Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Gunakan senarai pemerhatian Saham yang sama pada Mac, iPhone dan iPad anda
Gunakan iCloud untuk melihat senarai pemerhatian Saham anda pada semua peranti Apple anda.
Apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada semua peranti Apple anda dan mengaktifkan Saham dalam seting iCloud, senarai pemerhatian daripada Mac anda kelihatan pada peranti lain anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik [nama anda] dalam bar sisi, kemudian klik iCloud di sebelah kanan.
Aktifkan Saham dalam senarai app. Jika Saham tidak ditunjukkan, klik Tunjukkan Semua.
Untuk berhenti menggunakan iCloud dengan Saham pada Mac anda, nyahaktifkan Saham dalam senarai app.