Kawal main balik dalam app Apple TV pada Mac
Setelah anda mula menonton dalam app Apple TV pada Mac, anda boleh mengawal main balik, mengaktifkan sari kata dan banyak lagi.
Kawal main balik
Apabila anda menggerakkan penuding ke atas video semasa main balik, kawalan main balik kelihatan atas skrin.
Semasa main balik dalam app Apple TV pada Mac anda, gerakkan penuding ke atas video untuk menunjukkan kawalan main balik.
Lakukan mana-mana yang berikut:
Main atau jeda: Klik atau .
Langkau ke belakang atau ke depan 10 saat: Klik atau . Klik lagi untuk melangkau 10 saat lagi.
Putar balik atau maju pantas: Klik titik pada garis masa untuk langkau terus ke lokasi tersebut, atau seret penunjuk main ke kiri untuk memutar balik atau ke kanan untuk maju pantas (atau gunakan kawalan main balik dalam Touch Bar).
Laraskan kelantangan: Seret gelangsar kelantangan ke kanan atau ke kiri untuk meningkatkan atau menurunkan kelantangan.
Lihat Aktifkan tontonan Gambar dalam Gambar, Gunakan AirPlay untuk menstrim Apple TV atau TV pintar dan Kongsi perkara yang anda tonton.
Aktifkan sari kata dan kapsyen tertutup
Anda boleh mengaktifkan sari kata atau kapsyen tertutup (jika tersedia), atau mengaktifkannya buat sementara waktu jika anda terlepas dialog.
Semasa main balik dalam app Apple TV pada Mac anda, gerakkan penuding ke atas video untuk menunjukkan kawalan main balik.
Lakukan mana-mana yang berikut:
Aktifkan sari kata atau kapsyen tertutup: Klik di penjuru kanan bawah, kemudian pilih pilihan audio atau sari kata daripada menu timbul.
Aktifkan sari kata untuk 10-30 saat sebelumnya: Klik untuk setiap peningkatan 10 saat, sehingga tiga kali selama 30 saat.
Aktifkan sari kata semasa audio disenyapkan: Seret gelangsar kelantangan sampai ke bawah.
Anda juga boleh menekan pada papan kekunci anda untuk menyenyapkan audio dan mengaktifkan sari kata.
Pilih bahasa audio atau trek audio
Semasa main balik dalam app Apple TV pada Mac anda, gerakkan penuding ke atas video untuk menunjukkan kawalan main balik.
Klik di penjuru kanan bawah, kemudian pilih pilihan bahasa audio atau trek audio daripada menu timbul.
Dengar radio tempatan secara langsung (jika tersedia) semasa perlawanan MLS atau Friday Night Baseball
Semasa main balik perlawanan MLS atau permainan Friday Night Baseball dalam app Apple TV pada Mac anda, gerakkan penuding ke atas video untuk menunjukkan kawalan main balik.
Klik , kemudian pilih pilihan trek audio daripada menu timbul:
TV: Mainkan ulasan audio daripada siaran TV.
Radio Tempatan [pasukan lawan, bahasa]: Dengar siaran radio tempatan pasukan lawan semasa menonton perlawanan (pilihan ini hanya tersedia untuk perlawanan Friday Night Baseball).
Radio Tempatan [pasukan tuan rumah, bahasa]: Dengar siaran radio pasukan tuan rumah semasa menonton perlawanan atau permainan.
Aktifkan tontonan Gambar dalam Gambar
Anda boleh memainkan item daripada app Apple TV dalam pemapar kecil yang boleh disaiz semula yang berjalan di latar depan sementara anda melakukan tugas lain pada komputer anda.
Semasa main balik dalam app Apple TV pada Mac anda, gerakkan penuding ke atas video untuk menunjukkan kawalan main balik.
Klik di penjuru kiri atas.
Item diruntuhkan ke pemapar kecil di bahagian penjuru kanan atas skrin anda.
Lakukan mana-mana yang berikut:
Alihkan pemapar: Seret pemapar ke penjuru lain skrin anda.
Saiz semula pemapar: Seret sebarang pinggir pemapar untuk mensaiznya semula.
Main atau jeda: Gerakkan penuding ke atas pemapar, kemudian klik atau .
Kembali menonton dalam app Apple TV: Gerakkan penuding ke atas pemapar, kemudian klik .
Henti main balik dan tutup pemapar: Gerakkan penuding ke atas pemapar, kemudian klik .
Gunakan AirPlay untuk menstrim Apple TV atau TV pintar
Semasa main balik dalam app Apple TV pada Mac anda, gerakkan penuding ke atas video untuk menunjukkan kawalan main balik.
Klik , kemudian pilih peranti main balik yang anda mahu gunakan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Strim audio dan video dengan Airplay.
Kongsi perkara yang anda tonton
Semasa main balik dalam app Apple TV pada Mac anda, gerakkan penuding ke atas video untuk menunjukkan kawalan main balik.
Klik , kemudian pilih cara anda mahu berkongsi.
Aktifkan atau nyahaktifkan Audio Ruang
Apabila anda menonton rancangan atau filem disokong pada Mac dengan Apple silicon, anda boleh mengaktifkan Audio Ruang untuk mencipta pengalaman bunyi keliling yang imersif dengan AirPods Pro dan AirPods Max.
Audio Ruang menggunakan penjejakan kepala dinamik—anda mendengar saluran bunyi sekeliling di tempat yang betul, walaupun semasa anda memalingkan kepada anda atau mengalihkan komputer anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Gunakan AirPods dengan Mac anda.
Semasa main balik dalam app Apple TV pada Mac anda, klik dalam bar menu macOS untuk membuka Pusat Kawalan.
Pastikan AirPods Pro atau AirPods Max anda dipasangkan dengan Mac anda.
Klik Bunyi, kemudian pilih Kepala Dijejak di bawah Audio Ruang.
Nota: Audio Ruang hanya tersedia pada Mac dengan Apple silicon.
Masuk atau keluar skrin penuh
Semasa main balik dalam app Apple TV pada Mac anda, lakukan salah satu daripada berikut:
Masuk skrin penuh: Pilih Paparan > Masukkan Skrin Penuh.
Keluar daripada skrin penuh: Pilih Paparan > Keluar daripada Skrin Penuh.
Petua: Anda boleh memilih Paparan > Masukkan Skrin Penuh semasa melayari rancangan dalam app Apple TV untuk melayari dalam skrin penuh.