Apakah API?
API,atau antara muka pemprograman aplikasi digunakan untuk menyerahkan data antara app perisian dengan cara yang formal. Banyak perkhidmatan menawarkan API awam yang membenarkan sesiapa sahaja untuk menghantar dan menerima kandungan daripada perkhidmatan. API yang berfungsi melalui Internet menggunakan URL http:// dipanggil API web. Pada web, jika hantar permintaan ke API untuk mendapatkan dan menyiarkan maklumat.
Semua app kegemaran anda yang bersambung ke Internet dikuasakan oleh API. Contohnya, app media sosial menggunakan API untuk anda melihat dan menyiarkan siaran daripada app mudah alih mereka. Apabila anda segar semula suapan, app membuat permintaan API untuk mengambil semua siaran. Apabila anda “suka” siaran, app membuat permintaan API untuk menyiarkan data tersebut.
Dengan keupayaan untuk membuat permintaan API dalam Pintasan, anda boleh mendapatkan lebih daripada data yang tersedia secara setempat pada peranti anda dan mencipta pintasan yang berinteraksi dengan sebarang perkhidmatan web yang mempunyai API awam. Anda bole membina pintasan tersuai untuk mengumpul jumlah data yang banyak dan memaparkannya mengikut kemahuan anda, atau menghantar data kembali ke API dan mengemas kini perkhidmatan web—jika ia boleh dilakukan dalam API, ia boleh dilakukan dalam app Pintasan.