Teruskan ke kandungan utama
Cetak / Simpan

Penyata Privasi dan Kuki

Kenyataan Privasi

5 Sept 2024

Pertama sekali – privasi anda penting buat kami. Kami tahu inilah yang dinyatakan dalam setiap notis. Namun, ini bukanlah kata-kata kosong. Anda meletakkan kepercayaan anda kepada kami dengan menggunakan perkhidmatan Booking.com dan kami menghargai kepercayaan tersebut. Ini bermakna kami komited untuk melindungi dan menjaga data peribadi anda. Kami bertindak bagi kepentingan pelanggan kami dan kami telus mengenai pemprosesan data peribadi anda.

Dokumen ini (‘Penyata Privasi ini’ atau ‘Penyata Privasi kami’) menerangkan bagaimana kami menggunakan dan memproses data peribadi anda, yang disediakan dengan cara yang mudah dibaca dan telus. Ia juga memaklumkan anda hak yang anda dapat laksanakan sehubungan dengan data peribadi anda dan bagaimana anda boleh menghubungi kami. Sila juga baca Penyata Kuki kami, yang memaklumkan anda bagaimana Booking.com menggunakan kuki dan teknologi penjejakan serupa yang lain.

Jika anda pernah menggunakan perkhidmatan kami sebelum ini, anda sedia maklum bahawa Booking.com menawarkan perkhidmatan online yang berkaitan dengan pelancongan melalui laman web dan app mobile kami sendiri, serta melalui platform online lain seperti laman web dan media sosial rakan niaga. Kami ingin menyatakan bahawa semua maklumat yang anda akan baca secara amnya terpakai untuk semua platform sedemikian.

Bahkan, penyata privasi tunggal ini terpakai untuk semua jenis maklumat pelanggan yang kami kumpulkan melalui semua platform di atas atau dengan cara lain yang disambungkan ke platform-platform ini.

Jika anda adalah salah satu daripada rakan niaga bisnes kami, pastikan juga untuk semak Penyata Privasi untuk Rakan Niaga Bisnes bagi memahami bagaimana data peribadi diproses selanjutnya sebagai sebahagian daripada hubungan bisnes.

Kami mungkin meminda Penyata Privasi ini dari semasa ke semasa. Oleh itu, kami sarankan anda layari laman ini secara kerap untuk memastikan anda tahu kedudukan anda. Jika kami membuat sebarang pengemaskinian mengenai Penyata Privasi ini yang akan memberi kesan yang signifikan kepada anda, kami akan memaklumkannya kepada anda mengenai perubahan tersebut sebelum sebarang aktiviti baharu dimulakan.

Terma yang kami gunakan dalam Penyata Privasi ini

Lawatan’ bermaksud pelbagai produk dan perkhidmatan pelancongan yang boleh dipesan, diperoleh, dibeli, dibayar, disewa, disediakan, ditempah, digabungkan, atau disempurnakan oleh anda dari Penyedia Lawatan.

Penyedia Lawatan’ bermaksud penyedia bagi tempat penginapan (cth. hotel, motel, apartmen, penginapan & sarapan, tuan tanah), tarikan (cth. taman (tema), muzium, lawatan bersiar-siar), penyedia pengangkutan (cth. sewaan kereta, cruise, kereta api, shuttle lapangan terbang, lawatan bas, khidmat shuttle), pengendali pelancongan, insurans perjalanan, dan sebarang perjalanan atau produk atau perkhidmatan lain yang berkaitan dari semasa ke semasa yang tersedia untuk Tempahan Lawatan di platform.

Perkhidmatan Lawatan’ bermaksud pembelian online, pesanan, pembayaran (dimudahkan) atau perkhidmatan tempahan yang ditawarkan atau dibenarkan oleh Booking.com berhubung bagi pelbagai produk dan perkhidmatan dari semasa ke semasa yang disediakan oleh Penyedia Lawatan di platform.

Tempahan Lawatan’ bermaksud pesanan, pembelian, pembayaran atau tempahan bagi sebuah Lawatan.


Data peribadi jenis apakah yang Booking.com kumpulkan?

Kami tidak dapat membantu anda tempah Lawatan impian tanpa maklumat. Oleh itu, apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, terdapat beberapa perkara yang kami minta. Ini biasanya maklumat rutin – nama anda, nombor telefon pilihan, nama-nama sesiapa yang melancong bersama anda dan maklumat pembayaran anda. Anda juga mungkin memutuskan untuk hantar maklumat tambahan berkaitan dengan Lawatan anda yang akan datang (contohnya, jangkaan waktu ketibaan anda).

Di samping itu, kami juga mengumpul maklumat daripada komputer, telefon, tablet atau peranti lain yang anda gunakan untuk mengakses khidmat kami. Ini termasuk alamat IP, browser yang anda gunakan dan tetapan bahasa anda. Terdapat juga situasi di mana kami menerima maklumat tentang anda daripada orang lain atau apabila kami mengumpul maklumat lain secara automatik.

Ini adalah gambaran keseluruhan secara umum. Tetapi jika anda ingin ketahui lebih lanjut tentang maklumat yang kami kumpul, kami akan jelaskan secara terperinci di bawah.

Baca selanjutnya tentang data peribadi yang kami kumpulkan

Apakah sebab Booking.com mengumpul dan menggunakan data peribadi anda?

Sebab utama kami meminta maklumat peribadi anda adalah untuk membantu anda mengaturkan Tempahan Lawatan online anda dan memastikan anda mendapat perkhidmatan yang terbaik.

Kami juga menggunakan data peribadi anda untuk memaklumkan anda tentang tawaran terbaru dan istimewa serta produk atau khidmat lain yang kami rasa anda minat. Terdapat juga pengguna yang lain. Jika anda ingin tahu pengguna tersebut, teruskan membaca untuk penerangan terperinci.

Baca selanjutnya tentang sebab Booking.com mengumpul data anda

Bagaimanakah Booking.com mengongsi data anda dengan pihak ketiga?

Ada pihak-pihak berbeza yang diintegrasikan ke dalam perkhidmatan Booking.com dalam pelbagai cara dan untuk pelbagai sebab. Sebab utama kami berkongsi data anda adalah untuk membekalkan Penyedia Lawatan dengan maklumat yang relevan untuk menyelesaikan Tempahan Lawatan anda.

Kami juga melibatkan pihak lain untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan Booking.com. Ini termasuk, contohnya, institusi kewangan, pengiklan, anak syarikat kumpulan korporat Booking.com dan syarikat lain yang membentuk kumpulan korporat Booking Holdings Inc. Atau, dalam beberapa kes, jika kami diwajibkan oleh undang-undang, kami boleh kongsi data anda dengan pihak kerajaan atau pihak berkuasa lain

Di bawah ini, kami terangkan dengan lebih terperinci tentang bagaimana maklumat yang anda kongsi bersama kami digunakan dan ditukar dengan pihak-pihak ini.

Baca selanjutnya tentang bagaimana data dikongsi dengan pihak ketiga

Bagaimanakah data peribadi anda dikongsi dalam kumpulan korporat Booking Holdings Inc.?

Booking.com adalah sebahagian daripada kumpulan korporat Booking Holdings Inc. Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut tentang bagaimana data anda boleh dikongsi dalam kumpulan korporat Booking Holdings Inc.

Baca selanjutnya tentang data dalam Booking Holdings Inc.

Bagaimanakah data peribadi anda dikongsi dan diproses selanjutnya untuk perkhidmatan pengangkutan darat?

Booking.com dan Rentalcars.com – juga merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat Booking Holdings Inc. – bersama-sama menggunakan data anda untuk menawarkan perkhidmatan pengangkutan darat melalui laman web dan app Booking.com (seperti cars.booking.com atau taxi.booking.com). Baca selanjutnya untuk memahami skop dan sifat tanggungjawab bersama kami yang terhad.

Baca selanjutnya tentang data dan perkhidmatan pengangkutan darat kami

Bagaimanakah data peribadi anda dikongsi dan diproses selanjutnya untuk perkhidmatan insurans?

Kami bekerjasama dengan pelbagai pihak semasa menawarkan perkhidmatan insurans. Ikuti pautan di bawah untuk memahami cara data anda digunakan dan dikongsi untuk tujuan insurans dan pelajari tentang tanggungjawab pihak yang terlibat.

Baca selanjutnya mengenai data dan perkhidmatan dan produk insurans

Bagaimanakah Booking.com memproses komunikasi yang anda dan Penyedia Lawatan anda hantar melalui Booking.com?

Booking.com dapat membantu anda dan Penyedia Lawatan bertukar maklumat atau permintaan tentang perkhidmatan dan Tempahan Lawatan yang sedia ada melalui platform Booking.com. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang cara Booking.com menerima dan mengendalikan komunikasi ini, bacanya di sini.

Baca lebih lanjut mengenai data dan produk dan perkhidmatan insurans

Bagaimanakah Booking.com menggunakan peranti mobile?

Kami menawarkan app percuma, di mana kami juga mengumpul dan memproses data peribadi. Ini berfungsi seperti di laman web kami, tetapi ia juga membenarkan anda untuk manfaatkan daripada perkhidmatan lokasi yang tersedia di peranti mobile anda.

Baca selanjutnya tentang cara kami menggunakan data daripada peranti mobile

Bagaimanakah Booking.com menggunakan media sosial?

Penggunaan media sosial boleh diintegrasikan ke dalam perkhidmatan Booking.com dalam beberapa cara. Ini melibatkan pengumpulan beberapa data peribadi anda atau penyedia media sosial yang menerima beberapa maklumat anda. Kami tidak menggunakan Whatsapp atau perkhidmatan pihak ketiga yang serupa untuk meminta pengesahan tempahan atau pembayaran.

Baca selanjutnya tentang cara kami menggunakan data media sosial

Bagaimanakah Booking.com menggunakan kecerdasan buatan dan membuat keputusan berautomatik?

Booking.com sentiasa mencari peluang untuk berinovasi dan memperbaiki perkhidmatan yang ditawarkan kepada anda. Dalam beberapa kes, kami boleh menggunakan teknologi baru seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan sistem keputusan berautomatik.

Baca lebih lanjut tentang cara kami menggunakan AI dan membuat keputusan berautomatik

Apakah prosedur keselamatan dan pengekalan yang Booking.com laksanakan untuk melindungi data peribadi anda?

Kami telah mengimplementasikan pelbagai prosedur untuk mencegah akses yang tidak dibenarkan dan salah guna untuk data peribadi yang kami proses.

Baca selanjutnya tentang prosedur keselamatan dan pengekalan

Bagaimanakah Booking.com menggunakan data peribadi kanak-kanak?

Kecuali dinyatakan sebaliknya, Booking.com adalah perkhidmatan yang membenarkan anda untuk menggunakannya hanya jika anda berumur lebih daripada 18 tahun. Kami hanya memproses maklumat tentang kanak-kanak dengan persetujuan ibu bapa atau penjaga sah mereka, atau apabila maklumat tersebut dikongsi dengan kami oleh ibu bapa atau penjaga sah mereka sendiri.

Baca selanjutnya tentang data peribadi bagi mereka yang berumur bawah 18 tahun

Bagaimanakah anda boleh mengawal data peribadi yang anda telah berikan kepada Booking.com?

Antara lain, anda mempunyai hak untuk menyemak data peribadi yang kami simpan tentang anda pada bila-bila masa dan meminta untuk akses atau padam data peribadi anda dengan menghantar borang ini. Jika anda ingin ketahui lebih lanjut tentang hak anda untuk mengawal data peribadi anda, teruskan membaca.

Baca selanjutnya tentang cara anda boleh mengawal data peribadi anda

Siapakah yang bertanggungjawab untuk memproses data peribadi di laman web dan app Booking.com?

Booking.com B.V, yang terletak di Amsterdam, Belanda, mengawal pemprosesan data peribadi untuk penyediaan perkhidmatannya. Ini termasuk laman web dan app mobile, melainkan beberapa pengecualian yang dijelaskan dalam penyata privasi ini.

Baca selanjutnya tentang tanggungjawab Booking.com B.V. untuk data peribadi

Peruntukan bagi negara tertentu

Bergantung pada undang-undang yang terpakai kepada anda, kami mungkin perlu berikan beberapa maklumat tambahan. Jika berkenaan, anda akan menemui maklumat tambahan untuk negara atau wilayah anda di bawah.

Baca selanjutnya tentang penyediaan bagi negara tertentu


Data peribadi jenis apakah yang Booking.com kumpulkan?

Nampaknya anda sedang mencari beberapa maklumat yang lebih terperinci. Berikut adalah gambaran yang lebih mendalam tentang apa yang kami kumpulkan.

Data peribadi yang anda berikan kepada kami.

Booking.com mengumpulkan dan menggunakan maklumat yang anda berikan kepada kami. Apabila anda membuat Tempahan Lawatan, anda (secara minimum) diminta untuk berikan nama dan alamat emel anda.

Bergantung pada Tempahan Lawatan, kami juga mungkin minta alamat rumah, nombor telefon, maklumat pembayaran, tarikh lahir, lokasi semasa (dalam kes perkhidmatan atas permintaan), nama-nama mereka yang melancong bersama anda dan apa-apa pilihan yang anda mungkin ada untuk Lawatan anda (seperti pilihan makanan dan keperluan aksesibiliti). Dalam beberapa kes, anda juga boleh daftar masuk secara online dengan Penyedia Lawatan, yang mana kami akan meminta anda untuk berkongsi maklumat pasport atau lesen memandu dan tandatangan.

Jika anda perlu menghubungi pasukan khidmat pelanggan kami, hubungi Penyedia Lawatan anda melalui kami, atau hubungi kami dengan cara yang berbeza (seperti media sosial atau melalui chatbot). Kami juga akan mengumpulkan maklumat dari anda di sana. Ini terpakai sama ada anda menghubungi kami dengan maklum balas atau meminta bantuan bagi menggunakan perkhidmatan kami.

Anda juga mungkin dijemput untuk menulis reviu bagi membantu maklumkan kepada mereka yang lain tentang pengalaman yang anda lalui semasa Lawatan anda. Apabila anda menulis reviu di platform Booking.com, kami akan mengumpulkan sebarang maklumat yang telah anda sertakan, bersama-sama dengan nama pertama dan avatar anda (jika anda memilihnya).

Terdapat juga situasi lain di mana anda menyediakan maklumat kepada kami. Contohnya, jika anda melayari laman kami dengan peranti mobile anda, anda boleh tentukan untuk membenarkan Booking.com melihat lokasi semasa anda atau memberikan kami akses kepada beberapa maklumat hubungan. Ini membantu kami untuk memberikan anda perkhidmatan dan pengalaman sebaik mungkin. Sebagai contoh, memaparkan anda panduan bandar kami, menyarankan restoran terdekat atau tarikan ke lokasi anda atau membuat saranan yang lain.

Jika anda mencipta akaun pengguna, kami juga akan menyimpan tetapan peribadi anda, gambar yang dimuat naik dan reviu bagi tempahan yang lalu di sana. Data yang disimpan ini boleh digunakan untuk membantu anda merancang dan mengurus Tempahan Lawatan atau saranan yang diperibadikan atau faedah pada masa hadapan atau mendapat manfaat daripada ciri-ciri lain yang tersedia bagi pengguna akaun saja (seperti insentif atau ganjaran lain).

Anda juga boleh memilih untuk menambah butiran daripada dokumen pengenalan anda ke akaun pengguna anda supaya anda tidak perlu menyerahkan maklumat ini untuk setiap Tempahan Lawatan individu.

Kami boleh menawarkan anda program-program rujukan atau cabutan bertuah. Dengan menyertainya, ini bermakna anda memberikan kami data peribadi yang berkaitan.

Data peribadi yang anda berikan kepada kami mengenai orang lain.

Jika anda ada akaun Booking.com for Business, anda boleh menyimpan buku alamat dalam akaun tersebut untuk mempermudahkan perancangan dan mengurus pengaturan perjalanan perniagaan bagi orang lain.

Jika anda membuat Tempahan Lawatan untuk orang lain atau bersama orang lain, anda mungkin berkongsi data peribadi tentang orang lain berkaitan dengan Tempahan Lawatan.

Dalam beberapa keadaan, anda boleh menggunakan Booking.com untuk berkongsi maklumat dengan yang lain. Ini boleh merupakan perkongsian wishlist, atau penyertaan dalam program rujukan, seperti yang dijelaskan semasa anda menggunakan ciri yang relevan.

Pada masa ini, kami perlu menekankan bahawa ia adalah tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa individu tersebut atau mereka yang data peribadinya anda berikan sedar bahawa anda telah berbuat demikian, dan mereka telah memahami bagaimana Booking.com menggunakan maklumat mereka (seperti yang dinyatakan dalam Penyata Privasi ini).

Data peribadi yang kami kumpulkan secara automatik.

Sama ada anda akhirnya membuat Tempahan Lawatan semasa anda melayari laman web atau aplikasi kami, kami mengumpulkan maklumat tertentu secara automatik. Ini termasuk alamat IP anda, tarikh dan masa anda mengakses perkhidmatan kami, dan maklumat tentang perkakasan dan perisian komputer anda (seperti sistem pengendalian, pelayar internet yang digunakan, data versi perisian/aplikasi dan tetapan bahasa anda). Kami juga mengumpulkan maklumat mengenai klik dan halaman yang telah ditunjukkan kepada anda, contohnya melalui kuki yang kami berikan.

Jika anda menggunakan peranti moblie, kami mengumpul data yang mengenal pasti peranti tersebut, serta data tentang tetapan khas bagi peranti dan ciri-ciri, app terhenti dan aktiviti sistem lain. Apabila anda membuat Tempahan Lawatan menggunakan jenis peranti seperti ini, sistem kami mendaftar bagaimana anda membuat tempahan (dari laman web mana), dan/atau laman asal dari mana anda telah melayari laman web atau app Booking.com.

Data peribadi yang kami terima dari sumber lain.

Ini bukan sekadar perkara yang anda maklumkan kami – kami juga mungkin menerima maklumat tentang anda dari sumber lain. Ini boleh termasuk rakan niaga bisnes, seperti rakan niaga ahli gabungan, syarikat subsidiari kumpulan korporat Booking.com, syarikat lain dalam kumpulan korporat Booking Holdings Inc. dan pihak ketiga bebas yang lain.

Maklumat yang kami terima daripada rakan niaga sedemikian boleh digunakan bersama-sama dengan maklumat lain yang anda berikan. Sebagai contoh, perkhidmatan Tempahan Lawatan Booking.com tidak hanya tersedia melalui Booking.com dan aplikasi Booking.com, namun juga disepadukan ke dalam perkhidmatan rakan niaga ahli gabungan yang boleh anda dapatkan secara online. Apabila anda menggunakan mana-mana perkhidmatan ini, kami mungkin menerima data tentang Tempahan Lawatan anda daripada rakan niaga ahli gabungan kami.

Kami juga mengintegrasikan dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga untuk memudahkan pembayaran antara anda dan Penyedia Lawatan. Penyedia perkhidmatan ini berkongsi maklumat pembayaran agar kami dapat mentadbir dan mengurus Tempahan Lawatan anda.

Di samping itu, kami mengumpul maklumat dalam kes yang dikesali apabila kami menerima aduan tentang anda daripada Penyedia Lawatan, contohnya dalam kes salah laku. Sekiranya terdapat kebimbangan mengenai integriti dan/atau insiden keselamatan terhadap tetamu kami, rakan niaga kami atau Booking.com, Booking.com mengambil maklumat daripada sumber yang tersedia secara umum untuk mencegah atau mengesan bahaya. Kami tidak boleh menghalang bahawa sesetengah maklumat tersebut mungkin mengandungi kategori khusus data peribadi.

Cara lain yang kami mungkin menerima data tentang anda adalah melalui perkhidmatan komunikasi yang diintegrasikan ke dalam platform kami. Perkhidmatan komunikasi sedemikian menawarkan anda cara untuk menghubungi Penyedia Lawatan yang telah anda tempah untuk membincangkan penginapan anda. Dalam beberapa kes, kami menerima metadata tentang aktiviti komunikasi ini (seperti siapa anda, dari mana anda membuat panggilan, dan tarikh serta tempoh panggilan).

Kami juga mungkin menerima maklumat tentang anda untuk memaparkan kepada anda iklan yang lebih relevan, seperti data kuki tambahan Booking.com yang disediakan rakan niaga media sosial kepada kami. Sila baca bahagian Mengapakah Booking.com mengumpul dan menggunakan data peribadi anda? untuk maklumat lanjut.

Apabila anda pautkan akaun pengguna Booking.com anda ke akaun media sosial anda, anda mungkin mencetuskan pertukaran data antara Booking.com dan penyedia media sosial tersebut. Anda boleh sentiasa memilih untuk tidak berkongsi data tersebut.

Penyedia Lawatan juga boleh berkongsi maklumat tentang anda dengan Booking.com. Ini boleh berlaku jika anda mempunyai pertanyaan sokongan tentang Tempahan Lawatan yang akan datang, atau jika ada pertikaian atau isu lain tentang Tempahan Lawatan.


Apakah sebab Booking.com mengumpul dan menggunakan data peribadi anda?

Kami menggunakan maklumat yang dikumpulkan tentang anda untuk pelbagai tujuan. Data peribadi anda boleh digunakan dengan cara berikut:

  1. Tempahan Lawatan: Pertama sekali, kami menggunakan data peribadi anda untuk melengkapkan dan mentadbir Tempahan Lawatan online anda – yang penting bagi kami untuk menyediakan perkhidmatan ini untuk anda. Ini termasuk menghantar komunikasi yang berkaitan dengan Tempahan Lawatan anda, seperti pengesahan (termasuk, jika berkenaan, memberikan anda bukti pembelian dan/atau pembayaran), pengubahsuaian dan peringatan. Dalam beberapa kes, ini boleh termasuk pemprosesan data peribadi anda untuk membolehkan daftar masuk online dengan Penyedia Lawatan atau pemprosesan data peribadi yang berkaitan dengan kemungkinan deposit kerosakan.

  2. Khidmat pelanggan: Kami menyediakan khidmat pelanggan antarabangsa dari pejabat tempatan dalam lebih daripada 20 bahasa, dan kami sedia membantu 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Dengan berkongsi maklumat yang relevan seperti maklumat tempahan atau maklumat tentang akaun pengguna anda dengan kakitangan khidmat pelanggan global kami, ia membolehkan kami untuk memberi respons apabila anda memerlukan kami. Ini termasuk membantu anda menghubungi Penyedia Lawatan yang betul dan memberi respons kepada sebarang pertanyaan yang anda ada tentang Tempahan Lawatan anda (atau sebarang pertanyaan lain).

  3. Kemudahan akaun: Pengguna Booking.com boleh mencipta akaun di laman web atau app kami. Kami menggunakan maklumat yang anda berikan kami untuk mentadbir akaun ini, membenarkan anda untuk melakukan beberapa perkara yang berguna. Anda boleh mengurus Tempahan Lawatan, manfaatkan tawaran khas, buat Tempahan Lawatan akan datang dengan mudah dan urus tetapan peribadi anda.

    Dengan mengurus tetapan peribadi, ia memberi anda kebolehan untuk simpan dan kongsi senarai, kongsi gambar, lihat Perkhidmat Lawatan yang anda telah cari dengan mudah dan semak maklumat berkenaan pelancongan yang telah anda sediakan. Anda juga boleh lihat sebarang reviu yang anda telah tulis.

    Jika anda mahu, anda boleh kongsi maklumat tertentu sebagai sebahagian daripada akaun pengguna anda, dengan mencipta profil awam di bawah nama pertama anda sendiri atau nama skrin yang anda pilih. Jika anda log masuk ke akaun anda dan mahu mencipta akaun Bisnes, kami mungkin akan menggunakan nama dan alamat emel anda untuk pra-pengisian borang pendaftaran.

    Jika anda pemegang akaun Booking.com for Business, anda juga boleh simpan maklumat hubungan di bawah akaun tersebut, urus tempahan bisnes dan pautkan pemegang akaun lain ke akaun Booking.com for Business yang sama.

  4. Kumpulan online: Kami boleh memberi peluang kepada pemegang akaun untuk berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain melalui kumpulan atau forum online.

  5. Aktiviti pemasaran: Kami menggunakan maklumat hubungan, butiran tempahan, maklumat akaun, data pelayaran, data lokasi dan pilihan anda untuk aktiviti pemasaran. Aktiviti ini termasuk:

    1. Menggunakan maklumat hubungan anda dan (diambil melalui kuki dan teknologi penjejakan yang serupa) interaksi anda dengan platform Booking.com untuk menghantar mesej pemasaran yang disesuaikan kepada anda (contohnya melalui pemberitahuan segera atau emel) daripada Booking.com, termasuk promosi, mesej pembantu carian, Genius dan reward lain, pengalaman pelancongan, tinjauan dan maklumat terkini tentang produk dan perkhidmatan Booking.com. Anda boleh hentikan langganan daripada penerimaan komunikasi pemasaran emel dengan cepat, mudah dan pada bila-bila masa. Anda hanya perlu klik pautan ‘Hentikan langganan’ yang disertakan dalam setiap surat berita atau komunikasi lain, atau uruskan pilihan anda melalui tetapan akaun anda.

    2. Berdasarkan interaksi anda di platform Booking.com (diambil melalui kuki dan teknologi penjejakan serupa), pemasaran yang disesuaikan daripada Booking.com termasuk promosi, mesej pembantu carian, Genius dan reward lain, pengalaman pelancongan, tinjauan dan maklumat terkini tentang produk dan perkhidmatan Booking.com mungkin ditunjukkan kepada anda di atau tentang laman web Booking.com, aplikasi mudah alih atau di laman/aplikasi pihak ketiga (termasuk laman media sosial) dan kandungan laman yang dipaparkan kepada anda mungkin disesuaikan. Ini boleh merupakan tawaran dan saranan yang kami rasa mungkin menarik bagi anda yang boleh anda tempah terus di platform Booking.com, di laman web berjenama bersama, atau di laman pihak ketiga yang lain. Sesetengah saranan ini mungkin dihasilkan berdasarkan data peribadi yang kami kumpul daripada anda semasa lawatan berbeza ke platform kami dan/atau pada peranti yang berbeza, walaupun semasa anda tidak log masuk. Laman Cara kami bekerja mengandungi maklumat lanjut tentang sistem Kedudukan dan Pencadang kami, termasuk cara anda boleh mengurus pilihan pemperibadian anda.

    3. Apabila anda mengambil bahagian dalam aktiviti promosi lain (seperti cabutan bertuah, program rujukan atau pertandingan), hanya maklumat relevan akan digunakan untuk mentadbirkan promosi ini.

  6. Berkomunikasi dengan anda: Mungkin terdapat masanya kami akan menghubungi anda, termasuk melalui emel, pemberitahuan segera, chatbot, pos, telefon atau dengan menghantar anda teks dan/atau proses komunikasi yang anda hantar kepada kami.

    Terdapat beberapa sebab untuk ini, termasuk:

    1. Proses memberi respons dan menangani sebarang permintaan yang telah dibuat oleh anda atau Penyedia Lawatan yang ditempah anda. Booking.com juga menawarkan kepada pelanggan dan Penyedia Lawatan pelbagai cara untuk bertukar maklumat, permintaan dan komen tentang Penyedia Lawatan dan Tempahan Lawatan yang sedia ada melalui Booking.com. Untuk maklumat lanjut, baca bahagian bertajuk ‘Bagaimanakah Booking.com memproses komunikasi yang anda dan Penyedia Lawatan yang ditempah anda mungkin hantar melalui Booking.com?’.

    2. Jika anda telah memulakan tetapi belum melengkapkan carian Lawatan atau Tempahan online, kami boleh menghubungi anda untuk menjemput anda meneruskan carian atau tempahan anda. Kami percaya bahawa khidmat tambahan ini akan memanfaatkan anda kerana ia membenarkan anda untuk teruskan dari mana anda telah berhenti tanpa mencari Penyedia Lawatan atau mengisi maklumat tempahan sekali lagi.

    3. Apabila anda menggunakan produk dan perkhidmatan kami, kami boleh menghantar anda borang tinjauan atau menjemput anda untuk memberikan reviu tentang pengalaman anda dengan Booking.com atau Penyedia Lawatan.

    4. Kami juga menghantar bahan lain yang berkaitan dengan Tempahan Lawatan anda, seperti bagaimana untuk menghubungi Booking.com jika anda memerlukan bantuan semasa anda di luar negara, dan maklumat yang kami rasa mungkin berguna kepada anda semasa membuat perancangan atau cara untuk manfaatkan Lawatan anda. Kami juga boleh menghantar bahan yang berkaitan untuk Tempahan Lawatan akan datang atau ringkasan Tempahan Lawatan lalu yang anda buat melalui Booking.com.

    5. Walaupun jika anda tidak mempunyai Tempahan Lawatan akan datang, kami mungkin masih perlu menghantar anda mesej pentadbiran, ia mungkin termasuk pemberitahuan keselamatan.

    6. Jika berlaku salah laku, kami mungkin akan menghantar notis dan/atau amaran kepada anda.

  7. Penyelidikan pasaran: Kadang kala, kami menjemput pelanggan kami untuk mengambil bahagian dalam penyelidikan pasaran. Sila lihat maklumat yang disertakan dalam jemputan jenis sebegini untuk memahami data peribadi apa yang akan dikumpulkan dan bagaimana data tersebut digunakan.

  8. Meningkatkan perkhidmatan kami: Kami menggunakan data peribadi untuk tujuan analisis dan penambahbaikan produk, seperti menawarkan pengalaman yang lebih diperibadikan berdasarkan cara anda atau pelanggan seperti anda yang mempunyai minat yang serupa menggunakan platform kami untuk menempah tempat penginapan pilihan anda dengan kami. Selanjutnya, kami mungkin memproses ID pengguna anda, yang dipautkan ke alamat emel yang digunakan untuk mencipta akaun anda, untuk tujuan mengukur golongan pelanggan yang melayari laman web kami. Data peribadi anda juga boleh digunakan untuk pembangunan dan penambahbaikan model pembelajaran mesin dan tool kecerdasan buatan kami. Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk menjadikan perkhidmatan kami lebih baik dan meningkatkan pengalaman pengguna.

    Dalam hal ini, kami menggunakan data bagi tujuan ujian dan penyelesaian masalah serta untuk menjana statistik tentang bisnes kami. Matlamat utama di sini adalah untuk mendapatkan maklumat berguna tentang bagaimana prestasi perkhidmatan kami, bagaimana ia digunakan, serta mengoptimumkan dan menyesuaikan laman web dan app kami supaya menjadikannya lebih mudah dan lebih bermakna untuk digunakan. Seboleh-bolehnya, kami berusaha untuk menggunakan data peribadi tanpa nama dan tidak dikenal pasti untuk kerja analitik ini.

    Untuk mencapai tujuan ini, kami mungkin menggabungkan data peribadi yang kami kumpul daripada anda semasa lawatan yang berbeza ke platform kami atau lawatan pada peranti yang berbeza, walaupun anda tidak log masuk.

  9. Memberikan harga terbaik yang tersedia untuk anda, bergantung pada di mana anda berada: Apabila anda membuat carian di app atau laman web kami, contohnya untuk mencari tempat penginapan, kereta sewa atau penerbangan, kami memproses alamat IP anda untuk mengesahkan sama ada anda berada di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) atau di negara lain. Kami melakukan perkara ini untuk menawarkan anda harga terbaik bagi kawasan (EEA) atau negara (bukan EEA) di mana anda berada.

  10. Reviu pelanggan dan maklumat lain yang berkaitan dengan destinasi: Semasa dan selepas Lawatan anda, kami mungkin menjemput anda untuk menghantar reviu. Kami juga membolehkan individu yang melancong bersama anda atau individu yang telah menginap menggunakan tempahan anda untuk melakukannya. Jemputan ini meminta maklumat mengenai Penyedia Lawatan atau destinasi.

    Jika anda ada akaun Booking.com, anda boleh memilih untuk memaparkan nama skrin di sebelah reviu anda dan bukan nama sebenar anda. Jika anda ingin tetapkan nama skrin, anda boleh lakukannya di tetapan akaun anda. Penambahan avatar juga boleh dilakukan.

    Dengan melengkapkan reviu, anda bersetuju bahawa ia boleh dipaparkan (seperti yang dinyatakan secara terperinci dalam Terma dan Syarat kami), sebagai contoh, pada halaman maklumat relevan Penyedia Lawatan di laman web kami, di app mobile kami, di akaun media sosial dan app media sosial kami, atau di platform online bagi Penyedia Lawatan yang berkaitan atau laman web rakan niaga bisnes. Ini adalah untuk memaklumkan kepada pelancong lain tentang kualiti Khidmat Lawatan yang anda gunakan, destinasi yang telah anda pilih atau pengalaman lain yang anda pilih untuk kongsi.

  11. Pemantauan panggilan: Apabila anda membuat panggilan kepada pasukan khidmat pelanggan kami, Booking.com menggunakan sistem pengesanan nombor telefon automatik untuk padankan nombor telefon anda kepada tempahan anda yang sedia ada. Ini dapat bantu menjimatkan masa untuk anda dan kakitangan khidmat pelanggan kami. Namun, kakitangan khidmat pelanggan kami masih boleh meminta pengesahan yang bantu memastikan butiran tempahan anda dirahsiakan.

    Semasa panggilan dengan khidmat pelanggan kami, panggilan mungkin didengar secara langsung atau direkod untuk kawalan kualiti dan tujuan latihan. Ini termasuk penggunaan rakaman untuk mengendalikan aduan, tuntutan undang-undang dan pengesanan penipuan.

    Kami tidak merakam semua panggilan. Jika panggilan dirakam, setiap rakaman disimpan untuk masa yang terhad sebelum dipadamkan secara automatik. Melainkan jika kami telah memutuskan bahawa perlu untuk menyimpan rakaman untuk penyiasatan penipuan atau tujuan undang-undang. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai perkara ini di bawah.

  12. Promosi bagi perkhidmatan yang selamat dan boleh dipercayai: Untuk mencipta persekitaran yang boleh dipercayai untuk anda, orang yang anda bawa bersama anda untuk Lawatan anda, rakan niaga bisnes Booking.com, Penyedia Lawatan kami dan Booking.com, kami terus menganalisis dan menggunakan data peribadi tertentu untuk mengesan dan mencegah penipuan dan kegiatan haram atau tidak diingini yang lain. Sekiranya terdapat kebimbangan mengenai integriti dan/atau insiden keselamatan, kami merujuk maklumat yang tersedia secara umum, semasa ini kami tidak dapat menghalang bahawa sesetengah maklumat sedemikian mungkin termasuk kategori khusus data peribadi.

    Selain itu, kami menggunakan data peribadi untuk penilaian risiko dan tujuan keselamatan, termasuk ketika anda melaporkan masalah keselamatan, untuk pengesahan pengguna dan tempahan, atau apabila orang lain melaporkan penipuan atau insiden keselamatan tentang anda. Apabila kami melakukan sedemikian, kami mungkin perlu menghentikan atau menangguhkan Tempahan Lawatan tertentu sehingga kami telah selesai membuat penilaian kami. Untuk tujuan mengesan dan mencegah penipuan dan bahaya, dan melindungi tetamu kami, rakan niaga bisnes, Penyedia Lawatan dan Booking.com, kami boleh menggunakan maklumat hubungan anda, butiran tempahan, reviu, maklumat akaun, data pelayaran, data lokasi, data komunikasi, atau maklumat lain yang anda atau orang lain berikan kepada Booking.com. Jika kami mempunyai kebimbangan tentang salah laku yang serius, kami boleh memutuskan untuk membatalkan tempahan anda yang akan datang atau menolak tempahan akan datang melalui platform kami.

  13. Tujuan undang-undang: Dalam kes-kes tertentu, kami mungkin perlu menggunakan maklumat anda untuk mengendalikan dan menyelesaikan tuntutan dan pertikaian undang-undang, untuk siasatan kawal selia dan pematuhan, untuk menguatkuasakan syarat-syarat penggunaan perkhidmatan tempahan online Booking.com atau untuk mematuhi permintaan undang-undang daripada penguatkuasaan undang-undang.

    Memberikan data peribadi anda kepada Booking.com adalah secara sukarela. Namun, kami mungkin hanya dapat memberikan anda perkhidmatan tertentu jika kami dapat mengumpul beberapa data peribadi. Sebagai contoh, kami tidak dapat memproses Tempahan Lawatan anda jika kami tidak mengumpul nama dan maklumat hubungan anda.

Untuk memproses data peribadi anda seperti yang dijelaskan di atas, kami bergantung pada asas undang-undang berikut:

Seperti yang berkenaan, untuk tujuan A dan B, Booking.com bergantung pada asas undang-undang bahawa pemprosesan data peribadi adalah perlu untuk pelaksanaan kontrak, khususnya untuk memuktamadkan dan mentadbir Tempahan Lawatan anda.

Jika data peribadi yang diperlukan tidak disediakan, Booking.com tidak dapat memuktamadkan Tempahan Lawatan, dan kami juga tidak dapat memberikan khidmat pelanggan. Memandangkan tujuan C hingga L, Booking.com bergantung pada kepentingan sahnya (atau pihak ketiga), untuk menyediakan dan menambah baik perkhidmatan dan untuk mencegah penipuan dan tindakan haram lain (seperti yang dinyatakan secara lebih khusus di bawah C hingga L). Selain itu, dalam kejadian tidak mungkin yang mana Booking.com memproses kategori khusus data peribadi dalam konteks tujuan L, Booking.com bergantung, jika berkenaan, pada fakta bahawa pemprosesan berkaitan dengan data peribadi yang jelas dihebahkan oleh subjek data.

Apabila menggunakan data peribadi untuk berkhidmat kepada Booking.com atau kepentingan sah pihak ketiga, Booking.com akan sentiasa mengimbangi hak dan kepentingan anda dalam melindungi data peribadi anda terhadap hak dan kepentingan Booking.com atau pihak ketiga. Untuk tujuan M, Booking.com juga bergantung, jika terpakai, pada pematuhan dengan kewajiban undang-undang (seperti permintaan penguatkuasaan undang-undang yang sah).

Jika diperlukan di bawah undang-undang yang terpakai, Booking.com akan mendapat persetujuan anda (atau sebagaimana yang dikehendaki undang-undang) sebelum memproses data peribadi anda, termasuk untuk kuki dan teknologi penjejakan yang serupa dan tujuan pemesejan pemasaran.

Kami mungkin menggunakan data peribadi anda untuk membangunkan dan melatih model dan/atau sistem kecerdasan buatan (AI) di mana tujuan pengumpulan data anda adalah untuk menyediakan atau meningkatkan perkhidmatan kami kepada anda. Asas undang-undang untuk menggunakan AI yang kami harapkan ialah:

  • Selain daripada mencegah dan mengesan cubaan penipuan, kami mungkin mempunyai kepentingan sah dalam membangunkan AI untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti produk dan perkhidmatan kami. Kami sentiasa mempertimbang sama ada hak dan kebebasan anda dilanggar dan hanya akan diteruskan apabila kepentingan sah ini tidak diatasi oleh hak anda.

  • Dalam kes lain di mana kami mungkin menggunakan AI, kami akan meminta persetujuan anda jika diperlukan.

Jika anda ingin membantah pemprosesan yang ditetapkan di bawah C hingga L atau, jika berkenaan, kepada penggunaan data peribadi anda dalam konteks AI dan tiada mekanisme pilih keluar tersedia kepada anda secara terus (contohnya, dalam emel pemasaran atau tetapan akaun anda), sila hubungi kami di dataprotectionoffice@booking.com atau pergi ke borang.


Bagaimanakah Booking.com mengongsi data anda dengan pihak ketiga?

Dalam keadaan tertentu, kami akan berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga. Pihak ketiga sedemikian termasuk:

  1. Penyedia Lawatan yang anda tempah: Untuk melengkapkan Tempahan Lawatan anda, kami memindahkan butiran tempahan yang relevan kepada Penyedia Lawatan yang telah anda tempah. Ini adalah salah satu perkara paling penting yang kami lakukan untuk anda.

    Bergantung pada Tempahan Lawatan dan Penyedia Lawatan, butiran yang kami kongsi boleh termasuk nama, maklumat hubungan dan pembayaran, nama-nama mereka yang menemani anda dan sebarang maklumat atau pilihan lain yang anda nyatakan semasa anda membuat Tempahan Lawatan anda.

    Dalam kes-kes tertentu, kami juga memberikan beberapa maklumat sejarah tambahan tentang anda kepada Penyedia Lawatan. Ini termasuk sama ada anda telah menempah dengan mereka pada masa lalu, jumlah tempahan yang telah anda buat dengan Booking.com yang telah diselesaikan, pengesahan bahawa tiada salah laku telah dilaporkan tentang anda, peratusan tempahan yang telah anda batalkan pada masa lalu atau sama ada anda telah memberikan reviu tentang tempahan yang lalu.

    Jika anda ada pertanyaan tentang Lawatan anda, kami boleh menghubungi Penyedia Lawatan untuk mengendalikan permintaan anda. Kecuali jika pembayaran dibuat semasa proses tempahan melalui laman web Booking.com, kami akan menghantar butiran kad kredit anda kepada Penyedia Lawatan yang ditempah untuk dikendalikan dengan lebih lanjut (dengan andaian bahawa anda telah memberikan kami butiran tersebut).

    Dalam kes tuntutan atau pertikaian yang berkaitan dengan Tempahan Lawatan, kami mungkin memberikan Penyedia Lawatan dengan maklumat hubungan anda dan maklumat lain mengenai proses tempahan, jika diperlukan untuk menyelesaikan keadaan. Ini termasuk, tetapi mungkin tidak terbatas pada alamat emel anda dan salinan pengesahan tempahan anda sebagai bukti bahawa Tempahan Lawatan telah dibuat atau untuk mengesahkan sebab bagi pembatalan.

    Untuk kelengkapan, Penyedia Lawatan akan teruskan memproses data peribadi anda di luar kawalan Booking.com. Penyedia Lawatan juga boleh meminta data peribadi tambahan, contohnya untuk memberikan perkhidmatan tambahan, atau untuk mematuhi sekatan tempatan. Jika ada, sila baca Penyata Privasi bagi Penyedia Lawatan untuk memahami bagaimana mereka memproses data peribadi anda.

  2. Penyedia Sambungan: Harap maklum bahawa Penyedia Lawatan tertentu mungkin memerlukan kami untuk berkongsi data peribadi anda dengan Penyedia Sambungan yang dikontrak agar dapat menyelesaikan dan menguruskan tempahan anda. Penyedia sambungan bertindak bagi pihak Penyedia Lawatan dan membantu mereka menguruskan tempahan mereka.

  3. Pejabat tempatan Booking.com anda: Untuk menyokong penggunaan perkhidmatan Booking.com, butiran anda boleh dikongsi dengan anak syarikat kumpulan korporat Booking.com, termasuk khidmat pelanggan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kumpulan korporat Booking.com, layari Tentang Booking.com.

  4. Penyedia perkhidmatan pihak ketiga: Kami menggunakan penyedia perkhidmatan daripada luar kumpulan korporat Booking.com untuk menyokong kami dalam menyediakan perkhidmatan kami. Ini termasuk:

    • Sokongan pelanggan

    • Penyelidikan pasaran

    • Pengesanan dan pencegahan penipuan (termasuk pemeriksaan anti penipuan)

    • Tuntutan insurans

    • Pembayaran

      Kami menggunakan pihak ketiga untuk memproses pembayaran, mengurus caj balik atau menyediakan perkhidmatan pengambilan bil. Apabila caj balik diminta untuk Tempahan Lawatan anda, sama ada oleh anda atau pemegang kad kredit yang digunakan untuk membuat tempahan anda, kami perlu kongsi butiran tempahan tertentu dengan penyedia khidmat pembayaran dan institusi kewangan yang relevan supaya mereka dapat mengendalikan caj balik tersebut. Ini mungkin termasuk salinan pengesahan tempahan anda ataupun alamat IP yang digunakan untuk buat tempahan anda. Kami mungkin berkongsi maklumat dengan institusi kewangan yang relevan, jika kami rasa ia penting untuk tujuan pengesanan dan pencegahan penipuan.

      Apabila caj balik diminta untuk Tempahan Lawatan anda, sama ada oleh anda atau pemegang kad kredit yang digunakan untuk membuat penempahan anda, kami perlu kongsi butiran penempahan tertentu dengan penyedia perkhidmatan pembayaran dan institusi kewangan yang relevan supaya mereka dapat mengendalikan caj balik tersebut. Ini boleh termasuk salinan pengesahan penempahan anda ataupun alamat IP yang digunakan untuk buat penempahan anda.

      Kami juga boleh berkongsi maklumat dengan institusi kewangan yang relevan, jika kami rasa ia penting untuk tujuan pengesanan dan pencegahan penipuan.

    • Perkhidmatan pemasaran

      Kami berkongsi data peribadi dengan rakan niaga pengiklanan, termasuk alamat emel, Alamat IP dan nombor telefon anda, sebagai sebahagian daripada perkhidmatan pemasaran Booking.com melalui pihak ketiga (untuk memastikan iklan yang relevan ditunjukkan kepada khalayak yang betul). Kami menggunakan teknik seperti 'hashing' untuk membolehkan pemadanan bagi alamat emel, Alamat IP dan/atau nombor telefon anda dengan pangkalan data pelanggan yang sedia ada untuk mengelakkan data ini daripada digunakan untuk tujuan lain. Untuk maklumat mengenai iklan lain yang disesuaikan dan pilihan anda, sila baca Penyata Kuki kami.

    • Rakan niaga pengiklanan

      Kami menggunakan rakan niaga pengiklanan, seperti penyedia ‘metasearch’, bagi membenarkan anda untuk bandingkan tawaran kami dengan tawaran daripada Agensi Pelancongan Online (OTA) yang lain. Apabila anda membuat tempahan di Booking.com selepas menggunakan rakan niaga pengiklanan, kami akan menghantar maklumat tempahan yang anda buat di Booking.com kepada rakan niaga tersebut.

  5. Pihak ketiga profesional lain: Dalam kes tertentu (seperti pertikaian atau tuntutan undang-undang atau sebagai sebahagian daripada aktiviti pengauditan), kami mungkin perlu berkongsi data peribadi anda dengan penasihat profesional. Penasihat ini termasuk pihak seperti firma guaman atau juruaudit. Kami hanya berkongsi data peribadi anda setakat yang diperlukan dan pihak ketiga tersebut memproses data ini selaras dengan kewajipan profesional mereka sendiri.

  6. Pihak berkuasa yang kompeten: Kami mendedahkan data peribadi kepada penguatkuasa undang-undang setakat mana ia diperlukan oleh undang-undang atau betul-betul diperlukan hanya untuk pencegahan, pegesanan atau pendakwaan tindakan jenayah dan penipuan. Kami mungkin perlu mendedahkan selanjutnya data peribadi kepada pihak berkuasa yang kompeten (termasuk pihak berkuasa cukai dan majlis perbandaran) untuk mematuhi kewajipan undang-undang (contohnya, di bawah undang-undang sewaan jangka pendek), untuk melindungi hak dan mempertahankan hak kami, atau hak dan tempat penginapan rakan niaga kami.

  7. Rakan niaga bisnes: Kami bekerjasama dengan banyak rakan niaga bisnes di seluruh dunia. Rakan niaga perniagaan sedemikian mengedarkan dan mengiklankan perkhidmatan Booking.com, termasuk perkhidmatan dan produk dari Penyedia Lawatan kami.

    Apabila anda membuat tempahan di salah satu laman atau aplikasi rakan niaga bisnes kami, beberapa data peribadi tertentu yang anda berikan kepada mereka, seperti nama dan alamat emel, alamat, butiran pembayaran dan maklumat lain yang berkaitan, akan dihantar kepada kami untuk memuktamadkan dan mentadbir Tempahan Lawatan anda.

    Jika khidmat pelanggan disediakan oleh rakan niaga bisnes, Booking.com akan kongsi maklumat tempahan yang relevan dengan mereka (pada dan bila diperlukan) untuk pastikan kami menyediakan sokongan yang tepat dan cekap.

    Apabila anda membuat tempahan melalui salah satu daripada laman web rakan niaga bisnes kami, rakan niaga bisnes boleh terima bahagian tertentu bagi data peribadi anda berkenaan tempahan yang khusus dan interaksi anda di laman web rakan niaga sedemikian. Ini adalah untuk tujuan komersial mereka.

    Apabila anda membuat tempahan di laman web rakan niaga, sila luangkan sedikit masa untuk membaca penyata privasi mereka jika anda ingin memahami bagaimana mereka memproses data peribadi anda. Dengan rakan niaga ini, kami boleh bertindak sebagai pengawal bersama. Jika anda memilih untuk menggunakan hak subjek data anda dengan rakan niaga bisnes kami, kami boleh bekerjasama untuk memastikan respons yang mencukupi untuk permintaan anda.

    Untuk tujuan pengesanan dan pencegahan penipuan, kami juga boleh bertukar maklumat tentang pengguna kami dengan rakan niaga bisnes – hanya bila ia betul-betul diperlukan.

    Jika tuntutan insurans dibuat, mengenai anda dan Penyedia Lawatan, kami mungkin memberikan data yang diperlukan (termasuk data peribadi) kepada syarikat insurans untuk pemprosesan selanjutnya.

    • Tawaran Rakan Niaga: Kami mungkin memberi anda 'Tawaran Rakan Niaga'. Apabila anda menempah penginapan bertanda 'Tawaran Rakan Niaga', tempahan anda akan dipermudah oleh Penyedia Lawatan yang berasingan dengan tempat penginapan yang anda tempah. Sebagai sebahagian daripada proses penempahan, kami perlu kongsi beberapa data peribadi yang relevan dengan rakan niaga bisnes ini.

      Jika anda menempah Tawaran Rakan Niaga, sila semak maklumat yang disediakan semasa proses tempahan atau semak pengesahan penempahan anda untuk maklumat lanjut tentang Penyedia Lawatan dan cara mereka akan memproses data peribadi anda selanjutnya.

  8. Kumpulan korporat Booking Holdings Inc.: Sila baca tentang bagaimana kami berkongsi data peribadi anda dengan kumpulan korporat Booking Holdings Inc.

Booking.com adalah perniagaan global. Data yang kami kumpulkan daripada anda, seperti yang dijelaskan dalam Penyata Privasi ini, dapat diakses daripada, dipindahkan ke atau disimpan di negara-negara yang mungkin tidak memiliki undang-undang perlindungan data yang sama dengan negara di mana anda awalnya memberikan maklumat tersebut. Dalam kes sedemikian, kami akan melindungi data anda seperti yang dijelaskan dalam Penyata Privasi ini.

Ini juga terpakai jika anda berada di Kawasan Ekonomi Eropah. Negara tempat data anda dapat dipindahkan mungkin tidak mempunyai undang-undang yang memberikan tahap perlindungan yang sama untuk data peribadi anda dengan undang-undang di Kawasan Ekonomi Eropah. Sekiranya ini berlaku, kami akan meletakkan perlindungan yang sesuai untuk memastikan bahawa pemindahan ini mematuhi peraturan Eropah yang berkaitan.

Khususnya, apabila data anda dipindahkan kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga, kami menubuhkan dan melaksanakan langkah-langkah kontrak, organisasi dan teknikal yang sesuai dengan mereka. Ini dilakukan dengan menetapkan Fasal Kontrak Standard seperti yang diluluskan oleh Suruhanjaya Eropah, dengan memeriksa negara-negara tempat data tersebut dapat dipindahkan, dan dengan mengenakan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang spesifik.

Dalam kes tertentu, kami memindahkan data anda ke luar Kawasan Ekonomi Eropah kerana ia adalah kepentingan anda atau adalah perlu untuk menyimpulkan atau melaksanakan kontrak yang kami ada dengan anda. Sebagai contoh, apabila anda membuat tempahan di Booking.com atau melalui rakan niaga bisnes, kami mungkin perlu memindahkan data anda kepada Penyedia Lawatan atau rakan niaga bisnes kami, yang terletak di luar Kawasan Ekonomi Eropah.

Anda boleh meminta kami melihat salinan perlindungan yang kami dilaksanakan (jika boleh) dengan menghubungi kami di dataprotectionoffice@booking.com.


Bagaimanakah data peribadi anda dikongsi dalam kumpulan korporat Booking Holdings Inc.?

Booking.com adalah sebahagian daripada kumpulan korporat Booking Holdings Inc. Maklumat lanjut tersedia di Bookingholdings.com.

Kami mungkin menerima data peribadi tentang anda daripada syarikat lain dalam kumpulan korporat Booking Holdings Inc., atau kongsi data peribadi anda dengan mereka untuk tujuan berikut:

  1. Untuk menyediakan perkhidmatan (termasuk membuat, mentadbir dan mengurus tempahan atau mengendalikan pembayaran)

  2. Untuk menyediakan khidmat pelanggan

  3. Untuk mengesan, mencegah dan menyiasat penipuan, aktiviti haram yang lain dan pelanggaran data

  4. Untuk tujuan analisis dan penambahbaikan produk jika dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan;

  5. Untuk memberikan tawaran yang disesuaikan atau menghantar bahan-bahan pemasaran kepada anda dengan persetujuan anda atau yang sebaliknya dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai

  6. Untuk hos, sokongan teknikal, menyelenggara dan mengekalkan keselamatan secara keseluruhan bagi data berkongsi tersebut

  7. Untuk memastikan pematuhan dengan undang-undang yang terpakai

Apabila berkenaan dan melainkan dinyatakan sebaliknya, bagi tujuan A hingga F, Booking.com bergantung pada kepentingan sahnya untuk berkongsi dan menerima data peribadi. Untuk tujuan G, Booking.com bergantung, jika terpakai, pada pematuhan dengan kewajiban undang-undang (seperti permintaan penguatkuasaan undang-undang yang sah). Di Kawasan Ekonomi Eropah, Booking juga memastikan bahawa aliran data antara syarikat dalam kumpulan korporat Booking Holdings Inc. mematuhi peraturan Eropah yang berkaitan seperti Akta Pasaran Digital.

Sebagai contoh, Booking.com bekerjasama rapat dengan Rentalcars.com untuk menawarkan perkhidmatan pengangkutan darat kepada pelanggan. Sila baca Bagaimana data peribadi anda dikongsi dan diproses selanjutnya untuk perkhidmatan pengangkutan darat? bagi maklumat lanjut.

Semua syarikat dalam kumpulan syarikat Booking Holdings Inc. mungkin perlu bertukar data peribadi pelanggan untuk memastikan semua pengguna dilindungi daripada aktiviti penipuan di platform online.


Bagaimanakah data peribadi anda dikongsi dan diproses selanjutnya untuk perkhidmatan pengangkutan darat?

Booking.com Transport Limited, didagangkan sebagai Rentalcars.com adalah syarikat liabiliti sendirian terhad, diperbadankan di bawah undang-undang United Kingdom dengan pejabat di 6 Goods Yard Street, Manchester, M3 3BG, United Kingdom.

Booking.com dan Rentalcars.com (kedua-dua adalah sebahagian daripada kumpulan syarikat Booking Holdings Inc.) bekerjasama rapat untuk menawarkan anda perkhidmatan pengangkutan darat melalui laman web dan app Booking.com, seperti cars.booking.com atau taxi.booking.com.

Perkhidmatan pengangkutan darat yang ditawarkan oleh laman web dan app Booking.com dikendalikan oleh Rentalcars.com, di bawah jenama Booking.com. Ini bermakna bahawa semasa anda membuat tempahan atau melayari perkhidmatan pengangkutan darat melalui app atau laman web, Booking.com dan Rentalcars.com secara kolektif bertanggungjawab untuk pengumpulan dan penggunaan data peribadi anda.

Selain data yang kami proses bagi membolehkan anda untuk mencari perkhidmatan pengangkutan darat dan membuat tempahan anda, Booking.com dan Rentalcars.com juga boleh menggunakan data peribadi anda secara bebas. Ini sesuai dengan tujuan yang dinyatakan dalam Penyata Privasi ini dan Notis Privasi Rentalcars.com.

Untuk maklumat lanjut tentang hubungan antara Booking.com dan Rentalcars.com, dan untuk melaksanakan hak anda berkenaan data peribadi anda yang dikumpulkan melalui laman web dan app Booking.com, sila hubungi Booking.com pada bila-bila masa. Anda boleh melakukannya melalui alamat emel di bawah ‘Siapakah yang bertanggungjawab untuk memproses data peribadi melalui Booking.com dan bagaimana untuk menghubungi kami?’.


Bagaimanakah data peribadi anda dikongsi dan diproses selanjutnya untuk perkhidmatan insurans?

Booking.com Distribution B.V. ialah syarikat subsidiari Booking.com dengan pejabat berdaftar di Oosterdokskade 163, 1011 DL, Amsterdam, The Netherlands. Booking.com dan Booking.com Distribution B.V. bekerjasama rapat untuk menawarkan kepada pelanggan pelbagai produk dan perkhidmatan insurans untuk Tempahan Lawatan, seperti insurans pembatalan bilik.

Penawaran insurans boleh melibatkan pelbagai pihak, seperti perantara, penaja jamin, dan ejen lain. Sekiranya Booking.com Distribution B.V. terlibat, ia akan bertindak sebagai ejen perantara dan yang diberi kuasa atau wakil yang dilantik (bergantung pada bidang kuasa) bagi pihak penanggung insurans, dengan menawarkan produk dan perkhidmatan insurans kepada pelanggan Booking.com.

Sila semak maklumat yang diberikan semasa proses tempahan untuk maklumat lebih lanjut mengenai Booking.com Distribution B.V dan pihak yang bekerjasama dengan Booking.com untuk menawarkan produk dan perkhidmatan ini kepada anda. Perincian syarikat insurans akan kelihatan dalam polisi insurans dan dokumentasi berkaitan yang diberikan kepada anda.

Semasa menawarkan insurans, Booking.com dan Booking.com Distribution B.V. mungkin perlu menggunakan dan berkongsi data peribadi yang berkaitan dengan produk insurans. Data ini berkaitan dengan anda sebagai pemegang polisi yang berpotensi atau sebenar, benefisiari berdasarkan polisi, ahli keluarga, penuntut dan pihak lain yang terlibat dalam tuntutan:

  • Untuk memberikan tawaran, mengatur perlindungan insurans dan menangani tuntutan insurans, beberapa data peribadi yang diberikan kepada kami semasa proses tempahan, (‘Data Pesanan Umum’) mungkin perlu dikongsi dengan Booking.com Distribution B.V.. Anda juga mungkin diminta untuk memberikan maklumat tambahan, seperti nama ahli keluarga atau benefisiari lain atau butiran mengenai tuntutan (‘Data Khusus Insurans’).

  • Jika anda membuat tuntutan di bawah polisi insurans, tuntutan ini dapat dikendalikan secara langsung oleh syarikat insurans. Ini bermaksud bahawa anda mungkin diminta untuk memberikan data peribadi untuk mengemukakan tuntutan tersebut terus kepada mereka. Syarikat insurans akan memberitahu anda dengan tepat di tempat pengumpulan maklumat anda. Apabila tuntutan anda dikendalikan oleh syarikat insurans, Booking.com mungkin akan menerima maklumat mengenai status tuntutan anda untuk memberi anda perkhidmatan sokongan pelanggan.

Apabila Booking.com Distribution B.V. bertindak sebagai perantara untuk produk dan perkhidmatan insurans melalui Booking.com, kedua-dua syarikat itu bertanggungjawab bersama untuk pengumpulan Data Khusus Insurans dan penghantarannya daripada Booking.com ke Booking.com Distribution B.V. Walau bagaimanapun, Booking.com Distribution B.V. bertindak sebagai pengawal tunggal untuk sebarang pemprosesan di luar sistem Booking.com B.V. Sebarang data peribadi yang dikumpulkan oleh Booking.com untuk tujuan insurans akan diproses seperti yang dinyatakan dalam Penyata Privasi ini.

Untuk maklumat lanjut tentang hubungan antara Booking.com dan Booking.com Distribution B.V., dan untuk melaksanakan hak anda berkenaan data peribadi yang dikumpulkan melalui laman web dan app Booking.com, sila hubungi kami.

Bagaimanakah Booking.com memproses komunikasi yang anda dan Penyedia Lawatan yang ditempah anda mungkin hantar melalui Booking.com?

Booking.com boleh menawarkan anda dan Penyedia Lawatan pelbagai cara untuk berkomunikasi tentang Khidmat Lawatan dan Tempahan Lawatan yang sedia ada dengan mengarahkan komunikasi melalui Booking.com. Ini juga membenarkan anda dan Penyedia Lawatan anda untuk menghubungi Booking.com dengan pertanyaan tentang Tempahan Lawatan anda melalui laman web, app kami dan saluran lain yang kami sediakan.

Booking.com mengakses komunikasi dan boleh menggunakan sistem automasi untuk menyemak, mengimbas dan menganalisis komunikasi atas sebab-sebab berikut:

  • Tujuan keselamatan

  • Pencegahan penipuan

  • Pematuhan terhadap keperluan undang-undang dan peraturan

  • Penyiasatan bagi kemungkinan salah laku

  • Pembangunan dan peningkatan produk

  • Penyelidikan

  • Penglibatan pelanggan (termasuk memberikan anda maklumat dan tawaran yang kami percaya mungkin menarik minat anda)

  • Sokongan pelanggan atau teknikal

Kami mempunyai hak untuk menyemak atau menghalang penghantaran komunikasi yang kami, atas budi bicara kami, percaya mungkin mengandungi kandungan berbahaya atau spam, atau boleh membawa risiko kepada anda, Penyedia Lawatan, Booking.com atau yang lain.

Semua komunikasi yang dihantar atau diterima menggunakan tool komunikasi Booking.com akan diterima dan disimpan oleh Booking.com. Penyedia Lawatan dan rakan niaga Bisnes yang mana anda telah menempah Tempahan Lawatan mungkin juga memilih untuk berkomunikasi dengan anda terus melalui emel atau melalui saluran lain yang tidak dikawal oleh Booking.com.


Bagaimanakah Booking.com menggunakan peranti mobile?

Kami menawarkan app percuma untuk pelbagai peranti mobile, serta versi bagi laman web biasa kami yang telah dioptimumkan untuk dilayari di mobile dan tablet.

App dan laman web mobile sedemikian memproses maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami dengan cara yang sama seperti laman web kami. Ia juga membolehkan anda untuk menggunakan perkhidmatan lokasi untuk mencari Perkhidmatan Lawatan yang berdekatan, jika anda inginkan.

Dengan kebenaran anda, kami mungkin menghantar anda pemberitahuan 'push' dengan maklumat tentang Tempahan Lawatan anda. Anda juga boleh pilih untuk berikan kami akses kepada data lokasi atau maklumat hubungan anda untuk menyediakan perkhidmatan yang telah anda minta. Jika anda memuat naik gambar ke platform kami, gambar-gambar sedemikian juga mungkin termasuk maklumat lokasi (dikenali sebagai metadata). Sila baca arahan peranti mobile anda untuk memahami cara untuk ubah tetapan anda dan kawal perkongsian bagi kategori data ini.

Apabila anda memilih untuk menggunakan ‘Pembantu Suara’ kami untuk mencari perkhidmatan kami atau menguruskan tempahan anda, ucapan anda akan diterjemahkan secara anonim ke dalam teks oleh pembekal perkhidmatan pihak ketiga. Anda perlu memberi kami akses ke mikrofon peranti anda untuk menggunakan ciri ini.

Untuk mengoptimumkan perkhidmatan dan aktiviti pemasaran kami, dan untuk pastikan kami memberikan anda pengalaman pengguna yang konsisten, kami menggunakan sesuatu yang dikenali sebagai ‘penjejakan yang merentasi berbilang peranti’. Ini boleh dilakukan dengan atau tanpa menggunakan kuki. Untuk maklumat lanjut tentang kuki dan teknologi lain yang serupa, sila lihat Penyata kuki kami.

Dengan penjejakan yang merentasi berbilang peranti, Booking.com dapat menjejak aktiviti pengguna menerusi berbilang peranti. Sebagai sebahagian daripada penjejakan yang merentasi berbilang peranti, kami boleh menggabungkan data yang dikumpul dari browser atau peranti mobile tertentu dengan data daripada komputer lain atau peranti yang digunakan oleh pelanggan yang sama.

Untuk mengoptimumkan kandungan surat berita Booking.com, kami menggabungkan carian dan tempahan yang dibuat dari komputer dan peranti yang berlainan. Anda boleh hentikan langganan surat berita Booking.com pada bila-bila masa.

Iklan yang disesuaikan yang dipaparkan kepada anda di laman web lain atau dalam app boleh ditawarkan berdasarkan aktiviti anda pada komputer dan peranti yang dipautkan. Dengan mengubah tetapan kuki di peranti anda (lihat Penyata kuki kami di bawah ‘Apakah pilihan anda?’), anda boleh mengubah tetapan penjejakan yang merentasi berbilang peranti anda bagi tujuan pengiklanan. Anda perlu tahu bahawa dengan log keluar daripada akaun Booking.com anda, ia tidak bermakna bahawa anda tidak lagi menerima iklan yang disesuaikan.


Bagaimanakah Booking.com menggunakan media sosial?

Di Booking.com, kami menggunakan media sosial dalam pelbagai cara. Kami menggunakannya untuk memudahkan penggunaan perkhidmatan tempahan online, tetapi juga untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan berkaitan dengan pelancongan oleh Penyedia Lawatan kami dan untuk mengiklankan, mempertingkatkan dan memudahkan perkhidmatan kami sendiri.

Harap maklum bahawa penggunaan ciri-ciri media sosial boleh menyebabkan pertukaran data peribadi antara Booking.com dan penyedia perkhidmatan media sosial, seperti yang kami jelaskan di bawah. Anda bebas untuk tidak menggunakan sebarang ciri-ciri media sosial yang tersedia bagi anda.

  1. Log masuk dengan akaun media sosial anda. Kami menawarkan anda peluang untuk log masuk ke akaun pengguna Booking.com dengan salah satu akaun media sosial anda. Kami melakukan ini untuk mengurangkan keperluan anda mengingati nama pengguna dan kata laluan yang berlainan bagi perkhidmatan online yang berbeza.

    Selepas anda telah log masuk sekali, anda akan dapat menggunakan akaun media sosial anda untuk log masuk ke akaun Booking.com anda. Anda boleh asingkan akaun pengguna Booking.com anda daripada akaun media sosial pilihan anda pada bila-bila masa yang anda inginkan.

  2. Integrasi plugin media sosial. Kami juga telah mengintegrasikan plugin media sosial ke dalam laman web dan app Booking.com. Ini bermakna bahawa apabila anda mengklik atau mengetuk pada salah satu butang (seperti butang 'Like' di Facebook) maklumat tertentu akan dikongsi dengan penyedia media sosial sedemikian.

    Jika anda sudah log masuk ke akaun media sosial anda apabila anda mengklik atau mengetuk salah satu butang ini, penyedia media sosial anda mungkin mengaitkan maklumat ini kepada akaun media sosial anda. Bergantung pada tetapan anda, mereka juga mungkin memaparkan tindakan sedemikian di profil media sosial anda, untuk dilihat oleh orang lain dalam rangkaian anda.

  3. Perkhidmatan media sosial dan ciri-ciri lain. Kami boleh mengintegrasikan perkhidmatan media sosial yang lain (seperti pemesejan media sosial) untuk anda berinteraksi dengan Booking.com atau dengan kenalan anda tentang perkhidmatan kami.

    Kami boleh mengekalkan akaun media sosial dan menawarkan app di beberapa laman media sosial. Setiap kali anda menyambung dengan Booking.com melalui media sosial, penyedia perkhidmatan media sosial anda boleh membenarkan anda untuk berkongsi maklumat dengan kami.

    Jika anda memilih untuk berkongsi, penyedia media sosial anda biasanya akan memberitahu anda mengenai maklumat yang akan dikongsi. Contohnya, apabila anda log masuk ke akaun pengguna Booking.com menggunakan akaun media sosial anda, maklumat tertentu daripada akaun tersebut mungkin akan dikongsi dengan Booking.com. Ini termasuk alamat emel anda, umur anda dan gambar profil yang telah anda simpan – bergantung pada apa-apa yang anda izinkan di akaun media sosial anda.

Apabila anda mendaftar dengan app media sosial Booking.com atau membuat sambungan kepada khidmat pemesejan media sosial tanpa akaun pengguna Booking.com, maklumat yang anda pilih untuk kongsi dengan kami mungkin termasuk maklumat asas yang tersedia di profil media sosial anda (termasuk alamat emel, maklumat terkini bagi status dan senarai kenalan anda).

Kami akan menggunakan maklumat ini untuk bantu menyediakan perkhidmatan yang anda minta – contohnya, untuk memajukam mesej yang anda ingin hantar kepada kenalan anda, atau untuk mencipta pengalaman pengguna yang diperibadikan dalam app atau di laman web kami. Ini bermakna jika anda inginkan kami untuk berbuat demikian, kami boleh menyesuaikan perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan anda, menghubungkan anda dan rakan-rakan anda dengan destinasi pelancongan terbaik dan menganalisis serta meningkatkan perkhidmatan kami berkaitan pelancongan. Sila maklum bahawa kami tidak menggunakan WhatsApp atau perkhidmatan pihak ketiga yang serupa untuk meminta pengesahan tempahan atau pembayaran. Jika anda menerima, contohnya, mesej Whatsapp yang meminta anda mengikuti pautan untuk menjamin tempahan anda atau melengkapkan pembayaran yang berkaitan, jangan balas mesej ini atau ikuti pautan sedemikian. Sebaliknya, kami meminta anda melaporkan mesej tersebut kepada pasukan Khidmat Pelanggan kami.

Penyedia media sosial anda akan dapat memaklumkan anda dengan lebih lanjut tentang cara mereka menggunakan dan memproses data anda semasa anda membuat sambungan ke Booking.com melalui mereka. Ini termasuk menggabungkan data peribadi yang mereka kumpulkan apabila anda menggunakan Booking.com melalui mereka dengan maklumat yang mereka kumpulkan apabila anda menggunakan platform online yang telah anda pautkan kepada akaun media sosial anda.

Jika anda memutuskan untuk membuat sambungan menggunakan akaun Facebook atau Google anda, sila lihat pautan berikut bagi mendapatkan maklumat tentang bagaimana pihak-pihak sedemikian menggunakan data yang mereka terima: Facebook dan Google.


Cara kami menggunakan kecerdasan buatan dan membuat keputusan automatik

Kami sentiasa mencari peluang untuk berinovasi dan meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menggunakan teknologi baru seperti AI. Pada masa ini kami menggunakan AI untuk tujuan berikut:

  1. Promosi bagi perkhidmatan yang selamat dan boleh dipercayai serta pencegahan penipuan.

  2. Menunjukkan kepada anda kandungan yang paling berkaitan. Kami menggunakan AI untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan pemperibadian pada platform kami (seperti memberikan reviu ringkas kepada anda). Ini mungkin termasuk menghantar butiran lawatan yang kami fikir anda mungkin berminat (jika anda telah memberikan persetujuan untuk komunikasi ini) dan menyusun kedudukan hasil carian untuk meletakkan padanan terbaik di bahagian atas suapan anda.

    Halaman Cara kami bekerja mengandungi lebih banyak maklumat tentang sistem saranan kami termasuk mengenai cara anda boleh mengurus pilihan pemperibadian anda.

  3. Meningkatkan perkhidmatan kami. Kami menggunakan AI untuk meningkatkan khidmat lawatan mengikut butiran yang ditetapkan dalam bahagian Apakah sebab Booking.com mengumpul dan menggunakan data peribadi anda? Ini termasuk pengenalpastian tren, memantau operasi platform, menyelesaikan masalah laman web dan aplikasi kami serta meningkatkan perkhidmatan yang kami tawarkan kepada anda.

  4. Membangunkan chat interaktif AI untuk membolehkan anda mengemukakan soalan mengenai lawatan atau perkhidmatan dan menerima jawapan atau cadangan itinerari relevan yang dijana oleh AI.

  5. Meningkatkan keberkesanan tujuan lain yang dinyatakan dalam penyata privasi ini.

Kami menilai AI kami berdasarkan prinsip perlindungan data, seperti pengecilan, ketepatan, dan had tujuan. Kami mengambil langkah untuk mencegah ketidaktepatan data, kemudaratan, dan berat sebelah daripada penggunaan AI kami.

Lihat bahagian bertajuk Apakah prosedur keselamatan dan pengekalan yang Booking.com laksanakan untuk melindungi data peribadi anda? untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perlindungan yang telah kami laksanakan yang juga akan digunakan pada data peribadi yang kami proses untuk melatih atau menggunakan AI.

Dalam kebanyakan kes, penggunaan AI tidak akan menyebabkan keputusan automatik dibuat tentang anda. Apabila kami memberi anda saranan lawatan menggunakan AI, ini hanyalah cadangan dan anda mempunyai kawalan terhadap cara ia digunakan.

Kami tidak menggunakan sistem automatik sepenuhnya untuk membuat keputusan tentang anda yang akan mengakibatkan kesan undang-undang atau kesan yang serupa kepada anda. Kami akan memaklumkan anda jika perkara ini berubah dan akan memastikan bahawa kami telah melaksanakan langkah yang sesuai untuk melindungi hak dan kebebasan anda. Kadangkala, AI akan menyumbang kepada keputusan yang kita buat. AI yang digunakan untuk memaklumkan atau memantau platform, contohnya untuk cubaan penipuan, tidak akan membuat sebarang keputusan secara autonomi yang akan mempunyai kesan yang signifikan kepada anda. Apabila AI mengenal pasti kemungkinan isu, ahli pasukan kami akan melengkapkan semakan dan membuat keputusan yang berdasarkan maklumat. Dalam kes-kes yang terhad, kami mungkin menyelesaikan pembuatan keputusan tanpa semakan manusia setelah kami menilai bahawa keputusan tersebut tidak akan mengakibatkan kesan yang signifikan kepada anda.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai penggunaan AI kami, hubungi kami seperti yang diterangkan dalam seksyen Bagaimanakah anda boleh mengawal data peribadi yang anda telah berikan kepada Booking.com?


Apakah prosedur keselamatan dan pengekalan yang Booking.com laksanakan untuk melindungi data peribadi anda?

Kami mempunyai prosedur untuk mencegah akses yang tidak dibenarkan dan salah guna data peribadi.

Kami menggunakan sistem dan prosedur perniagaan yang sesuai untuk melindungi dan menjaga data peribadi anda. Kami juga menggunakan prosedur keselamatan serta sekatan teknikal dan fizikal untuk mengakses dan menggunakan data peribadi di server kami. Hanya kakitangan yang diberi kuasa dibenarkan untuk mengakses data peribadi dalam menjalankan tugas mereka.

Kami akan menyimpan data peribadi anda selagi mana ia diperlukan untuk membolehkan anda menggunakan perkhidmatan kami atau menyediakan perkhidmatan kami kepada anda (termasuk mengekalkan mana-mana akaun pengguna Booking.com yang anda ada), untuk mematuhi undang-undang yang berkenaan, menyelesaikan sebarang pertikaian dan sebaliknya membolehkan kami menjalankan bisnes kami, termasuk untuk mengesan dan mencegah penipuan dan/atau aktiviti haram yang lain. Semua data peribadi yang kami simpan mengenai anda sebagai pelanggan Booking.com dilindungi oleh Penyata Privasi ini.

Untuk perlindungan tambahan, kami amat menyarankan anda tetapkan pengesahan dua faktor untuk akaun pengguna Booking.com anda. Ini menambah langkah pengesahan tambahan untuk memastikan sesiapa yang mendapat nama pengguna dan kata laluan anda (cth. melalui phishing atau kejuruteraan sosial) tidak dapat log masuk ke akaun anda. Anda boleh menetapnya di bahagian Keselamatan bagi tetapan akaun anda.


Bagaimanakah Booking.com menggunakan data peribadi kanak-kanak?

Perkhidmatan kami tidak ditujukan untuk kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, dan kami tidak akan mengumpul data mereka melainkan ianya diberikan oleh (dan dengan persetujuan) ibu bapa atau penjaga. Keadaan terhad yang mungkin kami perlukan untuk mengumpulkan data peribadi kanak-kanak di bawah 18 tahun termasuk sebahagian daripada tempahan, pembelian bagi perkhidmatan lain yang berkaitan pelancongan, atau dalam keadaan luar biasa yang lain (seperti ciri-ciri yang ditujukan untuk keluarga). Ditekankan sekali lagi, ini hanya akan digunakan dan dikumpulkan seperti yang diberikan oleh ibu bapa atau penjaga dan dengan persetujuan mereka.

Sekiranya kami menyedari bahawa kami telah memproses maklumat kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tanpa persetujuan sah ibu bapa atau penjaganya, kami akan memadamnya.


Bagaimanakah anda boleh mengawal data peribadi yang anda telah berikan kepada Booking.com?

Kami ingin anda mengawal bagaimana data peribadi anda digunakan oleh kami. Anda boleh lakukannya dengan cara berikut:

  1. Kami ingin anda mengawal bagaimana data peribadi anda digunakan oleh kami. Anda boleh lakukannya dengan cara berikut:

  2. Anda boleh membuat permintaan kepada kami bagi salinan data peribadi yang kami ada tentang anda,

  3. Anda boleh maklumkan kami tentang sebarang perubahan bagi data peribadi anda, atau anda boleh meminta kami membetulkan sebarang data peribadi yang kami ada tentang anda. Seperti yang dijelaskan di bawah, anda boleh membuat beberapa perubahan ini sendiri, secara online, apabila anda mempunyai akaun pengguna,

  4. Dalam beberapa situasi, anda boleh minta kami untuk memadam, menghalang atau menyekat pemprosesan data peribadi yang kami ada tentang anda, atau membantah cara-cara tertentu di mana kami menggunakan data peribadi anda,

  5. Dalam beberapa situasi, anda juga boleh minta kami untuk menghantar data peribadi yang anda telah berikan kami kepada pihak ketiga,

  6. Di mana kami menggunakan data peribadi anda berdasarkan persetujuan anda, anda berhak menarik balik persetujuan tersebut pada bila-bila masa, tertakluk kepada undang-undang yang terpakai, dan

  7. Di mana kami memproses data peribadi anda berdasarkan kepentingan sah atau kepentingan awam, anda berhak untuk membantah penggunaan data peribadi tersebut pada bila-bila masa, tertakluk kepada undang-undang yang terpakai.

Kami bergantung pada anda untuk memastikan data peribadi anda lengkap, tepat dan terkini. Sila maklumkan kepada kami tentang sebarang perubahan, atau ketidaktepatan, bagi maklumat peribadi anda secepat mungkin.

Jika anda ada akaun pengguna Booking.com, anda boleh mengakses banyak data peribadi anda melalui laman web atau app kami. Secara umumnya, anda akan mendapat pilihan untuk tambah, kemas kini atau buang maklumat yang kami ada tentang anda di tetapan akaun anda.

Pengguna yang mempunyai akaun Booking.com juga boleh meminta kami memadamkan akaun anda melalui aplikasi Booking.com. Ambil perhatian bahawa ciri aplikasi boleh berbeza antara sistem operasi dan penyedia perisian pihak ketiga mereka.

Jika sebarang data peribadi yang kami ada tentang anda tidak dapat diakses melalui laman web atau app kami, anda boleh menghantar permintaan kepada kami.

Jika anda ingin melaksanakan hak anda bagi mengakses dan pemadaman, anda hanya perlu lengkapkan dan hantarkan borang Permintaan Subjek Data untuk Pelanggan Booking.com. Untuk sebarang permintaan berkenaan Penyata Privasi ini, untuk melaksanakan sebarang hak anda yang lain, atau jika anda ada aduan, sila hubung Pegawai Perlindungan Data kami di dataprotectionoffice@booking.com. Anda juga boleh menghubungi pihak berkuasa perlindungan data tempatan anda.

Jika anda ingin membantah pemprosesan data peribadi anda atas dasar kepentingan sah dan tiada pilihan diberikan untuk keluar secara terus, sila hubungi kami di dataprotectionoffice@booking.com.

Jika anda ingin menghubungi kami melalui pos, alamatkan kepada Pegawai Perlindungan Data dan gunakan alamat pos berikut: Oosterdokskade 163, 1011 DL, Amsterdam, Netherlands.


Siapakah yang bertanggungjawab atas pemprosesan data peribadi melalui Booking.com dan bagaimanakah untuk menghubungi kami?

Booking.com B.V. mengawal pemprosesan data peribadi, seperti yang dijelaskan dalam Penyata Privasi ini, kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Booking.com B.V. merupakan syarikat liabiliti sendirian berhad yang diperbadankan di bawah undang-undang Belanda dan mempunyai pejabat di Oosterdokskade 163, 1011 DL Amsterdam, Netherlands.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang Penyata Privasi ini, atau tentang pemprosesan data peribadi anda, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami di dataprotectionoffice@booking.com dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Jika anda mempunyai sebarang soalan berkaitan tempahan anda atau anda memerlukan sokongan khidmat pelanggan, sila ikuti pautan ini.

Untuk pertanyaan tentang tempahan, sila hubungi pasukan khidmat pelanggan kami melalui laman hubungan khidmat pelanggan.

Permintaan daripada penguatkuasa undang-undang harus dihantar menggunakan prosesPenguatkuasa Undang-undang.

Peruntukan bagi negara tertentu

Bergantung pada undang-undang yang terpakai kepada anda, kami mungkin perlu berikan beberapa maklumat tambahan. Jika berkenaan, anda akan menemui maklumat tambahan untuk negara atau wilayah anda di bawah.

 

Setiap kali anda menggunakan perkhidmatan online atau app kami, kami menggunakan kuki dan teknologi penjejakan online yang lain (di mana kami juga merujuknya sebagai 'kuki' untuk tujuan Penyata Kuki ini).

Kuki boleh digunakan dalam pelbagai cara, termasuk untuk menjadikan laman web Booking.com berfungsi, untuk menganalisis trafik, atau untuk tujuan pengiklanan.

Baca selanjutnya di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa itu ‘kuki’, bagaimana ia digunakan dan apakah pilihan anda.

Apakah kuki dan teknologi penjejakan online yang lain?

Bagaimanakah kuki digunakan?

Apakah pilihan anda?


Apakah kuki dan teknologi penjejakan online yang lain?

Kuki browser web adalah fail teks kecil yang diletakkan oleh laman web di browser web komputer atau peranti mobile anda.

Kuki ini menyimpan maklumat tentang kandungan yang anda lihat dan berinteraksi untuk mengingat pilihan dan tetapan anda atau menganalisis cara anda menggunakan perkhidmatan online.

Kuki dibahagikan kepada ‘pihak pertama’ dan ‘pihak ketiga’:

  • Kuki pihak pertama adalah kuki yang dibekalkan oleh pemilik domain – dalam kes kami, ia adalah Booking.com. Sebarang kuki yang kami letakkan sendiri adalah ‘kuki pihak pertama’.

  • Kuki pihak ketiga adalah kuki yang diletakkan di domain kami oleh rakan niaga yang dipercayai, yang telah kami pilih untuk membenarkannya. Ini boleh merupakan rakan niaga media sosial, rakan niaga pengiklanan, penyedia keselamatan dan banyak lagi.

Dan ia boleh termasuk sama ada ‘kuki sesi’ atau ‘kuki kekal’:

  • Sesi kuki hanya tersedia sehingga anda tutup browser anda, yang menamatkan apa dipanggil ‘sesi’ anda. Ianya kemudian dipadam.

  • Kuki kekal mempunyai jangka hayat yang berbeza dan kekal di peranti anda selepas browser ditutup. Di platform Booking.com, kami cuba untuk hanya membekalkan kuki kekal (atau membenarkan kuki kekal untuk dibekalkan oleh pihak ketiga) yang mempunyai jangka hayat yang terhad. Namun, atas sebab-sebab keselamatan, atau dalam keadaan luar biasa yang lain, kami kadang kala perlu memberikan kuki jangka hayat yang lebih lama.

Kuki browser web boleh menyimpan maklumat seperti alamat IP anda atau pengecam lain, jenis browser anda, dan maklumat tentang kandungan yang anda lihat dan berinteraksi di perkhidmatan digital. Dengan menyimpan maklumat ini, kuki browser anda boleh mengingati pilihan dan tetapan anda untuk perkhidmatan online serta menganalisis cara anda menggunakannya.

Selain kuki, kami juga menggunakan teknologi penjejakan yang sangat serupa. Laman web kami, emel dan app mobile kami mungkin mengandungi fail gambar kecil yang jelas atau baris-baris kod yang mencatat cara anda berinteraksi dengannya. Ini termasuk ‘isyarat web’, ‘skrip’, ‘URL penjejakan’ atau ‘kit pembangunan software’ (dikenali sebagai SDK):

  • Isyarat web mempunyai banyak nama yang berbeza. Ia juga boleh dikenali sebagai bug web, bug penjejakan, tag, tag web, tag laman, piksel penjejakan, tag piksel, GIF 1x1 atau GIF yang jelas.

    Secara ringkasnya, isyarat ini merupakan imej grafik yang kecil yang hanya mempunyai satu piksel yang boleh dihantar kepada peranti anda sebagai sebahagian daripada permintaan laman web, dalam app, iklan atau mesej emel HTML.

    Ia boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada peranti anda, seperti jenis peranti atau sistem operasi anda, alamat IP anda dan waktu anda membuat kunjungan. Ia juga digunakan untuk berkhidmat dan membaca kuki di browser anda atau untuk mencetus penggantian bagi kuki.

  • Skrip adalah program komputer kecil yang terbenam dalam laman web kami yang memberikan pelbagai fungsi tambahan kepada laman tersebut. Skrip membolehkannya bagi laman web untuk berfungsi dengan betul. Sebagai contoh, skrip menguasakan ciri-ciri keselamatan tertentu dan membolehkan ciri-ciri interaktif yang asas bagi laman web kami.

    Skrip juga boleh digunakan untuk tujuan analitik atau pengiklanan. Sebagai contoh, skrip dapat mengumpul maklumat tentang cara anda menggunakan laman web kami, seperti laman yang anda kunjungi atau carian anda.

  • URL penjejakan adalah pautan yang mengandungi pengecam unik. Ini digunakan untuk menjejak laman web yang membawa anda ke laman web atau app Booking.com yang anda gunakan. Contohnya adalah jika anda mengklik dari laman media sosial, enjin carian atau salah satu daripada laman web rakan niaga affiliate kami.

  • Kit Pembangunan Software (SDK) adalah sebahagian daripada kod sumber app kami dan tidak seperti kuki browser, data SDK disimpan dalam penyimpanan app.

    Ia digunakan untuk menganalisis cara app digunakan atau untuk menghantar pemberitahuan push yang tersuai. Untuk melakukan sedemikian, ia mencatat pengecam unik yang berkaitan dengan peranti anda, seperti ID peranti dan alamat IP, serta aktiviti dalam app dan lokasi rangkaian anda.

Semua teknologi penjejakan ini dirujuk sebagai ‘kuki’ dalam Penyata Kuki ini.


Bagaimanakah kuki digunakan?

Kuki digunakan untuk mengumpul maklumat, termasuk:

  • Alamat IP

  • ID peranti

  • Halaman yang dilihat

  • Jenis browser

  • Maklumat bagi pelayaran

  • Sistem operasi

  • Penyedia perkhidmatan internet

  • Cap waktu

  • Sama ada anda telah memberi respons kepada iklan

  • URL bagi laman web yang dipautkan ke Booking.com

  • Ciri-ciri yang digunakan atau aktiviti yang terlibat dalam laman web/app

Ia membenarkan anda untuk dikenal pasti sebagai pengguna yang sama merentasi laman-laman web, merentasi peranti, antara laman web atau apabila anda menggunakan app kami. Berkenaan tujuan, ianya dibahagikan kepada 3 kategori – kuki fungsian, kuki analitik dan kuki pemasaran.

Kuki fungsian

Kuki sedemikian diperlukan bagi laman web dan app kami untuk berfungsi dan ia mesti diaktifkan supaya anda dapat menggunakan perkhidmatan kami.

Kuki fungsian digunakan untuk mencipta laman web dan app yang mesra pengguna dan maju dari segi teknologi. Ia dapat menyesuaikan secara automatik kepada keperluan dan pilihan anda. Oleh itu, anda dapat melayari dan menempah dengan mudah. Ini juga termasuk mengaktifkan ciri-ciri keselamatan dan aksesibiliti yang penting.

Khususnya, kuki sedemikian:

  • Membolehkan laman web dan app kami untuk berfungsi dengan betul agar anda boleh cipta akaun, log masuk dan urus tempahan anda.

  • Mengingati mata wang dan tetapan bahasa yang dipilih anda, carian anda yang lalu dan pilihan lain untuk bantu anda gunakan laman web dan app kami secara cekap dan berkesan.

  • Mengingati maklumat pendaftaran anda agar anda tidak perlu taip semula maklumat log masuk anda setiap kali anda kunjungi laman web atau app kami. (Jangan bimbang, kata laluan anda akan sentiasa disulit.)

Kuki analitik

Kuki sedemikian mengukur dan menjejak bagaimana laman web dan app kami digunakan. Kami menggunakan maklumat ini untuk tingkatkan laman web, app dan perkhidmatan kami.

Khususnya, kuki sedemikian:

  • Membantu kami memahami bagaimana pengunjung dan pelanggan seperti anda menggunakan Booking.com dan app kami.

  • Bantu mempertingkat laman web, app dan komunikasi kami untuk memastikan kami menarik dan relevan.

  • Membenarkan kami untuk ketahui ciri-ciri yang baik dan apa yang boleh diperbaiki di laman web dan app kami.

  • Membantu kami memahami keberkesanan pengiklanan dan komunikasi.

  • Menjelaskan kepada kami bagaimana pengguna berinteraksi dengan laman web atau app kami setelah iklan online dipaparkan kepada mereka, termasuk iklan di laman web pihak ketiga.

  • Membolehkan rakan niaga bisnes kami untuk mengetahui sama ada pelanggan mereka menggunakan mana-mana tawaran penginapan yang diintegrasikan ke dalam laman web mereka.

Data yang kami kumpulkan melalui kuki ini boleh termasuk laman web yang telah anda lihat, halaman rujukan/keluar dari mana anda telah masuk dan keluar, jenis platform yang telah anda gunakan, emel mana yang telah anda buka dan telah lakukan tindakan, dan juga maklumat tarikh dan waktu. Ia juga bermakna kami boleh menggunakan butiran tentang cara anda berinteraksi dengan halaman atau app, seperti bilangan klik yang anda buat pada skrin tertentu, pergerakan tetikus dan aktiviti scroll anda, perkataan carian yang anda gunakan dan teks yang anda masukkan ke dalam pelbagai ruang.

Kuki pemasaran

Kuki sedemikian digunakan oleh Booking.com dan rakan niaga kami yang dipercayai untuk kumpulkan maklumat tentang anda dari semasa ke semasa, merentasi berbilang laman web, app atau platform lain.

Kuki pemasaran membantu kami memutuskan produk, perkhidmatan dan iklan berdasarkan minat untuk paparkan kepada anda, di laman web atau app kami atau luar daripadanya.

Khususnya, kuki sedemikian:

  • Mengkategorikan anda mengikut profil minat tertentu, contohnya, berdasarkan laman web yang anda kunjungi dan tingkah laku klik anda. Kami gunakan profil sedemikian untuk memaparkan kandungan yang disesuaikan (seperti idea pelancongan atau penginapan tertentu) di Booking.com atau laman web lain.

  • Paparkan iklan yang disesuaikan dan berdasarkan minat di laman web Booking.com, app kami dan laman web lain. Ini dipanggil ‘retargeting’ dan ia adalah berdasarkan aktiviti pelayaran anda, seperti destinasi yang telah anda cari, penginapan yang telah anda lihat dan harga yang telah ditunjukkan kepada anda. Ia juga boleh berdasarkan tabiat anda bagi membeli-belah atau aktiviti online lain. Booking.com menggunakan perkhidmatan ini biasanya dari Criteo B.V., Herengracht 124, 1015 BT Amsterdam, Netherlands, untuk iklan retargeting individu atas dasar beberapa maklumat yang didapatkan melalui laman web kami. Dengan menggunakan algoritmanya, Criteo menganalisis tingkah laku pelayaran dan kemudian boleh memaparkan saranan produk disasarkan seperti banner iklan yang disesuaikan di laman web lain. Teknologi piksel oleh Criteo membenarkan kami menilaikan kempen iklan kami. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang teknologi Criteo di Polisi Privasi Criteo.

    Iklan ‘retargeting’ juga boleh dipaparkan kepada anda sebelum dan selepas anda tinggalkan laman Booking.com, oleh kerana tujuannya adalah untuk menggalakkan anda untuk melayari atau kembali ke laman web kami. Anda mungkin melihat iklan sedemikan di laman web, dalam app atau dalam emel.

  • Integrasikan media sosial ke dalam laman web dan app kami. Ini membolehkan anda untuk ‘like’ atau kongsi kandungan atau produk di media sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube, Twitter, Pinterest, Snapchat dan LinkedIn.

    Butang ‘like’ dan ‘kongsi’ sedemikian berfungsi menggunakan kod daripada penyedia media sosial individu yang membenarkan kuki pihak ketiga untuk diletakkan di peranti anda.

    Kuki sedemikian adalah bersifat fungsian sepenuhnya. Namun, ia juga boleh digunakan untuk menjejaki laman web yang anda kunjungi daripada rangkaian mereka, membina profil bagi tingkah lagu pelayaran online anda dan mempakarkan iklan yang disesuaikan kepada anda. Profil ini akan sebahagiannya dibangunkan menggunakan maklumat setanding yang diterima oleh penyedia daripada kunjungan anda ke laman web lain dalam rangkaian mereka.

    Untuk baca selanjutnya tentang apa penyedia media sosial lakukan dengan data peribadi anda, sila lihat penyata kuki dan/atau privasi mereka: Facebook (termasuk Instagram, Messenger dan Audience Network), Snapchat, Pinterest dan Twitter. Sila maklum bahawa penyata sedemikian boleh dikemas kini dari semasa ke semasa.

Kami bekerjasama dengan pihak ketiga yang dipercayai untuk mengumpul data. Kadang kala, kami juga mungkin berkongsi maklumat dengan pihak ketiga ini, seperti alamat emel atau nombor telefon anda. Pihak ketiga ini mungkin mengaitkan data anda dengan maklumat lain yang mereka kumpulkan untuk mencipta membuat khalayak tersuai atau menghantar iklan yang disasarkan. Untuk maklumat tentang bagaimana pihak ketiga ini memproses data anda, sila lihat pautan berikut: Bagaimana Google menggunakan maklumat, polisi data Facebook.

Kami juga mungkin menggunakan teknik, seperti piksel, yang tidak kami tandakan sebagai kuki kerana mereka tidak menyimpan sebarang maklumat di peranti anda.

Kami kadangkala meletakkan piksel dalam emel, seperti surat berita. ‘Piksel’ adalah fail elektronik dengan saiz satu piksel yang diletakkan dalam emel dan dimuatkan semasa anda membukanya. Dengan menggunakan piksel emel, kami dapat melihat jika mesej tersebut dihantar, jika dan bila anda membaca mesej serta apa yang anda klik.

Kami juga menerima maklumat ini tentang pemberitahuan push yang kami hantar kepada anda. Statistik sedemikian memberikan kami maklum balas tentang tingkah laku pembacaan anda, yang kami gunakan untuk optimumkan mesej kami dan membuat komunikasi kami lebih relevan untuk anda.


Apakah pilihan anda?

Untuk ketahui lebih lanjut tentang kuki dan cara untuk mengurus atau memadamnya, sila layari allaboutcookies.org atau bahagian bantuan bagi browser anda.

Dalam tetapan untuk browser seperti Internet Explorer, Safari, Firefox atau Chrome, anda boleh memilih kuki yang mana untuk diterima dan ditolak. Lokasi bagi tetapan ini adalah bergantung pada browser yang anda gunakan:

Jika anda pilih untuk menyekat kuki fungsian yang tertentu, anda mungkin tidak dapat menggunakan beberapa ciri bagi perkhidmatan kami.

Di samping tetapan khusus yang kami mungkin tawarkan di Booking.com dan app, anda juga boleh pilih untuk keluar daripada kuki tertentu:

  • Analitik

    Untuk mengelakkan Google Analytics daripada mengumpulkan data analitik pada jenis browser tertentu, layari pautan berikut: Google Analytics Opt-out Browser Add-on (hanya tersedia di desktop).

  • Pengiklanan

    Kami selalu berusaha untuk bekerjasama dengan syarikat pengiklanan dan pemasaran yang menjadi ahli Inisiatif Pengiklanan Rangkaian (NAI) dan/atau Biro Pengiklanan Interaktif (IAB).

    Ahli NAI dan IAB mematuhi piawaian industri dan tatakelakuan serta membenarkan anda untuk keluar daripada periklanan tingkah laku.

    Layari www.networkadvertising.org untuk mengenal pasti ahli NAI yang mungkin telah meletakkan kuki pengiklanan di komputer anda. Untuk keluar daripada sebarang program pengiklanan tingkah laku bagi ahli NAI, tandakan saja kotak yang berkenaan dengan syarikat tersebut.

    Anda juga boleh melayari www.youronlinechoices.com atau www.youradchoices.com untuk ketahui cara untuk keluar daripada iklan yang tersuai.

    Peranti mobile anda mungkin membenarkan anda untuk menghadkan perkongsian maklumat atas tujuan 'retargeting' melalui tetapannya. Jika anda pilih untuk berbuat demikian, adalah baik untuk mengetahui bahawa dengan memilih untuk keluar daripada rangkaian online, ia tidak bermakna anda tidak lagi melihat atau tertakluk pada analisis pengiklanan atau pemasaran online. Ia hanya bermakna rangkaian yang telah anda keluar akan berhenti menghantar iklan yang disesuaikan kepada pilihan web dan corak pelayaran anda.

Beberapa laman web mempunyai ciri ‘Jangan Jejak’ yang membenarkan anda untuk maklumkan laman web tersebut agar tidak menjejaki anda. Buat masa ini, kami tidak dapat menyokong tetapan browser ‘Jangan Jejak’.

Cara untuk hubungi kami

Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang penyata kuki ini, sila hantar emel kepada dataprotectionoffice@booking.com.

Penyata kuki kami juga boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Jika pengemaskinian sedemikian adalah penting, relevan secara khususnya kepada anda, atau menjejas hak perlindungan data anda, kami akan menghubungi anda mengenainya. Walau bagaimanapun, kami menyarankan agar anda mengunjungi halaman ini secara kerap untuk dapatkan maklumat terkini yang lain (kurang penting atau relevan).

  翻译: