Panduan Pengguna Pintasan
Pintasan dalam iOS 12 membolehkan anda menyelesaikan tugas dengan app anda, dengan hanya ketikan atau dengan meminta Siri. Di samping menjalankan pintasan yang tersedia pada peranti iOS, anda boleh menggunakan app Pintasan untuk mencipta pintasan tersuai yang meringkaskan tugas harian dengan menggabungkan langkah merentas berbilang app.
Apakah pintasan?
Pintasan ialah cara yang cepat untuk menyelesaikan satu atau lebih tugasan dengan app anda. App Pintasan membolehkan anda mencipta pintasan anda sendiri dengan beberapa langkah. Contohnya, bina pintasan “Masa Meluncur Air” yang mendapatkan laporan luncur air, memberikan ETA ke pantai dan memainkan senarai main muzik meluncur air anda.
Apakah tindakan?
Tindakan—asas pembentukan pintasan—ialah langkah tunggal dalam tugas. Campur dan padankan tindakan untuk mencipta pintasan yang berinteraksi dengan app dan kandungan pada peranti iOS anda, serta kandungan dan perkhidmatan di Internet. Setiap pintasan dibuat daripada satu atau lebih tindakan.
Di mana pintasan?
Galeri menampilkan koleksi pintasan diuruskan yang kreatif dan berguna. Terokai Galeri untuk melihat kemungkinan pintasan dan cara ia dibina. Apabila anda mendapati pintasan Galeri yang anda suka, tambahnya ke Pustaka anda dengan ketikan ringkas dan sesuaikannya mengikut keperluan anda.
Untuk melayari Panduan Pengguna Pintasan, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman.