Teruskan ke kandungan utama

Bilakah waktu paling sesuai untuk melawat Itali?

Nasihat perjalanan

Maklumat di laman ini adalah berdasarkan pada purata sejarah dan mungkin tidak menggambarkan keadaan semasa. Sila semak dengan pihak berkuasa tempatan untuk nasihat perjalanan yang terkini.

Baca selanjutnya

Masa terbaik untuk melawat Itali ialah semasa musim bunga dari bulan April hingga Jun atau semasa musim luruh antara bulan September dan Oktober.

Dengan membuat lawatan semasa tempoh peralihan ini, ia membolehkan anda menerokai wilayah-wilayah negara tersebut yang berbagai rupa dengan suhu yang sederhana dan kurang pelancong berbanding musim puncak semasa musim panas. Musim bunga menawarkan aneka festival di seluruh negara, dan kawasan desa di wilayah Alps mula menayangkan bunga-bunga liarnya yang berwarna-warni. Alami kemeriahan sambutan Easter pada bulan April dan acara-acara unik seperti pertandingan berlawan tombak zaman pertengahan. Musim luruh membawakan pelbagai festival makanan yang menyelerakan, dan musim menuai bermaksud anda boleh menikmati wain dan trufel yang segar. Semasa musim luruh, selami dunia glamor festival-festival filem besar di Venice dan Rom atau kunjungi pantai-pantai di selatan untuk memanfaatkan sepenuhnya hari-hari terakhir bagi cuaca yang panas.

Tips pelancongan dan cuaca bulanan bagi Itali

Bulan Januari merupakan bulan paling sejuk di Itali, jadi ke mana sahaja anda lawati di negara ini, pastikan bawa bersama pakaian tebal untuk menghadapi cuaca musim sejuk. Di sebelah utara, suhu biasanya berada antara 4°C dan 7°C secara purata, manakala wilayah tengah dan selatan biasanya meningkat sehingga 14°C. Tahun baru membawa bersama beberapa hari cuti kebangsaan, jadi jangkakan kebanyakan perniagaan tempatan ditutup untuk beberapa hari pada awal bulan.

Sambutan Krismas bersambung sehingga tahun baru, dengan sambutan Epiphany (juga dikenali sebagai La Befana) diadakan pada 6 Januari. Perayaan yang disambut berbeza-beza antara bandar, dan antara yang paling menarik berlangsung di Venice dan Urbania di wilayah Marche. Bulan Januari merupakan masa yang ideal untuk berski di Itali, dengan kebanyakan resort terbaik di Alps dan Dolomites kurang sesak berbanding musim puncak. Jamuan Saint Anthony the Abbot berlangsung pada 17 Januari di kebanyakan bandar di wilayah utara dan tengah. Jangkakan aneka unggun api, acara tari-menari dan ucapan selamat ke atas santo pelindung penjual daging, haiwan domestik, pembuat bakul dan penggali kubur.

9°C

Tinggi

2°C

Rendah

12 hari

Curahan hujan

Menjelang Februari, suhu mula meningkat tetapi cuaca di seluruh negara masih memerlukan anda untuk memakai jaket. Musim ski memuncak seiring dengan cuti sekolah, jadi jangkakan cerun-cerun ski untuk jadi lebih sesak. Suhu di seluruh negara berada dalam lingkungan 0°C di wilayah Alps di utara hingga 15°C di wilayah selatan yang lebih cerah.

Satu sambutan yang lebih menyerlah berbanding yang lain dalam bulan Februari ialah Carnevale. Walaupun kebanyakan bandar meraikan sambutan pra-Lent ini, sambutan di Venice adalah yang paling terkenal. Bandar Terapung ini berubah wajah menjadi sebuah teater terbuka yang dipenuhi dengan topeng-topeng beraneka rupa, jubah bergaya dan majlis tari-menari mewah dengan makan malam dan hiburan. Karnival-karnival lain yang wajar diberi perhatian diadakan di Viareggio, Verona dan Ivrea, yang mengadakan perlawanan makanan besar-besaran yang dikenali sebagai ‘The Battle of the Oranges’. Jika anda tidak begitu cenderung untuk bermain dengan makanan, kunjungi Norcia, sebuah pekan di Umbria untuk mencuba tartufo nero (trufel hitam) yang begitu berharga.

9°C

Tinggi

2°C

Rendah

11 hari

Curahan hujan

Cuaca yang tidak menentu dalam bulan Mac bermaksud anda perlu bersiap sedia dengan pakaian untuk hari cerah dan juga hari hujan. Awal bulan Mac biasanya sejuk dan basah, tetapi apabila musim bunga mula mekar ke hampir seluruh negara, suhu meningkat sehingga 16°C menjelang hujung bulan. Jika anda tidak bercadang untuk membuat aktiviti yang terkesan dengan cuaca seperti kembara berjalan kaki atau berjemur, tempoh luar musim yang kurang sesak ini ideal untuk kunjungan anda ke Itali.

Bergantung pada kalendar agama, Carnevale dan Easter boleh jatuh pada bulan Mac, jadi semak jadual acara sebelum merancang perjalanan anda. Festival lain yang wajar diberi perhatian termasuk Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac dan hujung minggu monumen terbuka, apabila bangunan-bangunan yang biasanya ditutup kepada orang awam membuka pintunya kepada semua. Tarikh sebenar hujung minggu tersebut berbeza-beza saban tahun, jadi pastikan anda merancang lebih awal jika ingin mengunjungi acara ini. Di tempat lain pula, peminat sukan larian berpusu-pusu ke Rom untuk maraton tahunan, manakala pencinta makanan berkunjung ke Florence untuk pesta makanan yang berlangsung selama 3 hari di dalam Stazione Leopolda.

14°C

Tinggi

5°C

Rendah

12 hari

Curahan hujan

Musim bunga berada di kemuncaknya dan sambutan minggu Easter menjadi acara utama di seluruh negara sepanjang bulan April. Corak cuaca yang tidak menentu masih berlarutan, jadi pastikan anda bawa bersama pakaian kalis air dan juga payung untuk menghadapi hujan di bulan April ini. Suhu yang lebih sederhana menyediakan suasana yang selesa untuk meneroka dunia luar, khususnya di pergunungan Calabria dan Sicily yang dipenuhi bunga, yang mempunyai purata suhu sekitar 18°C.

Bulan April membawa bersama aneka festival, dari Salone Internazional del Mobile di Milan yang memaparkan perabot yang mengagumkan, hinggalah permulaan Maggio Musicale Fiorentino di Florence yang memeriahkan bandar ini dengan persembahan teater dan muzikal. Verona mengadakan pameran wain dan minuman keras Vinitaly tahunannya, lengkap dengan aktiviti mencuba wain, bengkel dan bacaan buku. 25 April membawakan sambutan berganda apabila seluruh negara meraikan Hari Kemerdekaan dan Venice mengadakan parti besar-besaran untuk maraikan St. Mark – santo pelindung bandar ini.

17°C

Tinggi

9°C

Rendah

12 hari

Curahan hujan

Bulan Mei, yang dikenali sebagai bulan mawar, membawa bersama tanda-tanda awal musim panas dengan suhu yang lebih panas dan pemandangan kawasan desa yang mula menghijau. Purata suhu tinggi biasanya berada antara 18–21°C, tetapi anda patut bawa bersama jaket atau kot nipis untuk waktu malam yang lebih dingin.

1 Mei merupakan cuti umum di seluruh negara jadi anda mungkin menyaksikan beberapa festival dan perarakan menarik, tetapi jangkakan kebanyakan perkhidmatan seperti kedai dan restoran ditutup. Perlumbaan basikal terbesar di Itali – Giro d’Italia – bermula pada awal Mei dan berlangsung hampir sepanjang bulan apabila ia merentasi laluan-laluan Alps yang sukar dan juga pusat-pusat bandar. Bulan ini juga menyaksikan kebanyakan bandar seperti Rom dan Florence mengadakan Malam Muzium tahunan mereka, apabila kebanyakan galeri menawarkan kemasukan percuma, acara khas dan waktu operasi yang lebih panjang. Pada hujung minggu terakhir bulan tersebut, ratusan bilik-bilik simpanan wain di seluruh negara dibuka kepada awam sempena festival Cantine Aperte. Cuba wain dari pelbagai wilayah dan bertemu dengan pengeluarnya untuk ketahui semua perihal wain – daripada proses memetik anggur hinggalah proses pengedaran.

21°C

Tinggi

12°C

Rendah

11 hari

Curahan hujan

Musim panas kini tiba di Itali, jadi bawa cermin mata hitam dan seluar pendek anda untuk menghadap cuaca hangat dan sinaran matahari yang terang. Purata suhu ialah sekitar 21°C pada awal bulan tetapi ia tidak mustahil untuk mencapai setinggi 30°C menjelang hujung bulan.

Hari Republik, yang diadakan pada 2 Jun, merupakan hari cuti kebangsaan – ini bermaksud perarakan dan parti di seluruh negara. Rom biasanya mengadakan sambutan yang terbesar dengan pertunjukan aeronautikal daripada Tentera Udara Itali dan kemasukan percuma ke muzium-muzium yang dikendalikan oleh bandar ini. Nikmati sepenuhnya cuaca yang baik ini dengan menerokai kawasan desa Tuscan yang indah atau bersantai di pantai berpasir di Sardinia atau Teluk Amalfi. Untuk sesuatu yang sedikit berbeza, kunjungi Giostra del Saracina – perlawanan lawan tombak zaman pertengahan yang diadakan pada hari Sabtu ketiga dalam bulan Jun di pekan Arezzo di Tuscan.

26°C

Tinggi

16°C

Rendah

9 hari

Curahan hujan

Bulan Julai merupakan salah satu bulan paling panas dengan kadar hujan minimum dan suhu mencecah sehingga 31°C. Cuti sekolah musim panas telah bermula dan keluarga mula bercuti ke kawasan pergunungan dan pantai berpasir di sebelah selatan. Bandar dan perkampungan mengadakan acara dan festival terhebat untuk menarik kedatangan pengunjung.

Walaupun cuaca baik, aktiviti menjelajah bandar pasti memenatkan disebabkan oleh cuaca yang sangat panas, jadi bawa pakaian yang ringan dan nipis, krim pelindung matahari dan minum banyak air. Pencinta muzik takkan ketandusan pilihan dengan adanya festival seperti Pesta Alkantara di Sicily dan Festival Jazz Umbria, di mana kedua-duanya diadakan pada bulan Julai. Terdapat juga Festival Ravello yang menawarkan aneka persembahan muzik dalam persekitaran yang indah di sepanjang Teluk Amalfi. Rom juga tidak mahu ketinggalan dan mengadakan Estate Romana yang sarat dengan pelbagai persembahan, termasuk konsert secara langsung dan pertunjukan tarian serta akses muzium lewat malam.

29°C

Tinggi

19°C

Rendah

6 hari

Curahan hujan

Ada dua kata kunci yang menggambarkan Itali dalam bulan Ogos – mahal dan sesak. Ramai warga tempatan pergi bercuti jadi kebanyakan perniagaan seperti kedai dan restoran akan ditutup sepanjang bulan. Lebik baik elakkan daripada ke Itali dalam bulan Ogos jika jadual anda fleksibel, tetapi jika tidak, masih banyak perkara yang boleh anda lihat dan lakukan. Cuma bersiap-sedialah untuk menghadapi suhu sehingga 32°C.

Festival musim panas berterusan di Sicily, dengan festival tarian api antarabangsa di Palermo dan Ypsigrock di Castelbuono menjadi pentas kepada persembahan artis-artis rock ternama. Tarikh 15 Ogos ialah cuti umum yang dikenali sebagai Ferragosto, yang disambut oleh penganut Katolik sempena perayaan "Assumption of Virgin Mary into Heaven". Kebanyakan warga tempatan memulakan cuti musim panas mereka pada masa ini, jadi jangkakan kawasan bandar akan kosong dan kawasan pantai akan sesak.

29°C

Tinggi

19°C

Rendah

7 hari

Curahan hujan

Bulan September merupakan masa yang ideal untuk menerokai Itali kerana suhu mula turun dan pengunjung musim panas telah mula berkurangan. Purata suhu tinggi berada pada paras sekitar 27°C, tetapi potensi hujan turun adalah lebih tinggi berbanding bulan-bulan sebelumnya, jadi bawa payung bersama anda.

Festival Filem Antarabangsa Venice yang penuh glamor mengadakan tayangan-tayangan perdana yang dihadiri bintang-bintang ternama di Pantai Lido, biasanya dari hujung Ogos hingga awal September, tetapi tarikhnya berubah-ubah setiap tahun. Bandar Terapung ini juga mengadakan Regata Storica di Venezia pada hari Ahad pertama bulan September, yang menampilkan pendayung-pendayung gondola yang lengkap berkostum berlumba di sepanjang Grand Canal. Peminat Shakespeare boleh menyertai sambutan Hari Lahir Juliet pada hujung minggu pertama bulan ini, apabila ratusan orang berarak di jalanan di Verona sambil memakai kostum zaman lama. September juga bermaksud bermulanya musim memetik anggur, jadi jika anda teringin menikmati wain, kunjungi Chianti untuk ekspo wain tahunan atau Pertunjukan Wain Douja d’Or di Asti.

24°C

Tinggi

15°C

Rendah

9 hari

Curahan hujan

Peralihan kepada musim luruh di Itali bermula pada bulan Oktober dengan suhu yang lebih sederhana, sekitar 20 darjah selsius. Walau bagaimanapun, kekerapan hujan dan malam yang lebih sejuk bermaksud anda masih perlu membawa beberapa pasang baju sejuk. Inilah masa yang ideal untuk melawat pantai-pantai di selatan yang kini kurang sesak tetapi cuacanya masih panas.

Festival filem tahunan Rom diadakan pada separuh kedua bulan tersebut, di mana ibu kota bersejarah ini diserikan dengan kehadiran bintang-bintang Hollywood untuk menghadiri tayangan perdana hampir 40 buah filem. Untuk menerokai dunia makanan Itali yang terkenal, penggemar makanan manis harus mengunjungi acara Eurochocolate di Perugia. Selain disajikan pelbagai coklat, ia juga menampilkan muzik, bengkel dan acara mencuba wain. Jika anda melalui pekan Alba di Piedmont, anda akan mengalami pesta trufel terbesar di Itali, yang diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad dalam bulan Oktober dan November.

19°C

Tinggi

12°C

Rendah

11 hari

Curahan hujan

Bulan November merupakan tempoh luar musim untuk pelancongan di Itali, jadi inilah masa yang sesuai untuk menyelami budayanya tanpa kesesakan pengunjung – dalam suasana dingin musim sejuk. Suhu boleh menurun serendah 4°C di kawasan utara, manakala kawasan selatan masih agak panas dengan purata suhu antara 13–18°C. Adalah satu kemestian untuk memakai beberapa lapis pakaian dan baju kalis air oleh kerana kekerapan hujan di seluruh negara ini.

Bulan ini bermula dengan Hari All Saints pada 1 November – hari cuti kebangsaan yang menawarkan peluang untuk menghadiri upacara di gereja-gereja bersejarah seperti Basilika Saint Mark di Venice dan Basilika St. Peter di Vatican. Musim trufel semakin rancak, dengan bandar-bandar seperti Alba dan Asti di Piedmont dan San Miniato - bandar bukit Tuscan zaman pertengahan - mengadakan pesta khusus untuk cendawan mewah ini. Bulan November merupakan bulan yang menarik untuk peminat opera yang berpeluang menonton persembahan di lokasi-lokasi yang terkenal di dunia seperti La Fenice di Venice atau La Scala di Milan.

15°C

Tinggi

8°C

Rendah

13 hari

Curahan hujan

Pada bulan Disember, sambutan musiman diadakan di seluruh negara apabila persediaan untuk menyambut kedatangan Krismas bertambah rancak. Cuaca musim sejuk mungkin berada di kemuncaknya, namun anda boleh memanaskan badan dengan menghirup secawan wain berempah yang tradisional jika anda dekat dengan pergunungan, minuman coklat panas yang pekat atau kopi yang memuaskan. Bawa bersama sarung tangan, skaf, topi dan pakaian tebal untuk menangani suhu membeku yang boleh mencapai serendah -4°C di utara. Resort-resort Alps seperti Cervinia dan Livigno mula beroperasi sebagai tanda bermulanya musim ski, dan dipenuhi dengan cerun-cerun yang sarat dengan salji.

Pada 8 Disember, Feast of Immaculate Conception merupakan hari cuti umum pertama bulan ini, dan biasanya menampilkan perarakan dan acara muzik secara langsung. Pasar Krismas menambahkan lagi keceriaan musim perayaan di bandar-bandar dan kampung-kampung seluruh negara. Antara yang paling popular termasuk Festival Krismas Perugia, Pasar Krismas Trento dan Weihnachtsmarkt di Merano. Jika anda berada di sini semasa sambutan Tahun Baru, anda boleh jangkakan banyak pertunjukan bunga api di dataran-dataran utama serta konsert luaran besar-besaran di bandar seperti Rom, Milan dan Rimini.

10°C

Tinggi

3°C

Rendah

13 hari

Curahan hujan

Cuaca dan suhu di Itali

Daripada segi cuaca, Itali paling sesuai dilawati dari bulan April hingga Jun dan antara bulan September dan Oktober, semasa suhunya sederhana. Bulan Ogos yang panas dan lembap lebih baik dielakkan walau ke mana pun anda merancang untuk melawat. Untuk sebahagian besar tempoh sepanjang tahun, wilayah selatan sentiasa cerah dan panas, membuatnya lokasi ideal bagi tepian pantai yang indah dan suhu yang sesuai untuk memakai kemeja T. Wilayah pantai utara seperti Italian Riviera dan lokasi di sebelah seletan seperti Sardinia dan Teluk Amalfi lebih baik dielakkan pada bulan Julai dan Ogos semasa musim panas apabila suhunya meningkat sehingga 30°C dan pantainya sesak. Jika anda inginkan suasana yang kurang sesak dan cuaca yang panas, lawati negara ini dari bulan September untuk menikmati kedua-duanya. Jika anda lebih sukakan salji berbanding pasir, musim ski biasanya berlangsung dari hujung bulan November hingga April.

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis
Rome Tinggi 13°C 13°C 17°C 20°C 23°C 28°C 31°C 31°C 27°C 23°C 18°C 14°C
Rendah 4°C 4°C 7°C 10°C 13°C 17°C 20°C 20°C 17°C 14°C 10°C 5°C
Curahan hujan 13 hari 11 hari 12 hari 13 hari 11 hari 10 hari 7 hari 7 hari 9 hari 12 hari 13 hari 13 hari
Milan Tinggi 7°C 8°C 15°C 18°C 22°C 27°C 30°C 29°C 24°C 18°C 13°C 8°C
Rendah 1°C 0°C 5°C 9°C 13°C 17°C 20°C 19°C 15°C 11°C 6°C 1°C
Curahan hujan 13 hari 11 hari 12 hari 13 hari 11 hari 10 hari 7 hari 7 hari 9 hari 12 hari 13 hari 13 hari
Florence Tinggi 10°C 10°C 15°C 18°C 22°C 28°C 31°C 31°C 25°C 21°C 15°C 10°C
Rendah 2°C 3°C 6°C 9°C 11°C 16°C 18°C 18°C 15°C 12°C 8°C 3°C
Curahan hujan 13 hari 11 hari 12 hari 13 hari 11 hari 10 hari 7 hari 7 hari 9 hari 12 hari 13 hari 13 hari
Naples Tinggi 13°C 12°C 16°C 19°C 22°C 27°C 30°C 31°C 27°C 23°C 18°C 14°C
Rendah 6°C 5°C 8°C 11°C 14°C 18°C 21°C 21°C 18°C 15°C 11°C 6°C
Curahan hujan 13 hari 11 hari 12 hari 13 hari 11 hari 10 hari 7 hari 7 hari 9 hari 12 hari 13 hari 13 hari
Venice Tinggi 8°C 9°C 14°C 18°C 22°C 27°C 29°C 29°C 24°C 19°C 14°C 8°C
Rendah 2°C 2°C 6°C 10°C 14°C 18°C 21°C 20°C 16°C 12°C 7°C 2°C
Curahan hujan 13 hari 11 hari 12 hari 13 hari 11 hari 10 hari 7 hari 7 hari 9 hari 12 hari 13 hari 13 hari
Bologna Tinggi 7°C 7°C 14°C 18°C 22°C 28°C 31°C 30°C 24°C 18°C 13°C 7°C
Rendah 1°C 0°C 5°C 9°C 12°C 17°C 19°C 19°C 14°C 11°C 6°C 1°C
Curahan hujan 13 hari 11 hari 12 hari 13 hari 11 hari 10 hari 7 hari 7 hari 9 hari 12 hari 13 hari 13 hari

Data cuaca disediakan oleh Forecast.io

Kos penginapan di Itali

Ingin melancong dengan bijak? Di sini, anda boleh lihat purata kos bagi penginapan setiap malam di Itali.

    0 48 96 144 192
  • HK$ 1,147 Jan
  • HK$ 1,236 Feb
  • HK$ 1,263 Mac
  • HK$ 1,467 Apr
  • HK$ 1,507 Mei
  • HK$ 1,532 Jun
  • HK$ 1,573 Jul
  • HK$ 1,575 Ogo
  • HK$ 1,542 Sep
  • HK$ 1,531 Okt
  • HK$ 1,212 Nov
  • HK$ 1,382 Dis
    0 48 96 144 192
  • HK$ 946 Jan
  • HK$ 1,002 Feb
  • HK$ 1,048 Mac
  • HK$ 1,179 Apr
  • HK$ 1,165 Mei
  • HK$ 1,165 Jun
  • HK$ 1,237 Jul
  • HK$ 1,247 Ogo
  • HK$ 1,122 Sep
  • HK$ 1,144 Okt
  • HK$ 938 Nov
  • HK$ 1,231 Dis
    0 48 96 144 192
  • HK$ 320 Jan
  • HK$ 353 Feb
  • HK$ 427 Mac
  • HK$ 534 Apr
  • HK$ 547 Mei
  • HK$ 565 Jun
  • HK$ 527 Jul
  • HK$ 490 Ogo
  • HK$ 492 Sep
  • HK$ 502 Okt
  • HK$ 380 Nov
  • HK$ 416 Dis
    0 48 96 144 192
  • HK$ 794 Jan
  • HK$ 815 Feb
  • HK$ 875 Mac
  • HK$ 941 Apr
  • HK$ 1,036 Mei
  • HK$ 1,084 Jun
  • HK$ 1,252 Jul
  • HK$ 1,307 Ogo
  • HK$ 1,021 Sep
  • HK$ 954 Okt
  • HK$ 801 Nov
  • HK$ 1,026 Dis
    0 48 96 144 192
  • HK$ 711 Jan
  • HK$ 725 Feb
  • HK$ 822 Mac
  • HK$ 917 Apr
  • HK$ 960 Mei
  • HK$ 968 Jun
  • HK$ 984 Jul
  • HK$ 1,006 Ogo
  • HK$ 962 Sep
  • HK$ 933 Okt
  • HK$ 774 Nov
  • HK$ 873 Dis

Tempat terbaik untuk dikunjungi di Itali

Jom usha beberapa bandar paling popular, tempat untuk dikunjungi dan aktiviti-aktiviti di Itali!

Pendapat pelancong lain tentang percutian mereka di Itali

  翻译: