check in
check in dari dlm kereta. Entrance resort ke dalam sikit, staff akan check nama kita ada dlm list ataupon tidak. Payment semua kene buat awal2, bila masuk tu kira tak payah bayar apa2 lagi. Kat lobby nnt staff akan bagi orange tag utk semua guest kat situ utk pakai menandakan kita guest di situ
Size medium, tak besar sgt tp selesa utk tidur dan berehat. Toilet simple and basic, cuma yg tak best jamban tak sambung dgn bilik air dan takde pili, bidet pon takde. So untuk Muslim mmg leceh sgt2 nak membuang tu. The whole resort semua toilet takde air kat jamban, mmg kene bawa botol air sendiri. Boleh request baldi dan gayung jika perlu, hari tu dpt baldi tak dpt gayung.
Ada 3 main restaurant kat sini and few drink counter dalam resort. Makan semua sedap, main restaurant buffet style and lagi 2 ada timing2 dia, lupa nama restaurant. Bila 1 restaurant tutup, another 2 open, makanya takkan kelaparan duduk sana. Sblm nak masuk akan check suhu dan bagi hand sanitizer juga. Kami pergi seminggu sblm mco 1.0, so masa tu tak berapa strict sgt tp ada juga yg pakai mask kat sana.
Aktiviti mmg sangat banyak, nak dgn tak nak pergi je. Aktiviti yg sempat buat tennis lesson, archery & tree top challenge. Mountain climbing pon ada tp sbb buat kat bukit yg betul, seram juga nak cuba. Kita boleh pilih apa2 aktiviti yg nak buat, ada jadual dan waktu bila aktiviti tersebut di buka. Setiap malam juga ada berbagai hiburan utk guest oleh GO sana. Masa kami kat sana, malam pertama persembahan musical, kedua circus dan ketiga tema dram adalam lagu. Setiap malam lepas dinner mmg akan persembahan, kene booking tempat di teater bersebelahan swimming pool.
PAda 2 pool, main pool at the resort itself dan satu lagi zen pool dekat dgn beach, ni kene naik train. Zen pool ni hanya utk adult 18thn ke atas je sbb nama pon zen kan, taknak bising2 mcm main pool. Beach cantik sbb private beach dan boleh buat aktivit kat beach mcm kayak dll.