Tukar keutamaan dalam Memo Suara pada Mac
Gunakan keutamaan untuk mengesetkan pilihan lalai untuk menggunakan Memo Suara.
Untuk menukar keutamaan ini dalam app Memo Suara pada Mac anda, pilih Memo Suara > Keutamaan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kosongkan Dipadamkan | Pilih tempoh masa untuk menyimpan rakaman dalam folder Terbaru Dipadam. Sebagai contoh, jika anda memilih Selepas 7 Hari, rakaman anda tersedia dalam folder selama 7 hari. Selepas itu, Memo Suara mengeluarkannya. Lihat Padam rakaman. | ||||||||||
Kualiti Audio | Pilih sama ada Dimampatkan (untuk fail lebih kecil, berkualiti rendah) atau Tidak Dimampatkan (untuk fail lebih besar, berkualiti tinggi). | ||||||||||
Penamaan Berdasarkan Lokasi | Pilih pilihan ini untuk membuatkan rakaman dinamakan berdasarkan lokasi anda secara automatik. Lihat Uruskan app yang boleh mengesan lokasi Mac anda. |