviti | Untuk semua aktiviti, Schoolwork memaparkan apabila pelajar membuka aktiviti. |
Masa yang diluangkan * | Untuk aktiviti yang melaporkan masa yang diluangkan, Schoolwork memaparkan masa yang diluangkan oleh pelajar untuk mengerjakan aktiviti Schoolwork dan purata masa untuk semua pelajar dengan data untuk semua percubaan mereka. |
Peratusan * | Untuk aktiviti yang melaporkan peratusan kemajuan, Schoolwork menunjukkan kemajuan yang dibuat oleh setiap pelajar dan purata kemajuan untuk semua pelajar dengan data merentasi semua percubaan mereka. |
Markah * | Untuk aktiviti yang melaporkan markah, Schoolwork menunjukkan skor untuk setiap pelajar dan skor purata untuk semua pelajar dengan data, berdasarkan percubaan terbaru mereka. Schoolwork mengira skor sebagai peratusan mata yang diperoleh daripada jumlah mata yang mungkin. |
Bilangan * | Untuk aktiviti yang melaporkan jumlah bilangan, Schoolwork menunjukkan bilangan yang diperoleh setiap pelajar dan bilangan purata yang diperoleh oleh semua pelajar dengan data, berdasarkan percubaan terbaru mereka. Aktiviti boleh menghantar kategori bilangan seperti petunjuk digunakan, mata bintang, lencana diperoleh, soalan dijawab atau halaman dibaca. |
Binari * | Untuk aktiviti yang melaporkan maklumat binari (maklumat dengan hanya dua nilai), Schoolwork menunjukkan jika pelajar berjaya melengkapkan aktiviti tersebut, berdasarkan percubaan terbaru mereka. Aktiviti boleh menghantar kategori binari seperti Ya/Tidak, Benar/Palsu, Lulus/Belum Lagi atau Betul/Salah. |
Status pelengkapan | Untuk semua aktiviti, Schoolwork memaparkan nama setiap pelajar yang menandakan aktiviti sebagai Selesai (mengetik Tandakan Selesai). Untuk aktiviti yang tidak melaporkan data kemajuan, tiada data tambahan dilaporkan. |
Nota: * Menunjukkan data kemajuan hanya tersedia selepas pentadbir IT sekolah anda menghidupkan ciri Kemajuan Pelajar dalam Apple School Manager.