Teruskan ke kandungan utama

Khidmat Pelanggan

Bagaimanakah boleh kami bantu? Kami tersedia 24 jam sehari.

Hantar mesej kepada kami

Hubungi ejen kami tentang tempahan anda dan kami akan memberikan respons secepat mungkin.

Hubungi kami

Untuk hal-hal penting, anda boleh hubungi kami 24/7 menggunakan nombor telefon tempatan atau antarabangsa.

Hubungi pihak penginapan

Bagi butiran tentang penginapan anda, mereka biasanya yang lebih mahir.

Laman Bantuan kami

Soalan kerap ditanya

  • Ya! Sebarang caj pembatalan adalah ditentukan oleh pihak penginapan dan dinyatakan dalam polisi pembatalan anda. Anda akan membayar sebarang kos tambahan ke pihak penginapan.

  • Jika anda ada tempahan dengan pembatalan percuma, anda tidak perlu bayar caj pembatalan. Jika tempahan anda tidak lagi percuma untuk dibatalkan atau adalah tanpa pulangan wang, anda mungkin dikenakan caj pembatalan. Sebarang caj pembatalan adalah ditentukan oleh pihak penginapan. Anda akan membayar sebarang kos tambahan ke pihak penginapan.

  • Secara amnya, penginapan bertanggungjawab untuk mengenakan caj pada kad anda. Sekiranya pembayaran diurus oleh Booking.com, ini akan dinyatakan dengan jelas dalam pengesahan anda.

    Anda biasanya boleh menjangka untuk bayar semasa daftar masuk atau keluar di tempat penginapan. Namun, terdapat beberapa pengecualian, sebagai contoh, pihak penginapan yang memerlukan bayaran pendahuluan untuk semua atau sebahagian daripada jumlah keseluruhan. Sekali lagi, ini akan dinyatakan dengan jelas dalam polisi pengesahan dan pembayaran anda.

    Jika tiada polisi prabayaran, pihak penginapan juga boleh mengambil pembayaran ujian dari kad anda sebelum anda menginap. Ini adalah pengambilan sementara yang digunakan untuk mengesahkan kad dan menjamin tempahan anda. Tidak seperti caj sebenar, bayaran ujian ini akan dikembalikan ke kad anda.

  • Ya! Anda boleh buat perubahan pada tempahan dari emel pengesahan anda atau di Booking.com. Berdasarkan polisi penginapan, anda boleh lakukan yang berikut:

    Tukar waktu daftar masuk/keluar

    Tukar tarikh

    Batalkan tempahan

    Ubah butiran kad kredit

    Ubah maklumat tetamu

    Pilih jenis katil

    Ubah jenis bilik

    Tambah bilik

    Tambah pelan makanan

    Buat permintaan

    Hubungi pihak penginapan

  • Pastikan anda semak inboks emel anda, folder spam dan junk. Jika anda masih tidak jumpa pengesahan anda, layari booking.com/help dan kami akan hantarnya semula kepada anda.

  • Kebanyakan penginapan memerlukan kad yang sah untuk menjamin tempahan anda. Walau bagaimanapun, kami menawarkan sejumlah penginapan yang menerima tempahan tanpa kad. Anda juga boleh membuat tempahan dengan kad orang lain dengan kebenaran mereka. Dalam kes ini, semasa tempahan dibuat, sila sahkan nama pemegang kad dan bahawa anda telah mendapat kebenaran untuk menggunakan kad mereka dalam ruang 'Permintaan Khas'.

  • Caj yang anda lihat mungkin terdiri daripada berikut:

    Pra-kebenaran: Dalam usaha untuk mengesahkan kesahihan kad kredit, pihak penginapan akan melakukan pra-kebenaran dengan mengambil jumlah yang mungkin sama dengan tempahan anda buat sementara waktu. Jumlah ini akan dilepaskan semula dalam masa yang tertentu, bergantung kepada pihak penginapan dan pembekal kad kredit anda.

    Deposit or Prabayaran: Beberapa penginapan memerlukan deposit atau prabayaran semasa tempahan. Polisi ini dinyatakan dengan jelas semasa proses tempahan, dan anda juga boleh melihatnya dalam emel pengesahan. Jika anda layak untuk pembatalan percuma, jumlah ini akan dikembalikan jika anda memilih untuk membatalkan tempahan.

    Pasukan Khidmat Pelanggan kami sedia membantu jika anda perlukan bantuan dengan isu pembayaran. Anda boleh layari booking.com/help untuk hubungi kami.

  • Polisi haiwan peliharaan selalunya dipaparkan di laman web penginapan di bawah "Peraturan".

  翻译: