Pulau Tioman - Paya Beach Resort
Tioman Trip - First time pergi ke pulau di Semenanjung Malaysia.
Bergerak seawal 5.30am dari Setia Alam ke Mersing Jetty. Jarak sekitar 370km dengan masa perjalanan 4jam 30min.
10am sampai dekat Mersing Jetty, sempat bersarapan di gerai depan Jeti. Lupa la nama gerai. Minum kopi o ais (RM1.50) + nasi campur (RM7). Rating: 3.5⭐️
11.30am bertolak ke Pulau Tioman menaiki feri Cataferry, harga one way RM80 (standard seat); return RM160. Tempoh perjalanan 1jam 15minit. Duduk ikut seat numb, da cabin compartment, bersih, aircond sejuk. Rating: 4⭐️
Kami telah book untuk menginap di Paya Beach SPA & Dive Resort selama 3 hari 2 malam.
Pool view chalet with 2 queen bed, stay untuk 3 org.
Package seperti berikut:
RM390 for 1 pax non diver (include accommodation, 2x breakfast, 2x buffet lunch, 2x buffet dinner, halfday snorkeling and complimentary recreational activities)
RM706 for 1 pax diver (include accommodation, 2x breakfast, 2x buffet lunch, 2x buffet dinner; 4 dives + dive equipments)
Harga di atas sudah termasuk jetty fee of RM5 and Pahang state gov sustainability tax RM3.
Meal rating:
Breakfast: 3.5⭐️ agak banyak pilihan
Lunch: 3⭐️ makanan habis tak kena topup
Dinner 3.5⭐️dishes + BBQ lamb or beef
Room rating: Superior Pool View, lengkap ada bottle water, kettle, tv, bilik spacious, ➡️ 3.5⭐️ tapi day 2 and 3 air di bilik mandi ada keruh sikit. Check out time 11am.
Rating aktiviti:
Diving (dive centre time management need a lot of improvement, waktu rehat antara first n second dive perlu mencukupi) kenapa time management penting, sebab berlaku d mana bersedia jam 2pm tp jam 3pm+ baru bertolak, kesannya balik lewat ke darat dekat 6pm. With that I sincerely will rate the services 3⭐️ only.
For non diver, mandi pool, mandi laut, snorkeling, catching sunset, aktiviti pantai (bola tampar) dan lain² yang berkenaan.
Apa² pun, pulau ini boleh dijadikan tempat utk sesekali keluar daripada kesibukan kota raya. Cuaca ketika di sini, ada panas ada hujan dan ada angin yg sederhana kencang ditambah dengan lautan agak bergelora.
Day 3, check out, lunch di cafe dekat jetty. ambil ferry jam 2.30pm dan tiba di Mersing Jetty 5pm. Perjalanan agak lama sebab ferry akan singgah ke 2 lagi lokasi untuk turun dan naikkan penumpang.
✔️ Pulau Tioman - sebuah pulau bebas cukai yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Tanpa membuat perbandingan yang ketara dengan mana² pulau lain di Malaysia, pulau ini agak menarik untuk staycation. Daya tarikannya juga kuat bagi pengunjung muda tempatan dan pengunjung dari Eropah.
#ykk2022 #staycation #tioman #island #pahang #travel #payabeach #beach #tripblazers