Edit senarai pemerhatian saham anda dalam Pusat Pemberitahuan pada Mac
Pusat Pemberitahuan menggunakan senarai pemerhatian yang sama digunakan oleh app Saham. Sebarang perubahan yang anda lakukan pada senarai pemerhatian juga ditunjukkan di tempat lain. Sebagai contoh, jika anda menambahkan simbol pita ke senarai pemerhatian dalam Pusat Pemberitahuan, simbol pita juga dipaparkan dalam senarai pemerhatian app Saham.
Pada Mac anda, klik ikon Pusat Pemberitahuan dalam bar menu.
Klik Hari Ini, skrol ke bawah ke widget Saham, kemudian klik butang Info (di bahagian kanan atas widget).
Jika anda tidak melihat butang Info, gerakkan penuding ke atas widget Saham.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Tambah simbol pita: Klik butang Tambah , taipkan nama syarikat atau simbol pita dalam kotak carian, kemudian klik simbol dalam hasil carian untuk menambahnya ke senarai pemerhatian anda.
Susun semula simbol pita: Seret simbol pita ke atas atau ke bawah dalam tertib yang anda mahu.
Keluarkan simbol pita: Klik butang Keluarkan di sebelah kiri simbol pita yang anda mahu keluarkan.
Apabila anda selesai, klik Selesai untuk kembali ke senarai pemerhatian anda.