Tukar paparan carta dalam Saham pada Mac
Anda boleh menukar paparan carta untuk memaparkan data untuk julat masa berbeza.
Tukar julat carta
Anda boleh memaparkan data harga bersejarah untuk simbol pita bagi 1 hari (1H), 1 minggu (1M), 1 bulan (1B), 3 bulan (3B), 6 bulan (6B), sepanjang tahun ini (YTD) 1 tahun (1T), 2 tahun (2T), 5 tahun (5T), 10 tahun (10T), atau keseluruhan sejarahnya (SEMUA).
Pergi ke app Saham pada Mac anda.
Klik simbol pita dalam senarai pemerhatian, kemudian klik pilihan dalam pemilih julat di bahagian atas carta.
Julat masa yang anda pilih diserlahkan dalam pemilih julat.
Apabila anda menukar julat, julat yang anda pilih digunakan ke semua simbol pita anda. Sebagai contoh, jika anda menukar julat kepada 1B dan kemudian memilih simbol pita berbeza, cartanya juga menggunakan 1B untuk julat.
Lihat data carta untuk titik tunggal dalam masa
Pergi ke app Saham pada Mac anda.
Klik simbol pita dalam senarai pemerhatian, kemudian pilih julat masa dalam pemilih julat di bahagian atas carta.
Anda perlu memilih julat masa yang menyertakan tarikh yang anda mahu lihat dalam carta. Sebagai contoh, jika anda mahu melihat tarikh yang berlaku lebih dari 30 hari lalu, pilih tempoh masa sekurang-kurangnya tiga bulan dalam pemilih julat.
Alihkan penuding ke atas carta.
Jika pemilih julat disetkan ke 1H atau 1M, tarikh, masa dan harga dipaparkan di bahagian atas carta. Untuk julat lain, tarikh dan harga dipaparkan.
Semasa anda menggerakkan penuding merentas carta, maklumat dikemas kini.
Lihat data carta untuk julat tersuai
Julat tersuai yang anda pilih diserlahkan dengan warna yang lebih gelap untuk menjadikannya lebih menonjol pada carta.
Pergi ke app Saham pada Mac anda.
Klik simbol pita dalam senarai pemerhatian, kemudian pilih julat masa dalam pemilih julat di bahagian atas carta.
Anda perlu memilih julat masa yang menyertakan tarikh yang anda mahu lihat dalam carta. Sebagai contoh, jika anda mahu melihat tarikh yang berlaku lebih dari 30 hari lalu, pilih tempoh masa sekurang-kurangnya 3 bulan dalam pemilih julat.
Pada carta, klik permulaan julat, kemudian seret ke penghujung julat.
Anda juga boleh mengklik hujung julat, kemudian seret ke permulaan julat.
Julat tersuai dipaparkan sehingga anda melepaskan penuding.
Permulaan dan penghujung julat dipilih, perubahan harga dan perubahan peratusan dipaparkan di bahagian atas carta.