Maklumat dan sumber-sumber berkenaan COVID-19
Dengan dunia pelancongan yang kian berubah, pertimbangan tentang kesihatan dan kebersihan kini menjadi keutamaan di minda. Kesihatan dan keselamatan rakan niaga kami dan tetamu mereka adalah prioriti bagi kami. Inilah sebabnya kami telah kumpulkan tips dan sumber-sumber yang berguna untuk berikan anda ketenangan fikiran.
Untuk pelancong
Banyak laman penginapan di Booking.com kini memberikan maklumat terperinci bagi langkah-langkah kesihatan dan keselamatan yang tertentu di penginapan mereka. Ini termasuk maklumat tentang langkah-langkah penjarakan fizikal dan jenis rejim pembersihan yang telah dilaksanakan di penginapan mereka. Maklumat ini dipaparkan dalam format yang jelas dan konsisten untuk membantu anda membandingkannya dengan mudah apabila membuat keputusan tentang penginapan yang sesuai untuk anda. Anda juga boleh lihat skor reviu bagi kebersihan keseluruhan untuk setiap penginapan, berdasarkan pengalaman tetamu-tetamu sebelum ini.
Kesihatan & keselamatan
- Kakitangan mengikuti semua protokol keselamatan seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa tempatan
- Alat tulis brekongsi seperti menu bercetak, majalah, pena dan kertas dikeluarkan
- Pensanitasi tangan di tempat penginapan tetamu dan di kawasan umum
- Adanya proses untuk memeriksa kesihatan tetamu
- Alat pertolongan cemas tersedia
- Akses kepada pakar penjagaan kesihatan
- Termometer untuk tetamu yang disediakan oleh pihak penginapan
- Pelitup muka untuk tetamu tersedia
- Pembersih udara
- Proses daftar masuk/daftar keluar tanpa sentuh
- Pembayaran tanpa tunai tersedia
- Peraturan penjarakan fizikal dipatuhi
- App mobile untuk perkhidmatan bilik
- Skrin atau penghalang fizikal diletakkan di antara kakitangan dan tetamu di kawasan tertentu
- Setiap penginapan dilengkapi dengan penyaman udara peribadi
- Penggunaan bahan kimia pembersih yang berkesan terhadap Coronavirus
- Linen, tuala dan dobi dicuci mengikut garis panduan pihak berkuasa tempatan
- Tempat penginapan tetamu menjalani proses nyahjangkit setiap kali setelah tetamu menginap
- Tempat penginapan tetamu ditutup selepas pembersihan
- Penginapan dibersihkan oleh syarikat pembersihan profesional
- Tetamu boleh pilih untuk batalkan sebarang khidmat pembersihan tempat penginapan semasa penginapan mereka
- Pensanitasi tangan
- Penjarakan fizikal di ruang makan
- Makanan boleh dihantar ke tempat penginapan tetamu
- Semua pinggan, kutleri, gelas dan pinggan mangkuk lain telah disanitasi
- Bekas sarapan untuk dibungkus
- Makanan yang dihantar ditutup dengan selamat
Saranan-saranan umum bagi pelancongan
Di samping mempertimbangkan langkah-langkah keselamatan dan kebersihan tempat penginapan serta reviu pelancong lain, berikut adalah langkah-langkah lain yang kami sarankan anda untuk ambil:
Semak sekatan pelancongan
Sebelum menempah lawatan anda, semak sekatan pelancongan semasa untuk negara anda dan negara yang anda rancang untuk kunjungi. Pastikan anda lakukannya walaupun jika sesuatu negara hanyalah dalam perjalanan anda ke destinasi akhir anda.
Kemas kini senarai semak pelancongan anda
Semasa mengemas, pertimbangkan untuk bawa pelitup muka, pensanitasi tangan, tisu pembasmi kuman dan termometer.
Semak situasi tempatan bagi Coronavirus (COVID-19)
Sebelum anda melancong, semak situasi tempatan bagi Coronavirus dan sebarang polisi tertentu yang anda perlu tahu, seperti menggunakan tempat awam. Ia juga penting untuk anda ketahui tentang cara untuk mengakses khidmat penjagaan kesihatan tempatan jika perlu. Jika anda masih ada sebarang soalan, anda boleh semak dengan pihak penginapan apabila anda tiba.
Kekalkan jarak anda
Seberapa boleh, pilih daftar masuk online dan pembayaran tanpa tunai apabila anda menerokai destinasi anda. Kekalkan garis panduan penjarakan fizikal, seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa tempatan dan juga WHO.
Dapatkan maklumat terkini
Pastikan anda mendapat maklumat terkini bagi sebarang sekatan pelancongan atau nasihat kerajaan tempatan. Harus diingatkan bahawa ini boleh berubah semasa lawatan anda.
Pantau kesihatan anda
Jika anda mengalami sebarang simptom berkaitan Coronavirus semasa lawatan anda, asingkan diri anda, maklumkan kakitangan tempat penginapan dan hubungi pihak berkuasa kesihatan tempatan untuk maklumat lanjut.
Untuk rakan niaga
Kami telah menyediakan beberapa panduan dan tool yang berguna untuk menyokong anda dalam mengurangkan risiko kesihatan yang berpotensi dan untuk membantu menjaga kesejahteraan kakitangan dan tetamu di penginapan anda.
Meyakinkan tetamu sekali lagi dengan langkah-langkah kesihatan dan kebersihan
Ini memberikan gambaran keseluruhan bagi maklumat kesihatan dan kebersihan tertentu yang boleh anda serlahkan di Booking.com. Terdapat juga maklumat tentang cara terbaik untuk berkomunikasi perkara ini kepada bakal tetamu jadi mereka tahu apa untuk dijangkakan apabila menginap di penginapan anda.
Memastikan penginapan anda selamat dan bersih
Ini adalah garis panduan untuk menyokong usaha anda yang berterusan untuk pastikan kakitangan dan tetamu selamat, sihat dan dilindungi di penginapan anda.
Partner Hub
Untuk sumber-sumber dan maklumat lanjut, sila layari Partner Hub.
Pautan yang berguna
Adakah sebarang maklumat yang tidak lengkap? /
Terima kasih kerana berkongsi
Apakah maklumat yang anda jangkakan untuk lihat di laman ini?
Terima kasih kerana berkongsi
Maklum balas anda akan membantu kami memperbaiki laman ini untuk semua tetamu dan rakan niaga kami.
Maaf, terdapat ralat. Sila cuba lagi.