Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan senarai pemerhatian Saham yang sama pada Mac, iPhone dan iPad anda
Gunakan iCloud untuk melihat senarai pemerhatian Saham anda pada semua peranti anda.
Apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada semua peranti anda dan mengaktifkan Saham dalam keutamaan iCloud, senarai pemerhatian daripada peranti semasa anda muncul pada peranti lain anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, kemudian klik Apple ID.Pilih iCloud dalam bar sisi.
Pilih Saham dalam senarai app.
Untuk berhenti menggunakan iCloud dengan Saham pada Mac anda, nyahpilih Saham dalam senarai app.