Tonton Apple TV+ dalam app Apple TV pada Mac
Apple TV+ dalam app Apple TV memberikan anda akses mudah kepada Apple TV+, perkhidmatan penstriman langganan yang menampilkan Apple Originals—filem yang memenangi anugerah, siri, drama yang mendebarkan, dokumentari yang menarik, hiburan kanak-kanak, komedi dan banyak lagi.
Nota: Apple TV+ memerlukan langganan.
Layari Apple TV+
Pergi ke app Apple TV pada Mac anda.
Klik Apple TV+ dalam bar sisi.
Skrol ke bawah untuk melayari filem, rancangan TV dan koleksi yang ditampilkan.
Untuk melihat lebih banyak item dalam baris kategori, navigasi ke kiri atau ke kanan dalam baris. Untuk melihat semua item dalam kategori, klik nama kategori.
Pilih filem atau rancangan TV untuk ditonton pada Apple TV+
Apabila anda memilih item, penilaian, perihalan dan maklumat tontonan item ditunjukkan.
Pergi ke app Apple TV pada Mac anda.
Klik Apple TV+ dalam bar sisi.
Klik filem atau rancangan TV untuk melihat maklumat lanjut.
Lakukan mana-mana yang berikut:
Mainkan item: Jika item telah tersedia untuk ditonton, klik butang main untuk mula menontonnya serta-merta. Lihat Kawal perkara yang dimainkan.
Langgan Apple TV+: Klik butang langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Tambah item ke Senarai Tontonan anda: Jika anda mahu menonton item kemudian, klik di penjuru kanan atas. Untuk mengeluarkan item daripada Senarai Tontonan anda, klik . Item yang ditambah ke Senarai Tontonan anda kelihatan dalam baris Teruskan Menonton dan Senarai Tontonan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, skrol ke bawah, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Layari musim dan episod (rancangan TV sahaja): Klik episod, atau navigasi ke kiri atau ke kanan dalam baris untuk melihat lebih banyak episod yang disusun mengikut musim.
Layari item berkaitan: Navigasi ke kiri atau kanak dalam baris Berkaitan, kemudian klik item untuk melihat lebih banyak maklumat.
Terokai pelakon dan kru: Navigasi ke kiri atau kanan dalam baris Pelakon & Kru, kemudian klik orang untuk melihat maklumat biografi serta filem dan rancangan TV berkaitan.
Dapatkan butiran tambahan: Skrol ke bahagian bawah untuk melihat penilaian, perihalan dan maklumat lain.
Apabila anda selesai, klik untuk kembali ke Apple TV+.
Nota: Ketersediaan Apple TV+ mungkin berbeza mengikut negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.