Teruskan ke kandungan utama

Nilai dan garis panduan kami

Piawaian yang kami tetapkan bagi memupuk pengalaman yang selamat dan mesra untuk semua

Pergi melancong dengan penuh hormat

Seorang pelancong dengan petanya sedang menaiki beca

Penghormatan

Kami jangkakan pekerja, pelanggan dan rakan niaga kami untuk saling menghormati antara satu sama lain. Kami tidak akan bertoleransi terhadap sebarang bentuk gangguan, diskriminasi, ucapan benci, manipulasi, keganasan fizikal atau sebarang bentuk tingkah laku yang mengancam atau menganiaya.

Komuniti

Semasa menginap di tempat penginapan atau menggunakan perkhidmatan lain dengan Booking.com, kami meminta anda untuk bertimbang rasa dengan masyarakat sekitar. Cuba hadkan atau kurangkan sebarang bunyi bising yang boleh mengganggu jiran-jiran, hormati undang-undang dan tradisi tempatan serta pastikan anda juga berjaga-jaga dengan kesan anda terhadap alam sekitar.

Integriti

Di Booking.com, kami jangkakan rakan niaga dan pelanggan kami untuk menjalankan bisnes melalui platform kami dengan cara yang jujur dan profesional, tidak memberi gambaran yang salah tentang penginapan mereka dalam apa cara sekalipun dan menghormati perjanjian yang dibuat antara satu sama lain.


Pergi melancong secara selamat

2 pelancong yang girang berada di atas bas dua tingkat

Pematuhan undang-undang

Booking.com tidak akan bertoleransi terhadap kecurian, vandalisme, aktiviti jenayah atau peras ugut. Sebarang jenis kegiatan haram atau berbahaya boleh menyebabkan penyekatan akaun dan/atau penginapan anda.

Keselamatan fizikal

Di Booking.com, keselamatan fizikal bagi pelanggan, rakan niaga dan pekerja kami adalah keutamaan kami. Jangan terlibat atau promosikan sebarang aktiviti yang boleh membawa kemudaratan kepada orang lain atau yang boleh dikategorikan sebagai kekejaman terhadap haiwan.

Kebajikan haiwan

Kekejaman haiwan tidak akan diterima sama sekali oleh Booking.com. Tetamu, rakan niaga dan pekerja Booking.com dijangka untuk menghormati haiwan domestik dan kehidupan liar, dan untuk menyediakan tempat tinggal yang sejajar dengan Panduan Kebajikan Haiwan kami.


Perlindungan data dan privasi

Kanak-kanak perempuan dan neneknya sedang melihat gambar-gambar di kamera digital

Maklumat peribadi

Booking.com tidak membenarkan mana-mana rakan niaga atau affiliate untuk menggunakan data peribadi orang lain yang melanggar perjanjian kami dan/atau undang-undang yang berkenaan.

Garis panduan rakaman video dan audio

  • Semasa menggunakan atau menyediakan perkhidmatan di Booking.com, hormati ruang peribadi orang lain, privasi mereka dan barangan mereka. Jika anda menginap di hotel atau di rumah seseorang, hormati penginapan dan peraturan mereka.
  • Kamera yang dipasang di tempat penginapan hanya dibenarkan di kawasan awam dan sepatutnya dapat dilihat dan harus didedahkan sebelum penginapan.

Privasi anda

  • Privasi: Di Booking.com, kami komited untuk menyediakan pengalaman pengguna yang terbaik untuk semua orang yang menggunakan perkhidmatan pelancongan kami. Ini bermakna kami memandang serius privasi anda dan komited untuk melindungi privasi anda mengikut Penyata Privasi dan Kuki kami dan undang-undang yang berkenaan.
  • Ia penting bagi kami untuk memastikan data anda selamat. Justeru, Booking.com melindungi data peribadi dan maklumat kad kredit anda sejajar dengan undang-undang yang berkenaan, termasuk GDPR dan piawaian keselamatan data Industri Kad Pembayaran (PCI DSS).

Adakah sebarang maklumat yang tidak lengkap? /

Terima kasih kerana berkongsi


Tujuan artikel ini adalah untuk menyampaikan maklumat sahaja dan bukan merupakan nasihat, hak atau jaminan undang-undang. Sila ambil perhatian bahawa anda mungkin perlu mengambil langkah pengawasan tambahan bergantung pada keadaan individu.
  翻译: