
Jalankan pintasan daripada Carian iOS
Dengan Carian iOS, anda boleh mencari dan membuka pintasan dengan cepat tanpa perlu membuka app Pintasan.
Daripada skrin Utama peranti iOS anda, leret ke bawah dari bahagian tengah.
Sebelum anda memasukkan istilah carian, pintasan dicadangkan mungkin muncul pada skrin.
Taipkan nama pintasan dalam medan carian.
Senarai hasil muncul semasa anda menaip. Anda mungkin perlu skrol untuk mencari pintasan anda. Setiap hasil pintasan memaparkan ikon dan nama pintasan (perkataan “Jalankan” ditambah di permulaannya).
Ketik pintasan, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Ketik “Lakukan,” kemudian ikuti sebarang arahan tambahan pada skrin.
Ketik pintasan untuk membuka app Pintasan, kemudian ketik
untuk menjalankan pintasan.
Ketik
untuk menutup pintasan.